Kerjaya Pembantu Pembedahan Pergigian

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kerjaya Pembantu Pembedahan Pergigian 1
Pembedahan Pergigian

Sedikit info bagi yang berminat menjadi Pembantu Pembedahan Pergigian, Bidang pergigian ini lebih kepada menjadi sokongan kepada Pegawai Perubatan Pembedahan Pergigian dalam melaksanakan tugas merawat pesakit mengalami masalah gigi termasuk pembedahan kecil ataupun besar.

Kebiasaannya Permohonan boleh dibuat secara online sepanjang masa di http://www.spa.gov.my. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan. Anda juga boleh melayari lamannya seperti berikut http://www.moh.gov.my  atau http://latihan.moh.gov.my . Permohonan dibuka sepanjang masa dan sah dalam masa satu tahun permohonan.

Bidang tugas Pembantu Perubatan Pergigian ini antaranya ialah :

  • Membantu Pegawai Pergigian yang berkaitan semasa pemberian rawatan.
  • Menyediakan peralatan yang diperlukan semasa, sebelum dan selepas rawatan.
  • Menyediakan bahan-bahan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Membantu dalam pengurusan klinik dan mengurus data-data pesakit secara berkomputer.
  • Membantu dalam pengambilan x-ray pergigian.
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Syarat-syarat pemohon yang layak memohon ialah :

  • Wargenegara Malaysia
  • Lelaki dan perempuan belum berkahwin
  • Umur antara 17-25 tahun.
  • Kelayakan: Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan), Sains, dan Matematik. Calon yang lulus dalam Bahasa Inggeris diberi keutamaan.
  • Syarat keutamaan ialah calon yang mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas.

Semoga sedikit sebanyak membantu sahabat xpresi memilih kerjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *