Kerjaya : Hala Tuju Pelajar Lepasan Ekonomi STPM 2021/2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kerjaya atau hala tuju pelajar lepasan Ekonomi STPM masih menjadi perbualan para pelajar. Hal ini disebabkan, ramai pelajar yang masih keliru akan hala tuju mereka setelah tamat pengajian STPM ini. Justeru itu, kami akan berkongsi sedikit berkenaan dengan hala tuju para pelajar yang mengambil bidang ekonomi semasa STPM.

Umum sudah ketahui kerjaya dan hala tuju dalam pembelajaran STPM adalah berfokuskan kepada persediaan untuk memasuki ke alam universiti. Ianya berbeza dengan sistem pembelajaran ketika anda berada di SPM dahulu. Justeru itu, semasa di Tingkatan 6 atau STPM anda akan lebih fokus kepada sesetengah subjek sahaja. Disebabkan oleh itu, ketika berada di peringkat tingkatan 6 anda hanya mengambil beberapa subjek untuk di fokuskan.

Pada peringkt Tingkatan 6, anda akan ada dua aliran sama seperti di peringkat SPM. Tetapi subjek yang di ambil tidak sebanyak SPM. Antara aliran yang ada pada peringkat STPM adalah:-

Kerjaya

Aliran Sains

1) Aliran Sains (5 subjek)

a) Pakej 1

  • Pengajian Am
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Ekonomi

b) Pakej 2

  • Pengajian Am
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Ekonomi

c) Pakej 3

  • Pengajian Am
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik 

2) Aliran Sains (4 subjek)

a) Pakej 1

  • Pengajian Am
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Biologi

b) Pakej 2

  • Pengajian Am
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik

Aliran Kemanusian

1) Aliran Kemanusian (5 subjek)

a) Pakej 1

  • Pengajian Am
  • Pengajian Perniagaan
  • Ekonomi
  • Matematik Moden
  • Perakaunan
Info Tambahan :  Bekerja dari Rumah: Cara Menjadi Produktif

b) Pakej 2

  • Pengajian Am
  • Bahasa Melayu
  • Pengajian Perniagaan
  • Seni Visual
  • Sejarah 

2) Aliran Kemasuian (4 subjek)

a) Pakej 1

  • Pengajian Am
  • Ekonomi
  • Geografi
  • Sejarah

b) Pakej 2

  • Pengajian Am
  • Bahasa Melayu
  • Pengajian perniagaan
  • Sejarah 

c) Pakej 3

  • Pengajian Am
  • Bahasa Melayu
  • Ekonomi
  • Geografi 

d) Pakej 4

  • Pengajian Am
  • Bahasa Melayu
  • Kesusateraan Melayu
  • Sejarah

Kerjaya : Hala Tuju Pelajar Lepasan Ekonomi STPM 2021/ 2022

Kerjaya

Sekiranya anda adalah pelajar yang mengambil bidang Ekonomi semasa STPM, maka kerjaya dan hala tuju anda adalah meluas.

Hal ini disebabkan pada zaman kegawatan Ekonomi ini, pelajar yang berada di dalam lingkungan pembelajaran dalam bidang ini sangatlah diperlukan. Justeru itu, peluang pekerjaan anda akan lebih meluas.

Antara kelayakan anda yang lepasan bidang Ekonomi semasa di peringkat Tingkatan 6, anda boleh melanjutkan pengajian anda di dalam bidang :-

  • Hubungan Industri
  • Hubungan Antarabangsa
  • Psikologi Industri dan Organisasi
  • Pembangunan Belia dan Komuniti
  • Ekonomi perancangan dan pembangunan
  • Ekonomi kewangan
  • Ekonomi sumber manusia
  • Keusahawanan
  • Pemasaran
  • Perniagaan antarabangsa
  • Pendidikan (Guru bahagian ekonomi)
  • Perbankan
  • Perbankan Antarabangsa
  • Kewangan Islam
  • Dan pelbagai lagi bidang yang boleh anda ambil

PERINGATAN!!!

PENTING semasa anda mendaftar permohonan anda perlu ketahui apa yang anda minati dan kelayakan keputusan anda menerusi PNGK. Ianya bagi memudahkan lagi untuk anda lakukan permohonan.

Setelah anda fokus kepada pembelajaran untuk melanjutkan pengajian anda ke bidang yang tertinggi, pastinya akan lahir kerisauan untuk mendapatkan pekerjaan pula. Hal ini diisebabkan, setiap bidang yang diambil akan mempunyai risiko pada masa hadapan tetapi ianya TIDAK akan memberi impak yang besar walaupun kegawatan ekonomi. 

Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023
***LETAKKAN KEYAKINAN 100% BAHAWA REZEKI ITU DITANGAN ALLAH, PENGIJAZAHAN INI ADALAH LALUAN UNTUK MENIMBA ILMU DAN SEKIRANYA ADA REZEKI MAKA AKAN MENDAPATKAN PEKERJAAN DI DALAM BIDANG YANG DICEBURI***

Antara peluang pekerjaan yang bakal anda ceburi adalah :-

  • Penasihat Ekonomi
  • Penganalisis Ekonomi
  • Pegawai Ekonomi
  • Pegawai Perancang Ekonomi
  • Pegawai Perancangan Bandar
  • Broker Saham
  • Pegawai Pembangunan
  • Pegawai Sumber Manusia
  • Pengurus Kewangan
  • Pegawai Bank
  • Penasihat Kewangan
  • Penguru Dana Khas
  • Pengurus Insuran dan Eksekutif
  • Pegawai pemasaran
  • Guru Ekonomi
  • Pengurus Perkhidmatan

Terdapat banyak lagi bidang kerjaya yang boleh anda ceburi sekiranya anda melepasi kelayakan yang di inginkan oleh pihak pengambilan pekerja tersebut. Walaubagaimana sekalipun, sebelum anda memulakan sesuatu pembelajaraan atau pekerjaan perbetulkan semula niat anda. Sekiranya niat anda untuk menyambung pengajian sekadar untuk mendapatkan pekerjaan yang baik sahaja, perbetulkan semula niat.

NASIHAT!!!!

Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bukan untuk mendapatkan pekerjaan dan gaji yang tinggi sahaja. Tetapi, niatkan setiap ilmu yang diperolehi untuk menjadikan kita sebagai seorang yang berilmu agar dapat memberi manfaat kepada semua. 

“Jalani kehidupan dengan sempurna berlandaskan apa yang diajari oleh Nabi Muhammad S.A.W.”

Rujukan :-

https://www.moe.gov.my/orang-awam/stpm

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top