Keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi 19 Januari 2017. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar peperiksaan.
Semakan Keputusan STAM 2016 / 2017 melalui SMS
Semakan melalui SMS juga dibuka dengan menaip mySMS 15888 . Perkhidmatan SMS ini akan diaktifkan bermula 10.00 pagi 19 Januari 2017 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 25 Januari 2017.
Seramai 8784 calon telah mendaftar untuk menduduki STAM di 224 pusat peperiksaan. Daripada jumlah 8784 calon :
- 2110 adalah calon Sekolah Kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan
- 4617 adalah calon Sekolah Agama Negeri
- 680 adalah calon sekolah Menengah Agama Rakyat
- 1269 adalah calon persendirian
- 30 orang adalah calon Sekolah Menengah Swasta
- 78 calon luar negara ( Kemboja )
Sumber : KPM