

Baru-baru ini, keputusan peperiksaan penggal 1 STPM 2013 telah dikeluarkan. Namun demikian, ada yang tidak berpuas hati dan telah membuat rayuan semakan semula keputusan peperiksaan penggal 1 STPM 2013 mereka. Tarikh sebenar keputusan rayuan adalah telah ditunda sebelum ini.
Untuk itu, sebagai peringatan dan info kepada mereka yang membuat rayuan semakan semula. Keputusan rayuan semakan semula dijangka akan keluar pada esok hari iaitu 5 Mei 2013. Pelajar boleh semak untuk maklumat lanjut bekenaan keputusan rayuan semak semula STPM 2013 di Laman Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia MPM di alamat : http://www.mpm.edu.my/
Keputusan Semakan Semula STPM 2013 Penggal 1 : 5 Mei 2013
Semakan semula keputusan STPM penggal 1 tahun 2013 ini bukanlah boleh mengubah keseluruhan keputusan peperiksaan masing-masing. Ia hanyalah bagi membuat pembetulan jika berlaku kesilapan kecil pemarkahan yang kadangkala mampu mengubah gred dan keputusan. Keputusan peperiksaan penggal 1 ini akan menjadi salah satu pekiraan untuk mendapat Nilai Gred Keseluruhan apabila tamat pengajian nanti. Semoga berjaya.