Teka teki berkaitan tarikh pengumuman keputusan SPM 2017 akhirnya berakhir melalui salah satu surat kenyataan media dari KPM sendiri yang di muat naik melalui fb Rasmi KPM sekitar jam 5.30 petang tadi. Surat yang dimuat naik adalah jelas menyatakan tarikh keputusan SPM 2017 adalah pada 15 Mac 2018.


Keputusan SPM 2017 ( Khamis 15 Mac 2018 )
Seramai 443,883 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon atau 87 peratus membabitkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan. Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (8,461 calon); sekolah menengah agama negeri (8,346 calon); sekolah menengah agama rakyat (1,976 calon); sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (14,883 calon) dan persendirian (23,886 calon).


Semakan Online Keputusan SPM 2017
Pelbagai kaedah semakan boleh dibuat samaada secara online, sms dan juga pergi sendiri ke institusi sekolah. Jika mengambil keputusan di sekolah perlulah hadir selepas jam 10 pagi kerana pada awal pagi biasanya pihak sekolah perlu ke PPD untuk mengambil keputusan dan membuat sedikit analisis sebelum diberi pada pelajar. Kebanyakan sekolah akan mula selesai dan mengedar keputusan sekitar jam 11 tengahari bergantung pada akses dan jarak sekolah dengan PPD.
Cara Semakan Online dan SMS
Semakan | Cara |
Online | Semakan SPM 2017 |
SMS | Taip: SPM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: SPM 990521041234 WY001A032 sms ke 15888 |
Kami mengucapkan selamat berjaya dan semoga keputusan SPM 2017 anda adalah yang terbaik pernah anda capai.