

Satu makluman pada yang terlibat mengulang SPM. Keputusan Ulangan SPM akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Mengikut sumber dari Laman Rasmi KPM, keputusan akan mula boleh disemak secara SMS bermula 24 Ogos 2017.
Seramai 12,589 orang calon telah mendaftar menduduki SPM ulangan di 229 pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 1707 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. 3 mata pelajaran ditawarkan untuk peperiksaan SPM ulangan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.


Semakan Keputusan Ulangan SPM
Untuk membuat semakan keputusan ulangan, calon akan dimaklumkan keputusan melalui pos atau boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendafatar Peperiksaan. Selain itu juga calon boleh membuat semakan keputusan Ulangan SPM melalui SMS iaitu melalui mySMS 15888. Perkhidmatan semakan SMS ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 24 ogos 2017 dan ditamatkan pada 6.00 petang , 30 Ogos 2017.
Diharapkan keputusan ulangan SPM kali ini lebih baik dari sebelumnya dan membantu dalam kelayakan memohon pengajian lanjutan calon. Moga berjaya. – sumber
Pingback: Cara Ulang Sijil Pelajaran Malaysia SPM