Keputusan SPM 2018, Semakan Online SMS dan Tarikh

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Debaran SPM 2017 telah bermula dan keputusan SPM 2018 akan diumumkan sedikit masa nanti. Slot pertanyaan xpresi banyak menerima soalan bila keputusan SPM 2017 akan diumumkan. Keputusan SPM 2017 akan diumumkan di Laman Rasmi KPM hujung bulan ini dan bakal memberi berita baik pada yang sedang menantikan keputusan masing-masing.

Keputusan SPM

Keputusan SPM

Seramai 443,883 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon atau 87 peratus membabitkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan. Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (8,461 calon); sekolah menengah agama negeri (8,346 calon); sekolah menengah agama rakyat (1,976 calon); sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (14,883 calon) dan persendirian (23,886 calon). – Sumber

Tarikh Keputusan SPM 2017

Keputusan SPM 2017 akan diumumkan, dan ianya kemungkinan sekitar minggu pertama dan kedua Mac 2018. Jika mengikut sejarah tahun sebelumnya, keputusan SPM dikeluarkan seperti tarikh berikut :

  • 2014 – 3 MAC
  • 2015 – 3 MAC
  • 2016 – 16 MAC
  • 2017 – 15 Mac
Tarikh keputusan SPM

Tarikh keputusan SPM

Untuk membuat semakan, kebiasaanya pelajar boleh terus ke sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi hari keputusan diumumkan dan mengambil slip keputusan. Selain dari itu terdapat 2 cara lain membuat semakan secara online dan SMS iaitu :

Semakan Cara
Online Semakan SPM 2017
SMS Taip: SPM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888

Contoh: SPM 990521041234 WY001A032

sms ke 15888

 

Untuk makluman, semakan online dan SMS hanya dibuka setelah portal Rasmi KPM mengumumkan keputusan SPM

Terdapat perbezaan pengambilan keputusan SPM antara calon Sekolah harian biasa dan sekolah persendirian :

Sekolah Harian Calon Persendirian
·        Semakan online dan SMS

·        Terus ke sekolah mengambil SPM sebelum ini selepas jam 10 hari keputusan SPM diumumkan

·        Semakan Online dan SMS

·        Dimaklumkan melalui POS atau terus ke JPN tempat SPM diambil.

Membuat persediaan awal

Keputusan SPM masih belum dikeluarkan lagi, masih sempat untuk berdoa dan memohon pertolongan dari ilahi. Persediaan mental diperlukan sebelum menerima keputusan SPM dengan berserah dengan apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan kelak.

Masih sempat untuk berdoa dan memohon pertolongan dari ilahi

Kejayaan adalah terletak pada kerajinan dan usaha, rezeki adalah didatangkan dari usaha yang bersungguh-sungguh.

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Brain erickly
Brain erickly
Guest
2 years ago

Spm

asya
asya
Guest
2 years ago

Hm seram sejuk la plak hahah .. Hrp2 smua bekas calon spm 2017 dpt kputusan yg cmerlang bsok (15/3) aminn… 😓😓

Muhammad Aliff Bin Roslan
Guest
2 years ago

Saya baru habis sekolah 2017 tingkatan 5 perdagangan bila tarikh ambik keputusan SPM 2018

Rendy Ismail
Guest
2 years ago

semoga ada peningkatan prestasi keputusan SPM untuk ambilan 2017 kali ini.

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x