Keputusan dari fikiran yang terbuka

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Buka fikiran? bukan beerti kepala kita dibuka dan diambil isinya seperti mengambil isi dari buah durian. Mungkin kita banyak kali mendengar perkataan buka fikiran ini terutama ketika perbincangan, perdebatan ataupun sesuatu yang melibatkan idea yang bercanggah. Kenapa perkataan tu akan dikeluarkan bila ada pihak bertelagah? Adakah perkataan ataupun istilah itu penting?.

Melalui kekerapan ini, dapat digambarkan kepentingan istilah tersebut dan ia mesti ada kaitan definisinya dan fungsinya terhadap rentetan peristiwa yang berlaku itu. Seperti yang kita ketahui, fikiran kita sentiasa memproses maklumat dan maklumat tersebut akan membantu dalam membuat keputusan. Namun demikian maklumat itu terlebih dahulu melalui pelbagai proses dan rumusan pengalaman.

Adalah dibimbangi pengalaman itu dipengaruhi oleh streotaip ataupun falasi terhadap sesuatu sehingga boleh menjadi satu kesalahan. Kepercayaan yang salah ini membuatkan fikiran kita membuat kesimpulan tersendiri sehingga menutup fikiran kita dari menerima idea dan pandangan orang lain. Fikiran yang tertutup ini lebih sinonim dan bekerja melalui sedikit demensi atau lebih jelas lagi fikiran kita melihat sesuatu idea pada satu hujah dan menutup hujah lain yang menjadi kontra kepada persepsi yang telah diterima sebagai kepercayaan dirinya.

Perbuatan kawalan fikiran ini boleh merugikan diri individu itu sendiri kerana keputusan yang dibuat mungkin boleh membinasakan diri ataupun masyarakat. Mungkin banyak kelebihan berfikiran terbuka, tetapi kadangkala berfikiran sedikit tertutup perlu juga terutama semasa keadaan yang sesuai. Seperti mana yang disebut gaya kepimpinan jenis autokratik ataupun seperti yang disebut dalam teori psikoanalitik. Kepimpinan autokratik memperuntukkan keputusan boleh dibuat tanpa persetujuan ahli kerana ahli tidak aktif sehingga boleh merugikan dan menggangu matlamat. Begitu juga konsep superego dalam teori psikoanalitik dimana adat resam dan ajaran agama turun temurun perlu dituruti.

Walau bagaimana situasi yang sedang kita hadapi, adalah penting untuk kita mempunyai ilmu bekenaan bagaimana pemikiran terbuka dan tertutup itu berlaku ia sedikit sebanyak memberikan kita kesedaran untuk bertindak mengikut pertimbangan yang wajar. Adalah penting untuk kita mempertimbang idea orang lain, baik buruknya, melihat contoh dan melihat buktiĀ  sebelum kita membuat keputusan. Jika berlaku keadaan yang tidak dikawal ataupun menggangu matlamat, keputusan segera perlu dibuat. Adalah lebih baik keputusan itu bersifat memberi lebih masa ataupun memberikan sedikit ketenangan. Selain itu juga jika keputusan yang dibuat secara segera itu perlulah bersifat kecil skala impaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *