Satu semakan keputusan STPM Penggal melalui online dan SMS untuk STPM penggal 3 tahun 2015 telahpun dibuka. Keputusan STPM iaitu Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan satu yang dinantikan oleh pelajar kerana peperiksaan STPM merupakan peperiksaan penting untuk melayakkan kemasukan ke ijazah pertama / Ijazah Sarjana Muda.
Tarikh Semakan Keputusan STPM Penggal 3 2015
Untuk pengetahuan, keputusan STPM telah dikeluarkan pada 2 Febuari 2016 dan keputusan STPM penggal 3 tersebut boleh disemak online ataupun secara SMS mengikut kemudahan calon.
Semakan Online Keputusan STPM Penggal 3
Untuk membuat semakan online, calon boleh mula membuat semakan di Laman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula 2 Febuari 2016 pukul 10.00 pagi. Pautan untuk semakan ialah :
Semakan keputusan STPM melalui SMS juga disediakan untuk kemudahan dengan menaip :
STPM<jarak>RESULTP3<jarak>[No. KP]
Contoh: STPM RESULTP3 910412036519
SMS tersebut perlu dihantar ke no 15888
Diharapkan calon mendapat keputusan cemerlang sesuai dengan usaha yang telah dilakukan sebelum ini. Setiap usaha yang dilakukan pasti mendapat manfaatnya jika ia bukan sekarang mungkin akan datang.
p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram
- Terhad 500 org shj : Bacaan digital Xpresi.org, Percuma ( Maklumat Lanjut )
- Sertai Kumpulan Penulis Kami Mohon Sekarang