Kerjaya : Cara Membina Keyakinan Diri Semasa Temuduga

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apabila sebut sahaja berkenaan dengan kerjaya pasti ramai yang memikirkan berkenaan dengan pekerjaan. Justeru itu, untuk membina sesuatu kerjaya kita WAJIB ketahui cara membina keyakinan diri semasa temuduga bagi memudahkan urusan mendapatkan pekerjaan. Keyakkinan diri adalah salah satu kunci kejayaan yang penting. 

“Tanpa keyakinan diri sukar untuk seseorang kelihatan berkebolehan walaupun mereka sememangnya berkebolehan”

Kerjaya : Cara Membina Keyakinan Diri Semasa Temuduga

Keyakinan diri merupakan sesuatu perkara yang sangat PENTING dalam mendapatkan sesuatu pekerjaan. Justeru itu, pastikan anda mempunyai KEYAKINAN diri semasa temuduga.

Antara cara membina keyakinan diri semasa temuduga adalah:-

1) Kaji dahulu latar belakang syarikat

Sebelum pergi temuduga calon WAJIB mengkaji dahulu latar belakang syarikat. Hal ini disebabkan, sudah menjadi satu kebiasaan soalan bocor untuk temuduga adalah “Ceritakan serba sedikit berkenaan dengan latar belakang syarikat”. Justeru itu, untuk terlihat seperti anda sangat berkeyakinan latar belakang syarikat perlulah di ketahui dahulu.

“ Tiada soalan semudah latar belakang syarikat yang bakal anda temuduga”

2) Pastikan anda menggunakan bahasa yang pihak penemuduga gunakan

Kerjaya

Setiap manusia pasti akan ada kekurangan, begitu juga dengan calon yang bakal di temuduga. Gementar dan takut adalah dua perasaan yang biasa kia rasai. Walaubagaimana sekalipun, atasilah perasaan tersebut dengan keyakinan diri yang kita perolehi.

Gunakan bahasa yang pihak penemuduga ajukan agar mereka selesa untuk menayakan soalan yang seterusnya. ELAKKAN diri daripada menjawab soalan menggunakan bahasa selain daripada pihak penemuduga gunakan. Sekiaranya calon menggunakan bahasa yang digunakan oleh penemuduga maka ianya mampu membuatkan calon kelihatan lebih berkeyakinan dalam menjawab sesuatu persolana yang di ajukan.

Info Tambahan :  Tarikh Penting Permohonan UPU 2021

3) Rancang dahulu skema jawapan yang mungkin bakal ditanya oleh penemuduga 

Kerjaya

Soalan temuduga sememangnya merupakan solaan yang spontan. Walaubagaimana sekalipun, sekiranya anda sudah biasa menghadiri temuduga maka anda akan dapat mengenalpasti serba sedikit soalan yang bakal diajukan. Justeru itu, anda DIGALAKKAN untuk merancang dahulu jawapan yang bakal di ajukan. 

PERINGATAN!!!

Menyarankan untuk merancang jawapan BUKAN menghafal jawapan. Hal ini disebabkan calon yang menghafal jawapan walaupun mereka TIDAK ketahui soalan akan menyebabkan mereka menjadi gugup ketika diajukan soalan oleh pihak penemuduga.

Kepentingan membina keyakinan diri untuk sesi Temuduga. 

Setiap individu mempunyai keyakinan diri yang berbeza-beza. Justeru itu, setiap individu akan mencuba untuk membina keyakinan diri dalam pelbagai aspek. Walaubagaimana sekalipun, kata kunci untuk keyakinan diri adalah fokus. 

“Tanpa fokus keyakinan diri juga tidak akan dapat dizahirkan”

Antara kepentingan membina keyakinan diri untuk sesi temuduga adalah bagi:-
SUSULAN TEMUDUGA
a) Menunjukan kemampuan dan kecekapan calon 

TAHUKAH ANDA!!!

Kemampuan dan kecekapan adalah asas penting dalam pencarian pekerja. Justeru itu, calon yang sedang mencari pekerjaan WAJIB menunjukan kemampuan dan kecekapan dalam melakukan sesuatu.

“Keyakinan diri adalah kunci kemampuan dan kecekapan seseorang dalam melakukan sesuatu tugasan yang bakal dipikul”

b) Mewujudkan kepercayaan kepada penemuduga

Setiap syarikat mahu mempunyai pekerjaan yang bijak menyimpan kerahsiaan syarikat. Justeru itu, dengan adanya keyakinan diri maka mampu mewujudkan kepercayaan sesebuah syarikat kepada calon. Kepercayaan adalah suatu aset yang penting buat syarikat yang maju atau sedang membangun.

c) Mampu menghidupkan suasana yang harmoni

Info Tambahan :  4 Cara Untuk Mendapatkan Buku Teks Digital 2021 KPM

Kerjaya
Mereka yang mempunyai keyakinan mampu mewujudkan suasana harmoni kepada syarikat tidak kira semasa syarikat sedang mengalami kerugiaan atau tidak. Hal ini disebabkan, mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi mampu untuk berkomunikasi dengan yang orang lain secara berhemah dan cekap.

d) Mampu membina kerjaya anda
Kerjaya
Individu yang mempunyai keyakinan diri ini akan mudah untuk pergi jauh. Hal ini disebabakan keyakinan diri anda mampu membuatkan syarikat berani untuk memberikan anda tanggunjawab yang besar dalam pengurusan syarikat. Justeru itu, anda perlu membina keyakinan diri daripada awal lagi untuk melahirkan indidvidu yang cekap dalam melakukan sesuatu.

e) Menonjolkan karisma diri anda

Pernah anda melihat mereka yang mempunyai keyakinan diri ini akan mempunyai karisma yang tersendiri. Karisma itu lahir apabila anda yakin dengan diri anda sendiri. Justeru itu, yakinlah dengan apa yang anda sedang lakukan agar mudah untuk anda terlihat berkarisma dengan apa sahaja yang anda sedang lakukan.

Kunci kejayaan yang sebenar adalah yakin. Dengan keyakinan mampu membuatkan anda menjadi orang yang lebih berjaya dan mampu membuatkan orang lebih percaya. Maka binalah keyakinan diri dari sekarang agar ianya akan memudahkan anda untuk membina kerjaya pada masa akan datang.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments