Keputusan STPM Penggal 1 Boleh Disemak 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi Calon STPM keputusan STPM penggal 1 telah dibuka untuk semakan. Semakan keputusan STPM Penggal 1 ini adalah bagi mereka yang telah mengikuti peperiksaan penggal 1 sebelum ini. Keputusan penggal 1 ini adalah satu keputusan yang penting kerana ia mampu memberikan motivasi permulaan kepada perjalanan STPM sehingga penggal akhir nanti.

Semak keputusan STPM Penggal 1 Online

Bagi yang ingin membuat semakan keputusan STPM penggal 1 bolehlah membuat semakan mulai 18 Febuari 2016 bermula jam 10.00 pagi.

Untuk membuat semakan online boleh ke www.mpm.edu.my ( maklumat lanjut )

Semakan SMS STPM Penggal 1 :

Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

Taip STPM <jarak> RESULTP1 <jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Keputusan STPM Penggal 1
Keputusan STPM Penggal 1

Bagaimana dengan keputusan STPM Penggal 1 masing-masing? Berita gembira atau tak? Mungkin ada yang dapat keputusan yang rendah, pastinya akan rasa sedih dan ada kalanya mungkin akan kecewa. Kami selalu menerima luahan dari pelawat yang kecewa dan mula lemah semangat ingin meneruskan pengajian. Sebenarnya bagi kami apa yang telah berlaku harus diterima dan pastinya tidak boleh diubah, yang boleh diubah adalah yang belum berlaku. Berputus asa akan membuatkan keputusan STPM akan datang lebih teruk sebaliknya jika terus berusaha pastinya keputusan STPM akan datang lebih positif.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top