Satu makluman pada yang telah membuat rayuan sebelum ini, keputusan rayuan UPU akan diumumkan tidak lama lagi. Keputusan rayuan ini adalah keputusan rayuan 1 dan ada lagi keputusan rayuan untuk kedua.
Tarikh Hebahan Keputusan Rayuan 1
Keputusan rayuan 1 akan mula diumumkan pada :
22 Ogos 2017 ( Selasa ) | Jam 12 tengahhari |
Link Semakan :
Bagi yang tidak berjaya tidak perlu membuat rayuan di UPU Online, pemohon hanya perlu menunggu keputusan rayuan ke 2 yang akan dihebahkan pada 12 september 2017.


Maklumat lanjut :
Hubungi di talian helpline (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara UPU di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.
Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/.
Semoga rayuan anda akan diterima dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pingback: Gagal Rayuan 1 UPU Lepasan STPM Setaraf |Xpresi