Sudahkah anda bersedia? Keputusan untuk e-rayuan bagi yang sebelum ini membuat rayuan ke Universiti tempatan akan keluar tidak lama lagi. Untuk kali ini keputusan rayuan hanya pada lepasan STPM atau setaraf yang gagal ditempatkan sebelum ini.
Pada masa ini, bagi mereka yang berjaya mendapat tempat pada keputusa baru-baru ini sedang mendaftarkan diri di IPTA yang ditawarkan. Untuk itu, mungkin ada yang tidak mendaftarkan diri kemungkinan mempunyai pilihan atau tawaran lain. Peluang kekosongan itu lah bakal diisi oleh pemohon-pemohon rayuan nanti.
Bila Keputusan rayuan?
Sabar, keputusan akan diumumkan pada bulan September ini, kemungkinan pada sekitar 15 september. Jika menurut UPU, keputusan e-rayuan akan keluar pada minggu ke dua bulan September ini.
Jangan Bimbang
Mungkin keputusan rayuan yang bakal keluar nanti mampu memberikan berita gembira atau sedih kepada pemohon rayuan. Hal ini kerana, peluang ini sahaja merupakan peluang terakhir untuk diterima ke universiti. Tidak berjaya keuniversiti bukanlah sesuatu yang menandakan anda gagal, sebenarnya ada banyak lagi cara untuk menjadi seorang yang berjaya. Sebenarnya terdapat banyak peluag pengajian yang terbuka luas kepada mereka yang rajin dan komited dengan masa depannya, Cuma ilmu dan pengetahuan sahaja yang membataskan rezeki atau peluang seseorang. Oleh itu, perbanyakkan membaca dan bertanya kepada mereka yang lain supaya kita tidak ketinggalan maklumat penting dan peluang yang ditawarkan. Semoga berjaya kepada yang telah memohon rayuan.