Kerja Bidang Perakaunan
- Kerjaya Akauntan melibatkan kira-kira
Perakaunan juga merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi. Apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntanlah untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta aggaran belanjawa, penyata belanja supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.
Persoalan Berkaitan Pengajian Perakaunan
Saya selalu menerima soalan berkaitan kerjaya akauntan ini, antara soalan yang ditanya ialah:
Apakah tugas sebagai akauntan?, Apa lagi kerja yang boleh dimohon oleh lulusan perakaunan?, Apakah kriteria untuk menjadi seorang akauntan?, Apakah kelulusan untuk memohon akauntan? Lepas belajar kerja dimana?, Apakah syarat kemasukan ke pengajian perakaunan?, Apakah beza akauntan, penolong akauntan dan kerani akaun?.
Untuk itu, saya ada sediakan sedikit informasi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.
Kerjaya Sebagai akauntan
Untuk menjadi seorang akauntan semestinya mempunyai ijazah sarjana muda dan keatas. Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan “ Pegawai “.
Tugas Akauntan
- Mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi bertugas/ individu
- Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain,
- Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan,
- Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain,
- Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
- Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian,
- Tugas penyeliaan berkaitan kewangan dan penyata kewangan individu / institusi.
Kelayakan Am Pengajian
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.
Selepas SPM perlu sambung ke diploma perakaunan/ setaraf atau mengikuti terus ke ijazah sarjana muda perakaunan /setaraf.
Pekerjaan yang setaraf yang juga boleh dimohon
Graduan perakaunan ini juga boleh memohon jawatan lain seperti juruaudit, akauntan kos, bendahari, akauntan cukai, setiausaha syarikat, setiausaha industri atau peribadi, kerani akaun, penolong akauntan serta juru runding.
Prospek Kerja
Kebiasaanya lulusan ini berpeluang ke institusi kerajaan atau swasta. Bagi di sektor awam, jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanaun dan penguasa tempatan boleh diisi. Manakala di sektor swasta pekerjaan di badan-badan industri, bank, firma perakaunan serta syarikat insuran boleh diisi.
Kerjaya Sebagai Penolong Akauntan
Untuk kerjaya penolong akauntan, ia mempunyai skop tugas yang sama dengan Pegawai Akauntan. Cuma perbezaan adalah kerja-kerja pembantu untuk tugas-tugas Pegawai akauntan.
Dari segi kelulusan pula berbeza dengan penolong akauntan ini perlu mempunyai diploma. Diploma yang berkaitan seperti Diploma Pengajian Bank, Diploma Perakaunan, pengajian perdagangan atau setaraf.
Syarat am pengajian
SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain. ( Tidak tetap )
Kerjaya kerani Akaun
Secara umum tugas kerani akaun lebih kepada tugas menyedia kira-kira untuk dilapor kepada penolong akauntan atau Pegawai akauntan.
Antara tugas kerani akaun ialah :
- Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kira
- Membuat pengiraan yang sewajarnya
- Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad
- Mengira kos pengeluaran dan pengendalian
- Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.
- Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
- Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar.
- Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.
- Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.
- Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.
- Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
- Menyelia pekerja lain.
Diharapkan informasi diberi berkaitan bidang perakaunan ini mampu membantu dalam pemilihan kerjaya serta hala tuju pendidikan. Sebarang pilihan haruslah disusuli dengan usaha yang gigih untuk memastikan segala impian menjadi kenyataan.
Assalam kak , saya baru lepasan spm 2016. Saya ambil aliran sains tulen semasa spm tapi saya lebih berminat untuk ambil aliran perakaunan di ipta tapi result peperiksaan saya BI D BM B+ MATH A- ADDMATH E SEJ B PI B FIZIK E BIO D KIMIA E .Rasanya dengan result yg macam ni boleh ke saya apply aliran akaun di mana mana ipta atau politeknik ?
Asalammualaikum admin, saya akan menamatkan pengajian dalam bidang diploma acc ni . saya agak pening kerana saya belajar di kolej swasta adalah sikit kerajaan . so bagaimana nak mohon kerja dan apa harus saya buat . saya nak sambung dgree acc ni ada cadangan tak dekat mana . saya kurang mahir . how about sambung study dlm bidang yg sama dekat luar negara ? mohon bantu .
Salam .
Saya lulusan diploma perakaunan di uitm dengan pointer 3
walaupun begitu , saya minat bahagian matematik .
cadangannya , utk permohonan degree penerapan uitm samaada matematik pengurusan/muamalat/perbankan islam.
xsempat mohon utk upu u lain.
adakah saya layak utk degree matematik pengurusan dan apa skop kerja dalam bidang tersebut.
mohon berikan nasihat dan cadangan .
terima kasih
Assalamualaikum, sy pelajar jurusan yg tanpa add math dan tanpa akaun. Mungkin sbb result spm sya math dapat A, sya dpt course akaun di Politeknik Ungku Omar. Saya nak tanya, nanti ada tak dia org repeat asas akaun tuu ? Tak dpt bayangkan kalau dia org terus direct jaa. Sya ni dah jenis slow pickup. Plieshhh, helpp me. KEBUNTUANNnn…. :'(
wsalam..jangan bimbang, kebiasaanya sedikit asas juga ada disediakan..penerimaan sesuatu kursus sebenarnya telah mengambilkira keputusan pemohon..jika memenuhi syarat maka anda mungkin boleh teruskan
As salam.. adakah diploma akauntansi di politeknik sama jer dengan diploma perakaunan di uitm?? saya tidak layak mohon dip perakaunan di uitm sebab BI saya cuma C+.
Assalamualaikum. Nk tnye kalau BI sy tak dpt kepujian sy x dpt nk ambik course akaun ke? Mata pelajaran lain ok just Bi jer
Kalau sy masuk kelas akaun,bolehkah saya jadi arkitek
assalammualaikum. Saya mendapat aliran yg ada kimia,fizik,addmath dan prinsip perakaunan. Jadi apa kerjaya yg sesuai untuk saya? Terima kasih
apakah kelebihan/keseronokan utama dan apakah beban-beban berat dalam tugas akauntan?
selamat sejahtera….saya ingin bertanya bahawa pelajar yang mengambil prinsip perakaunan dan juga matematik tambahan boleh mengambil pengajian tentang sains tak / menjadi seorang doktor
As Salam, saya berkelulusan ijazah sarjana sains pertanian dan sekarang bekerja dalam bidang sama di agensi kerajaan tp berstatus kontrak. Saya amat berminat dengan bidang akaun dari sek men lagi tp ntah kenapa lain jurusan yang dioffer dan saya teruskan. Sekarang saya berminat untuk smbung master dan berfikir untuk beralih arah ke master accountancy. Apa pendapat encik?
assalamualaikum. Tumpang tanya ye admin.. pemohon ingin berkerja sebagai pegawai bank di mana-mana bank yg terdapat di malaysia tetapi pemohon tersebut hanya ada sijil diploma sahaja.. Agak-agak pemohon tersebut diambil bekerja ke tak dalam bidang tersebut??
wslam.. kne tunggu iklan keluar..selalu masuk ke web bank bekenaan utk tengok ada kekosongan..kelayakan tu bergantung pada jawatan..ada juga perlu ijazah utk mohon.
Salam..saya ingin brtanya.. skrg sy adlah student diploma perakaunan..kalau sy x sambung degree, apakah bhagian kerja yg saya boleh mohon mgunakan sijil diploma sy?
Salam, banyak juga kerja yang dapat dipohon.. cuba liha yang ada di Laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam http://www.spa.gov.my/Portal/ situ kita dapat rujuk kerja2 yang sesuai untuk kelayakan kita.
assalamualaikum, encik fiziess saya lepasan pelajar diploma perancangan kewangan islam di kolej swasta pd tahun 2013. Dengan pointer cgpa 3.47 tapi sedihnya saya tidak dapat kemasukan ke ipta 2014 dengan bidang yg sy mohon degree kewangan dan perbankan islam.sy mmg berminat sgt2 mengenai perbankan sehingga saya belajar bersungguh2 dan terpkir mahu teruskan degree ke peringkat ipta tetapi rezeki sy xde di ipta. perasaan saya untuk smbg degree kewangan dan perbankan pon semakin berkurang. apabila saya terpikir skop akaun ni meluas perlu ke sy smbg kos akaun? ade kne mngena x sbb saya xde basic akaun semasa spm dlu. lari jauh… Read more »
Waalaikumusalam..huhu.. banyak soalan nak kne jawab.. sy turut simpati dengan apa yg berlaku..nak terangkan satu2 mmg xterdaya..cuba rujuk penulisan xpresi sebelum2 ini..ada juga sy beri penerangan.. cuba tengok balik transkrip diploma.. ada tak bekenaan akaun masa belajar..kalau ada mungkin dapat mohon akaun.. kalau tak ada basic tak apa asalakan masa diploma ada belajar. untuk cadangan kolej swasta sy xdpt maklum.. sbb sy bukan agen kolej swasta.. xpresi hanya memberi maklumat dan bukan mencadangkan.. cuba saudari layari internet dan tengok komen2 mereka yang pernah belajar di universiti swasta.. mungkin ada yg terbaik untuk saudari..maaf yer.. sy tak dapat membantu..jika ada masalah… Read more »
Assalamualaikum. saya seorang pelajar spm yang ambil subjek elektif biologi, matematik tambahan, fizik, dan kimia. saya sangat suka matematik dan saya berminat untuk melanjutkan pelajaran saya dalam bidang perakaunan selepas spm. tetapi malangnya, saya tak ambil subjek akaun. jadi, bolehkah saya belajar bidang akaun dan apakah risikonya?
Assalamualaikum..
Saya bekerja sebagai admin di sebuah syarikat swasta,kerja saya ada kena mengena dengan bidang akaun.Saya berminat untk belajar lebih lanjut mengenai bidang akaun ini.Dimana saya boleh belajar asas perakaunan yea?
Waalaikumussalam.. bleh sy tnya cik ni ada kelayakan apa? Diploma? Ijazah? kalau nak mendalami lagi mungkin boleh ke universiti kerajaan atau swasta.. kalau swasta perlu lebih guna duit.. tapi kalau nak sambung ijazah universiti awam susah sikit.
assalamualaikum cikgu..saya pelajar dip perakaunan sem 5..saya nak tahu apakah kelayakan untuk sambung degree acc dekat luar negara..terima kasih 🙂
salam..saya ada sedikit persoalan.Apakah subjek diploma akauntasi yang akan dipelajari semasa di ipta/ipts?
selepas tamat diploma sistem maklumat perakaunan selama 3 tahun boleh kah saya menyambung degree dalam kos yang sama ? berapa semester degree kos tersebut ?
ijazah sarjana muda perakaunan mempunyai berapa semester ?
lepas tamat diploma boleh sambung ijazah..lebih senang di institusi semasa.. jika diistitusi semasa mungkin dapat jimat 1 tahun dari 4 tahun.
slm..en fiziesss…sy mohon uitm kos akaun tpi dpt geomatik iaitu pilihan ketiga saya..bleh x sy nk tukar kos akaun …
SLm..rasanya xdpt.. susah nak tukar2 ni..kalau dulu boleh..sekarang ni org dah ramai mohon..bimbang kos yg nak tu penuh..
Assalamualaikum. Sy plajar lpasan spm 2013… Sy brminat nk jd akauntan. Sy mndpt tawaran dri uitm, kos dip. pgajian perbankan. Jika sy trima twaran trsebut apakah peluang pkerjaan dlm bdg perbankan..??? ATAU sy perlu masuk matrikulasi dlm jurusan perakaunan dan seterusnya melanjutkan pljaran di UUM dlm bdg perakauna. Please answer me… Terima kasih kerana sudi membaca.
Salam…saya mendapat tawaran untuk sambung belajar dalam diploma sistem maklumat perakaunan…tmpg tnya , apakah perbezaan antara diploma perakaunan dengan diploma sistem maklumat perakaunan ? skop kerjaya pula macam mana ? tolong reply kerana saya sedang buntu sama ada ingin memilih matrik(perakaunan) ataupun diploma sistem maklumat perakaunan…..
Assalamualaikum .. saya dapat kos sistem maklumat perakaunan ..
saya bersyukur tapi pilihan pertama saya diploma perakaunan sbb saya nak ambil ACCA ..
jadi saya keliru kalau saya ambil kos sistem maklumat perakaunan ni boleh ambil ACCA atau tidak ..
Tolong bantu saya :[
saya lpsan spm 2013 drpd aliran sains tulen. tp, sbnrnya saya x minat langsung dgn aliran yg saya ambil ni. saya hanya mengikut kemahuan keluarga. saya lbih meminati bdg perakaunan.
keputusan spm saya boleh tahan la… tp, semua subjek sains saya x brapa baik.
sblm ni, saya mohon matrik perakaunan scra snyap2… jdnya, bila result matrik kluar, saya dpt la MATRIK PERAKAUNAN… tapi… bila dipikir2kan balik, boleh ke saya yang x ada basic mengenai perakaunan ni, ambil peluang ni??? apa risiko yg saya akan hadapi.
Assalamualaikum, admin.
Saya mrupakan plajar lpsan spm 2013 utk subjek aliran sains tulen. Boleh ke saya ambik bidang perakaunan sdgkan sy lgsung xde basic ttg perakaunan? Adakah sy akan diajar basic perakaunan di matrik nnti? Mohon penjelasan .. skian terima kasih…
Waalaikumussalam..
nak tnya..yg kptsn matrik haritu dapat perakaunan ke?
Admin, matrik hari tu sy dpt kos sains. Boleh ke sy minta utk tukar kos di matrik nnti? Sy sgt minat pd perakaunan tp sy dpat aliran sains..
Tak dapat la amirul..bnyk kes yg tak dapat tukar..tapi kdg2 ia bergantung pada pengurusan tertinggi matrik tu..
assalammualaikum cikgu.. saya merupakan pelajar dalam bidang pengajian usul fiqh dan pada masa yang sama saya bercadang untuk mengambil subjek perakaunan sebagai subjek sampingan (minor/diploma), bagaimana dengan pendapat cikgu tentang cadangan saya ini??adakah ia memberikan kelebihan kepada saya jika saya ingin bekerja di sektor perbankan kelak??
Waalaikumussalam.. bukan juga senang untuk dapat perbankan tu.. kne lalui temuduga dan ujiannya..tapi oklah tu.. boleh cuba.. banyak juga lagi pekerjaan boleh mohon nanti..asalkan keputusan akhir nanti baik..
Saya pelajar aliran sains tulen dan mengambil prinsip perakaunan sebagai subjek elektif. Saya mendapat lulus [email protected] dalam matematik tambahan dan prinsip perakaunan pada spm2013. Adakah saya berpeluang menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan? dan bolehkah saya memohon sijil lcci?
assalam .. results sya 6a 3b .. b ialah prdagangn.bm.bi .. sbjek +han lain geo n s.prtanian .. spm2013..
dpat tk asasi kos akaun?? klaw tk. form6 laa jwabnya ..
Assalamua’laikum. sya lepasan spm nak nak ambil kos akaun. tapi masalah saya, saya bukan dari kelas akaun, bahkan kelas saya pun tak amik add math. saya minat akaun. tapi ada yang kata nak amik akaun kena aliran akaun atau pun add math. sedih saya bila mereka kata macam tu. tolong admin bagi tahu saya dgn lebih lanjut. adakah nak amik akaun ni kena aliran akaun dari form 4 ataupun add math? kalau bukan adakah bila sambung blaja nnti diorg akan ajar kita dari asas? saya dari aliran grafik dan seni
Walaikumussalam kebiasannya keutamaan diberi pada yang ada belajar akaun atau add math.. ada juga kes yg dapat ada ambil perdagangan atau ekonomi.. ada juga pelajar sy yang dapat ditawarkan walau tidak ada asas sebegitu. Mungkin pihak universiti ada menyediakan kursus asas terlebih dahulu.. bergantung pada U yang dipilih.
Adakah masuk matrik, peluang utk mnjadi akauntan lebih cerah? Sy adlh sorg pelajar mrsm , dan ckgu sy ada mngatakan mngenai kebrukan memasuki matrik. Adakah betul?