Kerjaya Pembantu Kesihatan Awam

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kerjaya Pembantu Kesihatan Awam 1
Gambar Hiasan

Xpresi sentiasa mengambil berat tentang sahabat, Oleh itu info kerjaya sebagai pembantu kesihatan mungkin sesuai bagi yang berminat. Pembantu kesihatan awam yang diterangkan dibawah adalah diperingkat sijil, sekiranya anda minat dan berkelayakan, bolehlah cuba untuk memohon.

Anda menantikan kerja? Tidak layak? Cuba lihat dahulu syarat-syarat untuk kurusus dan kerja ini. Permohonan boleh dibuat secara online sepanjang masa di http://www.spa.gov.my. Permohonan terbuka sepanjang masa dan sah dalam masa satu tahun permohonan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan. Anda juga boleh melayari lamannya seperti berikut http://www.moh.gov.my  atau http://latihan.moh.gov.my .

Info Tambahan :  5 Alat dan Perisian untuk Kerja dari Rumah

 Pembantu Kesihatan Awam ini melaksanakan aktiviti-aktiviti pengawalan dan pencegahan dengan menggunakan pendekatan kesihatan primer. Bidang tugas Pembantu Kesihatan Awam ini antaranya ialah membantu dalam melaksanakan aktiviti pengawalan dan pencegahan yang berkaitan dengan kawalan penyakit berjangkit, bekalan air dan kebersihan alam sekeliling, kawalan mutu air minum, keselamatan dan kualiti makanan serta kesihatan am.

Syarat-syarat pemohon yang layak memohon ialah :

  • Wargenegara Malaysia
  • Lelaki sahaja yang belum berkahwin
  • Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan.
  • Kelayakan: Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/setaraf serta lulus Bahasa Melayu.
  • Syarat keutamaan ialah calon yang mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas.
Info Tambahan :  Hubungan Karier: 6 Cara Menggunakan Media Sosial untuk 'Kabel'

 Tangga gaji sekiranya tamat kursus dan dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 ialah

Gred                     Minimum                           Maksimum

U17                       RM862.73                           RM1,711.21

U22                       RM1,230.26                       RM1,978.93

U24                       RM1,932.06                       RM2,863.79

Agak lumayan kan? Bagi pelajar yang layak, bolehlah cuba buat permohonan untuk masa depan anda yang lebih terjamin.

2 thoughts on “Kerjaya Pembantu Kesihatan Awam

  1. saya ingin memohon jawatan sebagai penolong jururawat saya mempunyai pengalaman selama 12yrs harap pihak berkenaan boleh contac saya terima kasih

Leave a Reply to mangalam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *