Keputusan MUET 2012, Semakan Keputusan SMS dan Online MPM

0
4
Semak MUET 2012

Keputusan Malaysian University English Test ( MUET ) 2012 boleh mula disemak mulai hari ini iaitu 12 Januari 2012 ( Khamis ). Menurut kenyataan sebelum ini dari Majlis Peperiksaan Malaysia ( MPM ), keputusan boleh mula disemak juga melalui online laman rasminya selain melalui institusi ataupun SMS.

Calon yang sebelum ini yang telah mengambil MUET bolehlah mendapatkan keputusan MUET mereka dari sekolah atau institusi yang mendaftarnya sebelum ini mulai 10 pagi khamis 12 Januari 2012. Bagi calon persendirian pula akan menerima melalui POS.

Baca Juga :  Semakan Keputusan UPSR 2017

Cara Semak Keputusan MUET 2012

  • Semakan Online – Untuk membuat semakan secara online perlu terus ke Portal rasmi MPM iaitu www.mpm.edu.my mulai jam 9 pagi ini.
  • Semakan Secara SMS – Untuk semakan secara SMS boleh terus taip MUET dan hantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari 2012
  • Untuk lebih baik disarankan juga untuk mengambil sendiri keputusan MUET di Institusi atau sekolah masing-masing.

Bagi calon yang ingin mengemukakan bantahan atau semakan semula keputusan MUET yang diperolehi, rayuan semakan semula boleh dibuat dengan bayaran RM 70 dan tarikh tutup rayuan ialah pada 27 Januari 2012.

Baca Juga :  Berita Baik Pelajar Kolej Vokasional Juga Boleh Ke IPTA

Tarikh keputusan MUET 2012 ini kemungkinan akan berubah kerana ia tertakhluk kepada perubahan dan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Semoga informasi bekenaan semakan keputusan MUET ini memberikan input dalam persediaan dan makluman. Semoga berjaya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :