Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Bagi yang tidak Berjaya pasti telah membuat rayuan. Tarikh Keputusan rayuan IPTA menerusi UPU telah ditetapkan. Untuk pengetahuan, rayuan ke IPTA atau Universiti Awam ( UA ) telahpun ditutup . Maklumat rayuan dan tarikh ini adalah bagi lepasan STPM / Setaraf yang memohon baru-baru ini.
Keputusan e-Rayuan ke Universiti Awam
Untuk pengetahuan, tarikh keputusan rayuan ke UA ialah pada 15 September 2015 ( selasa ). Semakan keputusan rayuan boleh dibuat di Portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar ( BPKP ) di http://upu.mohe.gov.my.
15 September 2015 ( selasa )
Soalan, Masalah dan penyelesaian berkaitan e-rayuan
Berikut ialah pertanyaan dan jawapan dari pihak UPU berkaitan masalah yang diutarakan menerusi laman rasmi UPU.
Menolak tawaran bagi sesi lepasan STPM dan ingin memohon semula untuk sesi 2016/2017 dan pembelian pin.
- Dibolehkan untuk memohon semula tahun depan, tetapi harus menggunakan kategori Diploma/setaraf dan perlu membeli semula Pin untuk tahun hadapan
Terlupa print borang permohonan
- Tidak dapat berbuat apa-apa kerana sistem telah ditutup kini
Sekiranya tidak Berjaya rayuan dan adakah perlu menghantar ke setiap university yang dipohon
- Jika tidak Berjaya rayuan, boleh terus membuat rayuan ke UA yang dipilih dan perlulah membuat rayuan ke setiap Universiti yang ingin dimohon.
Permohonan sesi ke 2 Universiti
- Bergantung kepada university dan kekosongan, untuk permohonan sesi ke 2 perlu terus merujuk laman rasmi university yang ingin dimohon sekiranya ia membuka permohonan sesi ke 2.
Adakah perlu sahkan dokumen-dokumen perlu
- Setiap dokumen yang difotokopi adalah baik jika ia disahkan
Maklumat lanjut dan pertanyaan
Untuk yang mengalami kerumitan dan perlu pertanyaan. Adalah lebih baik jika anda menghubungi :
Helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777 ( Dari jam 7.30 pagi – 5.30 ptg )
Atau melayari Portal Rasmi UPU.
Semoga anda mendapat maklumat yang jelas berkaitan tarikh keputusan rayuan IPTA / UA untuk lepasan STPM/ setaraf bagi sesi 2015/2016
Asasi, Diploma dan setaraf denngnaya yang telah mengemukakan permohonan rayuan setelah gagal mendapat tawaran pada 13 Julai lalu bolehlah menyemak keputusan rayuan