Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Selangor

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Keputusan Perlawanan Malaysia lawan selangor memang merupakan kejutan kepada penggemar bola sepak tanah air. Keputusan terkini Pasukan Malaysia beraksi kali ini untuk perlawanan persahabatan menentang selangor mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Mungkin kerana saya dikhabarkan ianya tidak mendapat liputan media secara langsung. Saya tulis khas hari ini kerana ia memanglah satu keputusan perlawanan yang pelik sikit dan agak menghampakan. Walaubagaimanapun adat perlawanan kalah dan menang, setiap usaha pasti menemukan kejayaan ataupun kegagalan.

Setelah kalah kepada Singapura secara agregat 6-4 dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Malaysia dibatalkan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Oman pada 10 ogos 2011.

Setelah tamat perlawanan semalam iaitu 6 Ogos 2011 dimana perlawanan bermula pukul 10 malam di stadium Shah Alam keputusan yang agak menghampakan penyokong pasukan negara apabila pasukan Malaysia kalah kepada pasukan selangor dengan keputusan :

Malaysia 0 – Selangor 1

Pada separuh masa pertama keputusan ialah 0-0, tetapi pada separuh masa kedua, Selangor berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Rudie Ramli.

Mungkin ramai penyokong Malaysia mula kecewa dari keputusan itu. Mungkin menjadi pengajaran bahawa kadangkala kehebatan ahli, kecanggihan sesuatu sebenarnya tidak menjamin kejayaan atau keberhasilan sekiranya strategi tidak disusun rapi ataupun emosi atau sifat prilaku ahli-ahli juga mempengaruhi dalam menjayakan sesuatu misi.

Terima Kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top