Keputusan STPM 2011/2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Keputusan STPM 2011/2012 1
STPM

Bagi calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM tahun 2011 pasti tertunggu-tunggu bila tarikh keputusan/ result STPM 2011/ 2012 akan dikeluarkan. Saya ada banyak menerima soalan dari pelawat STPM bekenaan tarikh keputusan STPM. Oleh itu ingin saya berkongsi dari email yang dihantar kepada saya mengenai tarikh keputusan STPM ini.

Menurut maklumat yang diterima, tarikh keputusan STPM masih lagi belum dikeluarkan. Namun demikian, menurut salah seorang Pegawai Perhubungan Awam di Majlis Peperiksaan Malaysia memberitahu keputusan STPM akan dikeluarkan awal bulan Mac ini. Kemungkinan ia akan keluar  sekitar 5 – 12 Mac ini.

Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

Namun demikian, tarikh yang diberikan bukanlah sesuatu yang benar kerana ia hanyalah anggarankerana ia bergantung kepada kesediaan untuk mengeluarkannya.  Suka ditegaskan disini,

Tarikh sebenar pengumuman keputusan akan Majlis Peperiksaan Malaysia MPM maklumkan melalui portal MPM dan juga media masa tempatan beberapa hari sebelum ia dikeluarkan.

Jika dilihat tarikh keputusan STPM 2011/ 2012 ini agak lewat sedikit dari tahun sebelumnya iaitu 21 Febuari 2011. Kebiasaanya ia akan diumumkan pada pukul 12 tengahhari hari yang sama dan semakan boleh dibuat melalui online dan juga semakan SMS ke nombor 15888. Untuk tarikh sebenar keputusan STPM 2011 sekiranya pihak kami mendapat maklumat, kami akan cuba seberapa segera memaklumkan kepada pelawat sekalian.

Semoga peluang terakhir peperiksaan ini memberikan seribu kenangan manis dan saya doakan anda adalah insan yang bertuah itu. InsyaAllah..

Biar apapun tarikh yang akan keluar nanti, gunakanlah masa yang ada ini untuk terus membuat baik terutama kepada kedua ibu bapa serta meningkatkan keimanan kepada maha esa. Apa sahaja boleh berlaku dengan ketentuanNya, semoga peluang terakhir peperiksaan ini memberikan seribu kenangan manis dan saya doakan anda adalah insan yang bertuah itu. InsyaAllah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top