Keputusan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

 

Mrsm

Keputusan kemasukan MRSM bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2021 bakal diumumkan pada 10 Mac 2021 (Rabu) secara berperingkat. Justeru itu, ibu bapa boleh lakukan semakan secara keseluruhan bermula 10 Mac 2021 ini. Tawaran akan dikeluarkan secara berperingkat justeru itu jangan pernah patah harapan.

“ELAKKAN menyalahkan anak sekiranya anak TIDAK dapat MELAYAKKAN diri ke sekolah berasrama ini”

Keputusan Tawaran Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2021

Keputusan Kemasukan MRSM

Mulai 10 Mac 2021 keputusan tawaran kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 bakal diumumkan. Justeru itu, ibu bapa boleh menyemak keputusan di :-

Mrsm

Cara mudah untuk menyemak kepetusan di laman web rasmi MARA adalah dengan:- 

Masukan no kad pengenalan pelajar dan ibu bapa boleh menyemak status sama ada anak anda layak atau tidak untuk kemasukan ini.

PERINGATAN!!!

Bagi pelajar yang layak memasuki ke MRSM anda WAJIB menekan butang TERIMA sekiranya anda bersetuju untuk ditempatkan di MRSM yang telah dinyatakan. Calon yang mendapat tawaran ini mempunyai masa 7 HARI sahaja bagi menyatakan persetujuan menerima tawaran ini selepas tarikh tersebut pihak MARA akan beranggapan calon menolak tawaran yang diberikan

  • Menerusi SMS semasa didaftaran buat pertama kalinya semasa permohonan
Info Tambahan :  Permohonan Atau Kelayakan Ke Universiti Awam (UA) 2021


INFO TAMBAHAN KEPADA CALON!!!

Calon penerima MRSM Bera dan Bagan Datu juga akan diberikan tawaran pada hari yang sama. Dan para pelajar boleh menolak atau menerima tawaran tersebut tetapi pada tawaran tersebut pihak MARA akan menyatakan bila tarikh pendaftaran kemasukan kepada mereka yang menerima tawaran SAHAJA.

Mereka yang mendapat tawaran MRSM Bera dan Bagan Datu ini dianggarakan boleh mendaftar atau melapor diri pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun kerana kerja-kerja pembangunan sedang dijalankan. Justeru itu, bagi kedua-dua MRSM ini pelajar akan lewat sedikit melaporkan diri. 

Rayuan Untuk Memasuki ke MRSM

Sekiranya calon yang TIDAK layak menerima tawaran kemasukan buat kali ini mereka boleh menekan butang RAYUAN pada laman web rasmi MARA ini selepas SAHAJA keputusan diumumkan. Proses RAYUAN ini akan di nilai oleh pihak MARA dan keputusan RAYUAN akan diumumkan kemudian.  

Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI) MARA

Bantuan untuk pendidikan (BUDI) MARA adalah merupakan salah satu jenis bantuan bagi meringankan beban ibu bapa yang bakal menghantar anak ke asrama penuh. Justeru itu, pihak MARA telah memperkenalkan bantuan BUDI bagi membantu pelajar yang betul-betul memerlukan mendapat bantuan. 

Mereka yang layak menerima bantuan adalah:-

  • Golongan B40
    • Pendapatan keluarga KURANG daripada RM1,500 dan ke bawah
    • Mempunyai tanggungan yang lebih daripada 5 orang
Info Tambahan :  Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) 2021

Calon akan disenarai pendek bagi menerima bantuan BUDI MARA ini.

“Senarai pendek bermaksud pihak MARA akan menyiasat adakah benar pelajar ini layak menerima bantuan sekiranya ia, maka mereka akan menerima bantuan ini”

Segala siasatan ini dilakukan mengikut tatacara yang betul. Justeru itu, setiap pelajar WAJIB mengisi borang permohonan dengan betul agar pihak MARA tidak tersalah memberi bantuan kepada pelajar. Setiap satu permohonan haruslah telus dan benar.

Keputusan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2021 1


Persediaan persiapan kemasukan ke MRSM yang perlu ibu bapa lakukan adalah:-

  • Pakaian seragam sekolah MRSM
  • Kelengkapan barangan keperluan
  • Persediaan fizikal dan mental

Persediaan fizikal dan mental amat penting bagi MENGELAKKAN anak-anak hilang keyakinan diri dalam melakukan sesuatu. Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka WAJIB melatih anak-anak agar sentiasa bersedia untuk tinggal berjauhan dengan mereka. Tidak salah memanjakan anak tetapi slaah sekiranya cara manjaan itu meroskan keyakinan anak.

PERINGATAN!!!

Bagi anak yang tidak melayakan diri ke MRSM bukan bermaksud mereka lemah tetapi mungkin belum punyai rezeki untuk mendapat tempat di MRSM. Walaubagaimana sekalipun, Pemilihan MRSM bukan pengakhiran bagi pembelajaran anak-anak. Ada hanya perlu pastikan mereka fokus semasa belajar ajar mereka berjaya menjadi apa yang kita kehendaki.

“Anak adalah acuan yang dilakukan oleh ibu bapa”
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Mr.Reading
Guest
2 months ago

Makin canggih yea sekarang