Kerjaya dan Pendidikan untuk Diploma Jurupulih Perubatan Anggota (FISIOTERAPI)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kerjaya dan Pendidikan untuk Diploma Jurupulih Perubatan Anggota (FISIOTERAPI) 1
Gambar hiasan

Tahukah Anda Fisioterapi melalui pendidikan seperti diploma jurupulih anggota merupakan satu kerjaya yang berkaitan penjagaan kesihatan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh badan manusia. Fisioterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan kesesuaian rawatan yang perlu dilakukan terhadap seseorang pesakit kerana dia arif tentang fungsi tubuh badan manusia, penyakit serta kecederaan dan proses penyembuhan, boleh membezakan pergerakan yang normal atau sebaliknya, penggunaan bahan rawatan dengan sebaiknya dan berkebolehan untuk memberi pendidikan kepada pesakit.

Syarat Pengambilan

Jika anda rasa kerjaya ini menjadi pilihan, syarat permohonan mestilah warganegara Malaysia, lelaki/perempuan yang belum berkahwin, berumur antara 17-25 tahun. Kelayakan yang diperlukan ialah keputusan SPM dengan lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 mata pelajaran diperingkat kepujian dan selebihnya lulus dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Syarat keutamaan ialah 2 kepujian dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris serta lulus 2 mata pelajaran lain dan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Elaun dan Gaji

Elaun jika anda berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini juga lumayan. Biasiswa, RM621.21 sebulan, Elaun buku, RM 250.00 setahun, Elaun perkakas RM 25.00 sepanjang tempoh latihan, Elaun kertas projek RM 50.00 setahun, dan elaun jahitan pakaian seragam, RM 45.00 sepasang. Jika anda Berjaya menamatkan pelajaran, anda akan dilantik menjadi Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U29 ke jawatan tetap. Gajinya dalam lingkungan, U29 RM1,160.69 – RM 3,057.39, U32 RM 1,959.29 – RM 3,656.38, U36 RM 3,057.36 – RM 4,521.51, U38 RM 3,778.83 – RM 4,943.49 dan U40 RM 4,444.33 – RM 5,642.23 tidak termasuk dengan elaun-elaun. Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan, anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan dan berpeluang ke gred jawatan yang lebih tinggi.  Permohonan boleh dibuat sepanjang masa di laman web http://www.spa.gov.my.

4 thoughts on “Kerjaya dan Pendidikan untuk Diploma Jurupulih Perubatan Anggota (FISIOTERAPI)

  1. Saya nak tanya, macam mana nak mohon kos fisioterapi dekat spa8? saya sudah cuba memohon tetapi tidak ada kos fisioterapi. kos yang lain ditawarkan hanyalah gred N19 dan N17.. ibu saya pensyarah di kolej sains kesihatan bersekutu sungai buluh. Ibu saya juga pelik kerana gred yang ditawarkan sangat rendah. Apa yang perlu saya lakukan? 🙁

Leave a Reply to SYARAFINA SOLEHAH Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *