

Ramai pelawat yang bertanya tentang macam mana nak jadi jururawat serta bidang tugas jururawat masyarakat. Di sini, saya mahu berkongsi dengan semua pembaca tentang cara mahu jadi jururawat dan serba sedikit tentang bidang tugas Jururawat Masyarakat.
Pengenalan
Jururawat Masyarakat bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan perbidanan (orang bersalin), penjagaan kesihatan ibu dan anak, perawatan asas dan penjagaan pesakit. Tugas utama lebih kepada bidang perbidanan dan kesihatan keluarga yang merangkumi aspek perawatan kejururawatan dari segi amalan kejururawatan, pengurusan kejururawatan, latihan kejururawatan, dokumentasi dan lain-lain tugas.
Tugas
Kebiasaannya jururawat akan bekerja di wad hospital/klinik dengan menjalankan tugas di wad, wad pranatal, bilik bersalin, wad post natal atau pediatrik. Selain itu, jika bertugas di klinik desa, jururawat akan bertanggungjawab menjalankan sesi klinik ibu hamil, lawatan ke rumah, bertugas atas panggilan bagi kes kebidanan di klinik/kelahiran di rumah dan Pusat Bersalin Alternatif atau klinik dan menjalankan motivasi serta ceramah kepada ibu-ibu tentang kaedah merancang keluarga.
Kelayakan/syarat?
Anda mestilah warganegara Malaysia, perempuan sahaja yang berumur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan. Kelayakan akademik dengan SPM 2 kepujian dan 4 lulus serta lulus Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan). Keutamaan kepada pemohon yang kepujian Bahasa Melayu dan Sains serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris.
Elaun/biasiswa
Bagi calon di peringkat sijil adalah RM 517.15 sebulan. Setelah tamat tempoh latihan selama 2 ½ tahun (5 semester) anda akan dilantik ke jawatan ururawat Masyarakat Gred U19 dengan gaji minimum RM 827.94 dan maksimum RM 2,177.15. Tangga gaji boleh meningkat sehingga U26.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara online sepanjang masa di http://www.spa.gov.my. Permohonan terbuka sepanjang masa dan sah dalam masa satu tahun permohonan.
Maklumat Lanjut
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan. Anda juga boleh melayari lamannya seperti berikut http://www.moh.gov.my atau http://latihan.moh.gov.my .
saya nk tanye, bile dah dpt surt mgatakan anda berjaya temudga dan lapor diri jan2013 tpi surat selanjutnya ”penyataan tarikh dan tempt” xsampai lagi. adakah saya dah berjaya? dan elaun yg memohon JM peringkat sijil tu macam mane ye? adakah sijil tu spm? atau permulaan JM memg rm517.15 ? agak confius:::