Keputusan UPSR 2016 Hari ini, Dapatkan Segera

0
11

Satu info menarik, keputusan UPSR 2016 telah mula dikeluarkan hari ini. Mungkin ada yang tertunggu-tunggu saat keputusan UPSR ini, situasinya memang meriah jika melibatkan kanak-kanak Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ini. Hal ini kerana mungkin kali pertama menghadapi dan menerima keputusan peperiksaan utama ini membuatkan reaksi mereka agak keterlaluan.

Sumber foto : BERNAMA
Sumber foto : BERNAMA

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 440,782 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu.

Baca Juga :  Mungkin Inilah Punca Hukuman Rotan Di sekolah Tidak Boleh dilaksanakan

Keputusan UPSR 2016 diumumkan pada hari khamis 17 November 2016, Pada tahun ini, seramai 452,721  calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8100 pusat peperiksaan di seluruh negara. Untuk mendapatkan keputusan bolehlah ke sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sam. Calon juga boleh menggunakan semakan UPSR 2016 melalui mySMS 15888 bermula 10 pagi 17 November 2016.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :