Kerjaya Juru Bedah atau Surgery

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kerjaya Juru Bedah atau Surgery 1

Juru Bedah

Sebagai Surgery atau juru bedah memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi, Untuk menjadi seorang pakar bukanlah senang. Ia memerlukan usaha yang gigih serta tahap akademik yang tinggi. Sedikit review disediakan oleh salah satu staff xpresi.

Juru bedah?  Wah, bestnya..boleh bedah, tengok apa yang ada dalam abdomen ni. Lepas bedah boleh jahit. Macam jahit baju je bunyinya kan? Ai..seram la plak..tapi itu la hakikatnya kerja juru  bedah ni.

Merupakan salah satu bidang di bawah kedoktoran/perubatan.  Macam mana mahu menjadi juru bedah? Ia bukan sesuatu yang mudah. Jika anda berminat, keputusan mestilah cemerlang dengan semua mata pelajaran. Memerlukan masa 5-6 tahun belajar dalam bidang perubatan. Setelah tamat belajar, anda perlu berkhidmat dahulu selama 2 tahun di hospital. Selepas itu, berkhidmat 3 tahun di hospital besar. Oh, semuanya 5 tahun..lamanya..susah juga mahu jadi juru bedah ni.

Info Tambahan :  5 Panduan Menulis Resume Buat Graduan Baru

Kemudian, anda boleh menyambung latihan di peringkat master lebih kurang 4 tahun di luar negara. Selepas itu menjalani latihan selama 6 bulan di hospital dan untuk mendapat kepakaran memerlukan latihan selama 4-5 tahun.  Sungguh jauh dan mencabar perjalanan untuk menjadi seorang juru bedah yang pakar. Dalam bidang juru bedah pula, terdapat banyak bidang seperti pembedahan neuro, vascular, plastic, urology, orthopaedic, ophthalmology, ENT, cardia, dan thoracic.

Oleh sebab itu, ia merupakan kerjaya yang sangat demanding kerana ia melibatkan kerja yang kuat dan mengambil masa yang panjang.

14 Comments

  1. Zihra
  2. nurul izzati
  3. Jeann
    • My
  4. shahilyazid
  5. Qistinabatrisyia
  6. hafiz iskandar
  7. Nurul Syafinaz
  8. intan

Leave a Reply