Kerjaya, Pengajian Bidang Perakaunan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kerja Bidang Perakaunan

Kerjaya, Pengajian Bidang Perakaunan 1
Kerjaya Akauntan melibatkan kira-kira

Perakaunan juga merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan  keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi. Apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntanlah untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta aggaran belanjawa, penyata belanja supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.

Persoalan Berkaitan Pengajian Perakaunan

Saya selalu menerima soalan berkaitan kerjaya akauntan ini, antara soalan yang ditanya ialah:

Apakah tugas sebagai akauntan?, Apa lagi kerja yang boleh dimohon oleh lulusan perakaunan?, Apakah kriteria untuk menjadi seorang akauntan?, Apakah kelulusan untuk memohon akauntan? Lepas belajar kerja dimana?, Apakah syarat kemasukan ke pengajian perakaunan?, Apakah beza akauntan, penolong akauntan dan kerani akaun?.

Untuk itu, saya ada sediakan sedikit informasi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.

Kerjaya Sebagai akauntan

Untuk menjadi seorang akauntan semestinya mempunyai ijazah sarjana muda dan keatas. Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan “ Pegawai “.

Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023

Tugas Akauntan

  • Mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi bertugas/ individu
  • Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain,
  • Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan,
  • Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain,
  • Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
  • Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian,
  • Tugas penyeliaan berkaitan kewangan dan penyata kewangan individu / institusi.

Kelayakan Am Pengajian

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Selepas SPM perlu sambung ke diploma perakaunan/ setaraf atau mengikuti terus ke ijazah sarjana muda perakaunan /setaraf.

Pekerjaan yang setaraf yang juga boleh dimohon

Graduan perakaunan ini juga boleh memohon jawatan lain seperti juruaudit, akauntan kos, bendahari, akauntan cukai, setiausaha syarikat, setiausaha industri atau peribadi, kerani akaun, penolong akauntan serta juru runding.

Prospek Kerja

Kebiasaanya lulusan ini berpeluang ke institusi kerajaan atau swasta. Bagi di sektor awam, jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanaun dan penguasa tempatan boleh diisi. Manakala di sektor swasta pekerjaan di badan-badan industri, bank, firma perakaunan serta syarikat insuran boleh diisi.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Kerjaya Sebagai Penolong Akauntan

Untuk kerjaya penolong akauntan, ia mempunyai skop tugas yang sama dengan Pegawai Akauntan. Cuma perbezaan adalah kerja-kerja pembantu untuk tugas-tugas Pegawai akauntan.

Dari segi kelulusan pula berbeza dengan penolong akauntan ini perlu mempunyai diploma. Diploma yang berkaitan seperti Diploma Pengajian Bank, Diploma Perakaunan, pengajian perdagangan atau setaraf.

Syarat am pengajian

SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain. ( Tidak tetap )

Kerjaya kerani Akaun

Secara umum tugas kerani akaun lebih kepada tugas menyedia kira-kira untuk dilapor kepada penolong akauntan atau Pegawai akauntan.

Antara tugas kerani akaun ialah :

  • Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kira
  • Membuat pengiraan yang sewajarnya
  • Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad
  • Mengira kos pengeluaran dan pengendalian
  • Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.
  • Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
  • Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar.
  • Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.
  • Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.
  • Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.
  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
  • Menyelia pekerja lain.

Diharapkan informasi diberi berkaitan bidang perakaunan ini mampu membantu dalam pemilihan kerjaya serta hala tuju pendidikan. Sebarang pilihan haruslah disusuli dengan usaha yang gigih untuk memastikan segala impian menjadi kenyataan.

96 thoughts on “Kerjaya, Pengajian Bidang Perakaunan

  1. Assalam kak , saya baru lepasan spm 2016. Saya ambil aliran sains tulen semasa spm tapi saya lebih berminat untuk ambil aliran perakaunan di ipta tapi result peperiksaan saya BI D BM B+ MATH A- ADDMATH E SEJ B PI B FIZIK E BIO D KIMIA E .Rasanya dengan result yg macam ni boleh ke saya apply aliran akaun di mana mana ipta atau politeknik ?

  2. Asalammualaikum admin, saya akan menamatkan pengajian dalam bidang diploma acc ni . saya agak pening kerana saya belajar di kolej swasta adalah sikit kerajaan . so bagaimana nak mohon kerja dan apa harus saya buat . saya nak sambung dgree acc ni ada cadangan tak dekat mana . saya kurang mahir . how about sambung study dlm bidang yg sama dekat luar negara ? mohon bantu .

  3. Salam .
    Saya lulusan diploma perakaunan di uitm dengan pointer 3
    walaupun begitu , saya minat bahagian matematik .
    cadangannya , utk permohonan degree penerapan uitm samaada matematik pengurusan/muamalat/perbankan islam.
    xsempat mohon utk upu u lain.

    adakah saya layak utk degree matematik pengurusan dan apa skop kerja dalam bidang tersebut.

    mohon berikan nasihat dan cadangan .

    terima kasih

  4. Assalamualaikum, sy pelajar jurusan yg tanpa add math dan tanpa akaun. Mungkin sbb result spm sya math dapat A, sya dpt course akaun di Politeknik Ungku Omar. Saya nak tanya, nanti ada tak dia org repeat asas akaun tuu ? Tak dpt bayangkan kalau dia org terus direct jaa. Sya ni dah jenis slow pickup. Plieshhh, helpp me. KEBUNTUANNnn…. :'(

    1. wsalam..jangan bimbang, kebiasaanya sedikit asas juga ada disediakan..penerimaan sesuatu kursus sebenarnya telah mengambilkira keputusan pemohon..jika memenuhi syarat maka anda mungkin boleh teruskan

  5. As salam.. adakah diploma akauntansi di politeknik sama jer dengan diploma perakaunan di uitm?? saya tidak layak mohon dip perakaunan di uitm sebab BI saya cuma C+.

  6. Assalamualaikum. Nk tnye kalau BI sy tak dpt kepujian sy x dpt nk ambik course akaun ke? Mata pelajaran lain ok just Bi jer

  7. assalammualaikum. Saya mendapat aliran yg ada kimia,fizik,addmath dan prinsip perakaunan. Jadi apa kerjaya yg sesuai untuk saya? Terima kasih

  8. selamat sejahtera….saya ingin bertanya bahawa pelajar yang mengambil prinsip perakaunan dan juga matematik tambahan boleh mengambil pengajian tentang sains tak / menjadi seorang doktor

  9. As Salam, saya berkelulusan ijazah sarjana sains pertanian dan sekarang bekerja dalam bidang sama di agensi kerajaan tp berstatus kontrak. Saya amat berminat dengan bidang akaun dari sek men lagi tp ntah kenapa lain jurusan yang dioffer dan saya teruskan. Sekarang saya berminat untuk smbung master dan berfikir untuk beralih arah ke master accountancy. Apa pendapat encik?

  10. assalamualaikum. Tumpang tanya ye admin.. pemohon ingin berkerja sebagai pegawai bank di mana-mana bank yg terdapat di malaysia tetapi pemohon tersebut hanya ada sijil diploma sahaja.. Agak-agak pemohon tersebut diambil bekerja ke tak dalam bidang tersebut??

    1. wslam.. kne tunggu iklan keluar..selalu masuk ke web bank bekenaan utk tengok ada kekosongan..kelayakan tu bergantung pada jawatan..ada juga perlu ijazah utk mohon.

  11. Salam..saya ingin brtanya.. skrg sy adlah student diploma perakaunan..kalau sy x sambung degree, apakah bhagian kerja yg saya boleh mohon mgunakan sijil diploma sy?

  12. assalamualaikum, encik fiziess saya lepasan pelajar diploma perancangan kewangan islam di kolej swasta pd tahun 2013. Dengan pointer cgpa 3.47 tapi sedihnya saya tidak dapat kemasukan ke ipta 2014 dengan bidang yg sy mohon degree kewangan dan perbankan islam.sy mmg berminat sgt2 mengenai perbankan sehingga saya belajar bersungguh2 dan terpkir mahu teruskan degree ke peringkat ipta tetapi rezeki sy xde di ipta. perasaan saya untuk smbg degree kewangan dan perbankan pon semakin berkurang. apabila saya terpikir skop akaun ni meluas perlu ke sy smbg kos akaun? ade kne mngena x sbb saya xde basic akaun semasa spm dlu. lari jauh x kalau saya ambil degree akaun.harap dapat bantu.. dan kalau kolej swasta apa yg sesuai untuk saya masuk?

    1. Waalaikumusalam..huhu.. banyak soalan nak kne jawab.. sy turut simpati dengan apa yg berlaku..nak terangkan satu2 mmg xterdaya..cuba rujuk penulisan xpresi sebelum2 ini..ada juga sy beri penerangan.. cuba tengok balik transkrip diploma.. ada tak bekenaan akaun masa belajar..kalau ada mungkin dapat mohon akaun.. kalau tak ada basic tak apa asalakan masa diploma ada belajar. untuk cadangan kolej swasta sy xdpt maklum.. sbb sy bukan agen kolej swasta.. xpresi hanya memberi maklumat dan bukan mencadangkan.. cuba saudari layari internet dan tengok komen2 mereka yang pernah belajar di universiti swasta.. mungkin ada yg terbaik untuk saudari..maaf yer.. sy tak dapat membantu..jika ada masalah lagi bolehlah bertanya..

  13. Assalamualaikum. saya seorang pelajar spm yang ambil subjek elektif biologi, matematik tambahan, fizik, dan kimia. saya sangat suka matematik dan saya berminat untuk melanjutkan pelajaran saya dalam bidang perakaunan selepas spm. tetapi malangnya, saya tak ambil subjek akaun. jadi, bolehkah saya belajar bidang akaun dan apakah risikonya?

  14. Assalamualaikum..
    Saya bekerja sebagai admin di sebuah syarikat swasta,kerja saya ada kena mengena dengan bidang akaun.Saya berminat untk belajar lebih lanjut mengenai bidang akaun ini.Dimana saya boleh belajar asas perakaunan yea?

    1. Waalaikumussalam.. bleh sy tnya cik ni ada kelayakan apa? Diploma? Ijazah? kalau nak mendalami lagi mungkin boleh ke universiti kerajaan atau swasta.. kalau swasta perlu lebih guna duit.. tapi kalau nak sambung ijazah universiti awam susah sikit.

  15. assalamualaikum cikgu..saya pelajar dip perakaunan sem 5..saya nak tahu apakah kelayakan untuk sambung degree acc dekat luar negara..terima kasih 🙂

  16. salam..saya ada sedikit persoalan.Apakah subjek diploma akauntasi yang akan dipelajari semasa di ipta/ipts?

  17. selepas tamat diploma sistem maklumat perakaunan selama 3 tahun boleh kah saya menyambung degree dalam kos yang sama ? berapa semester degree kos tersebut ?
    ijazah sarjana muda perakaunan mempunyai berapa semester ?

    1. lepas tamat diploma boleh sambung ijazah..lebih senang di institusi semasa.. jika diistitusi semasa mungkin dapat jimat 1 tahun dari 4 tahun.

  18. slm..en fiziesss…sy mohon uitm kos akaun tpi dpt geomatik iaitu pilihan ketiga saya..bleh x sy nk tukar kos akaun …

  19. Assalamualaikum. Sy plajar lpasan spm 2013… Sy brminat nk jd akauntan. Sy mndpt tawaran dri uitm, kos dip. pgajian perbankan. Jika sy trima twaran trsebut apakah peluang pkerjaan dlm bdg perbankan..??? ATAU sy perlu masuk matrikulasi dlm jurusan perakaunan dan seterusnya melanjutkan pljaran di UUM dlm bdg perakauna. Please answer me… Terima kasih kerana sudi membaca.

  20. Salam…saya mendapat tawaran untuk sambung belajar dalam diploma sistem maklumat perakaunan…tmpg tnya , apakah perbezaan antara diploma perakaunan dengan diploma sistem maklumat perakaunan ? skop kerjaya pula macam mana ? tolong reply kerana saya sedang buntu sama ada ingin memilih matrik(perakaunan) ataupun diploma sistem maklumat perakaunan…..

  21. Assalamualaikum .. saya dapat kos sistem maklumat perakaunan ..
    saya bersyukur tapi pilihan pertama saya diploma perakaunan sbb saya nak ambil ACCA ..
    jadi saya keliru kalau saya ambil kos sistem maklumat perakaunan ni boleh ambil ACCA atau tidak ..

    Tolong bantu saya :[

  22. saya lpsan spm 2013 drpd aliran sains tulen. tp, sbnrnya saya x minat langsung dgn aliran yg saya ambil ni. saya hanya mengikut kemahuan keluarga. saya lbih meminati bdg perakaunan.
    keputusan spm saya boleh tahan la… tp, semua subjek sains saya x brapa baik.
    sblm ni, saya mohon matrik perakaunan scra snyap2… jdnya, bila result matrik kluar, saya dpt la MATRIK PERAKAUNAN… tapi… bila dipikir2kan balik, boleh ke saya yang x ada basic mengenai perakaunan ni, ambil peluang ni??? apa risiko yg saya akan hadapi.

  23. Assalamualaikum, admin.
    Saya mrupakan plajar lpsan spm 2013 utk subjek aliran sains tulen. Boleh ke saya ambik bidang perakaunan sdgkan sy lgsung xde basic ttg perakaunan? Adakah sy akan diajar basic perakaunan di matrik nnti? Mohon penjelasan .. skian terima kasih…

      1. Admin, matrik hari tu sy dpt kos sains. Boleh ke sy minta utk tukar kos di matrik nnti? Sy sgt minat pd perakaunan tp sy dpat aliran sains..

  24. assalammualaikum cikgu.. saya merupakan pelajar dalam bidang pengajian usul fiqh dan pada masa yang sama saya bercadang untuk mengambil subjek perakaunan sebagai subjek sampingan (minor/diploma), bagaimana dengan pendapat cikgu tentang cadangan saya ini??adakah ia memberikan kelebihan kepada saya jika saya ingin bekerja di sektor perbankan kelak??

    1. Waalaikumussalam.. bukan juga senang untuk dapat perbankan tu.. kne lalui temuduga dan ujiannya..tapi oklah tu.. boleh cuba.. banyak juga lagi pekerjaan boleh mohon nanti..asalkan keputusan akhir nanti baik..

  25. Saya pelajar aliran sains tulen dan mengambil prinsip perakaunan sebagai subjek elektif. Saya mendapat lulus atas@D dalam matematik tambahan dan prinsip perakaunan pada spm2013. Adakah saya berpeluang menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan? dan bolehkah saya memohon sijil lcci?

  26. assalam .. results sya 6a 3b .. b ialah prdagangn.bm.bi .. sbjek +han lain geo n s.prtanian .. spm2013..
    dpat tk asasi kos akaun?? klaw tk. form6 laa jwabnya ..

  27. Assalamua’laikum. sya lepasan spm nak nak ambil kos akaun. tapi masalah saya, saya bukan dari kelas akaun, bahkan kelas saya pun tak amik add math. saya minat akaun. tapi ada yang kata nak amik akaun kena aliran akaun atau pun add math. sedih saya bila mereka kata macam tu. tolong admin bagi tahu saya dgn lebih lanjut. adakah nak amik akaun ni kena aliran akaun dari form 4 ataupun add math? kalau bukan adakah bila sambung blaja nnti diorg akan ajar kita dari asas? saya dari aliran grafik dan seni

    1. Walaikumussalam kebiasannya keutamaan diberi pada yang ada belajar akaun atau add math.. ada juga kes yg dapat ada ambil perdagangan atau ekonomi.. ada juga pelajar sy yang dapat ditawarkan walau tidak ada asas sebegitu. Mungkin pihak universiti ada menyediakan kursus asas terlebih dahulu.. bergantung pada U yang dipilih.

  28. Adakah masuk matrik, peluang utk mnjadi akauntan lebih cerah? Sy adlh sorg pelajar mrsm , dan ckgu sy ada mngatakan mngenai kebrukan memasuki matrik. Adakah betul?

  29. salam,

    saya ada mendapat tawaran ijazah perakaunan di sebuah universiti terkemuka, Masalah saya ialah saya tiada asas langsung dalam perakaunan. waktu spm = aliran sains tulen, Stpm = ekonomi (tak belajar akaun pon). adakah saya akan diajar drpd basic? atau bolehkah sesiapa membantu saya dgn memberi maklumat utk belajar online? harap mendapat bantuan. boleh juga reply saya disini atau ke email saya [email protected] Bantuan anda amatlah diharapkan. terima kasih

    1. Assalam. Saya pelajar lepasan stpm dan seperti awak jugak saya ada ambil ekonomi (tapi tak ambil perakaunan). Result stpm sem 1=B+, sem 2=B, result sem 3 pulak blm keluar lagi. Masa spm saya ambil aliran sains tulen, result addmath okay jugak. Saya berminat sangat nak ambil bidang perakaunan masa degree nanti. Awak rasa layak atau pun tidak / adakah saya akan diterima nanti? dan jika saya ambil bidang perakaunan adakah saya akan di interview oleh pihak uni? I hope you can reply to my comment. thanks in advance.

  30. salam,,antara kolej profesional mara n form6 yang mana lebih elok??sy nk ambk akaun..klau sy prgi ke kpm sy kne 5bln utk bljr BI sbb BI sy D time spm,,then smbg buat dipl0ma 3thun..n klau sy ambk f6 sy kne ambk ekonomi..tp sy nk akaun then sy xde akaun mse f5..hrap kasi cdangan ..memerlukan sngat2 =_= trma ksih krana sudi baca..

  31. as slam, sya lpasn spm 2012.. sya skang dh hbis foundtion sem 1 dlm teknologi di UTP. sya skang dlm dilema nk mmbuat plihan u berdsarkan mnt.maksud sya sya x brmnt dlm kos sya di utp(kos business information system) dn sya mnat dlm bndg perakaunan. sya dapt matrikulasi p.pinang dlm perakaunan. patutkah sya ke matrik p.pinang(perkaunan) atau stay UTP(business information system) .bagaimana pndpt Admin? . tlng bantu sya

  32. anyone, tolong jawab soalan saya ni boleh? terima kasih pd yg sudi jawab ^_^

    saya lepasan matrikulasi 2012/2013 dan akan menyambung pengajian bagi program Ijazah. Saya dari Modul 2 iaitu Sains Fizikal dan berhasrat untuk menyambung ijazah bagi course accounting.
    SPM dulu, saya ada mengambil subjek Prinsip Perakaunan dan alhamdulillah dapat A. Tapi bila di matrikulasi, saya ditawarkan modul sains dan tidak menukar modul ke accounting. Jadi saya agak bimbang kerana saya ada basic time SPM tapi saya dah skip matrik akaun and saya rasa agak susah nak ke ijazah perakaunan. ke okey je kalau apply?

  33. salam,saya merupakan pelajar asasi undang-undang dan saya ingin menyambung dalam bidang akauntan disebabkan result muet yang agak mengecewakan.Adakah saya masih mempunyai harapan untuk sambung degree dalam bidang tersebut meskipun saya bukan pelajar matrikulasi perakaunan atau diploma perakaunan?

  34. sebenarnya sy tlh dpt twrn ke ting6 pd24/4/13ni..sy pljr jrsn sn n lpasan spm2012..sy pening n xsure sgt patutkah sy terima twrn tu??adakah sy hrus trus ke bdg sn or tkar ke bdg akaun???sy mmg suka n gemar subj.kimia,tpi bnyk pljr ting6 result stpm dpt pointer2 point lbih sja..n mrk kata sgt susah jrsn sn..resul,t spm sy sn iaitu kimia n bio better than akaun,,sy dri keluarga yg mmg cukup2 mkn sja..sy xmau amik keputusan yg salah agar msa depan sy terjejas n kecewakan ibubapa sy..adakah sy hrus truskn jrsn sn or ikut minat sy or tkar ke jrsn akaun????apakah keputusan yg betoi n sesuai sy??bleh x sapa2 tlg gtau apa yg hrus sy pi study????lau leh tlg jelaskn dkt sy..plez reply tqvm.. sy amat perlukn idea n bantuan anda….plez reply as soon as possible,,i hv no time cuz xsmpai seminggu kna pi dftr dkt sek.ting6..tqvm..plez…..

  35. aslmkum…..saye lepasa spm 2012,akaun saye dapat B+,Ekonomi dpt C, math A-,& BI E…dgn result saye ni,ade peluang lagi kah tuk saye amik dip.perakaunan di IPTA nanti….? please reply!!! ASAP…

  36. Assalamualaikum..saya nak tanya ..Apakah perbezaan diploma pengajian bank ,perakaunan dan perbankan?…adakan skop pembelajaran sama?

  37. Salam..saya pelajar tingkatan 5,2013 . selalu mendapat gred cemer lang dlm semua subjek . saya hendak sambung dlm perakaunan/kewangan . masaalahnya sekarang, saya tidak ada math tamb , ada sumber yg ckap tak boleh ambil akaun. jadi, saya rasa give up untuk fokus akaunn kerana mereka cakap tak ada add maths , x ley masuk bidang akaun / kewangan . tolong bantu saya . saya betul2 sedih .

    1. Adik , ambil accounts tak perlu matematik tambahan pun ! Boleh ambil accounts hanya dengan 3 kredit termasuk BM , Maths & BI dan 2 credits yang lain.

    2. wasalam…mana ada dik…..boleh sahaja klau adk nk ambil bdng akauntan atau prbankan…ini kerana add math hanya sebagai mata pelajaran wajib bg sesiapa mahu memasuki matrikulasi…kalau adk msuk ipta atau ipts syaratny math mesti kepujian….akak pn jurusan akaun jgak dik …akak lepasan spm 2012..tp kelebihan masuk matrik adk x payah amik diploma lgy..tahu2 trus amik ijazah…tp memandngkn adk x de add math adk kne la amik diploma… jgn prcya org yg bagi sumber kt adk 2 taw…. 🙂

  38. saya tak ambil prinsip perakaunan pada peringkat spm…tetapi saya ambil perakaunan stpm dan saya mendapat B utk perakaunan bagi stpm 2012………..perlu kah saya dptkan LCCI jika saya ingin menyambung ke peringkat degree

  39. Assalamualaikum..sy lpsan spm’12..jka ambk akaun di matrik,boleh x sy smbug ke ijazah prakaunan..ke prlu ambk diploma jgk?n kalau sy da apply matrik dlm kos sains,bleh x mse kt matrik nnt sy nk tukar kos akaun..sbb pd mulenye sy nk smbug stdy in medic..tpi bile di fkir blk pluang utk krje sbg doktr akn dtg agk ssh sbb da rmi doktr..so,sy buat desicion utk plh akauntan..hrp dpt bntu sy..result sy 6a3b..
    BI A
    BM B
    MATH A
    ADDMATH B
    BIO A
    KIMIA B
    SEJ A
    PAI A
    PHYSIC A

  40. Saya berkerusi roda x sepenuh masa.maksud nya saya boleh berjalan tetqpi tidak bole berjalan jauh. Adakah pekerjaan ini perlu banyak bergerak (outside) . Sesuai x dengan saya?

  41. assalamualaikum..saya baru lepas spm tahun 2012 aliran akaun tapi tak ambil physics,,macam mana nak jadi seorang akauntan..??mohon admin reply

  42. salam.. saya lepasan sains tulen spm thun lpas. saya berminat dlm bidang akauntan tp sya x ambil sbjek akaun dlm spm thun lepas?? mohon penjelasan dr pihak cik?? tq 🙂

  43. saya ada sijil ACCA.
    lulusan luar negara.knp sukar utk sy dptkn krje setelah berpuluh2 resume sy hntar padahal sy adalah pljr yg mmpunyai pointer 3.5 keatas.hrp dpt pnerngn.

  44. salam. saya nak tanya. saya nie student dip. in accountancy. prancang saya, saya nak sambung degree in accountancy. tapi saya keliru. in degree ada mcm2 type of subjek kata kawan2 saya tp saya tak tahu. tolong jelaskan boleh ?

    1. Says bdk aliran sains ..tpi sya mnat dlam bidang akaun ..bleh ka sya ambil bdang ni smasa sye d unversti klak ??

  45. Salam, sy pelajar lepasan SPM 2012 dan pelajar sains tulen. sy ingin melanjutkan pelajaran dlm bidan akaunting dan sy ingin tahu ada berapa jenis akaunting yg sy bleh apply ?

  46. salam …

    saya student dari perbankan islam (diploma)..
    saya perlukan bantuan admin …

    1) apa skop kerjaya saya dalam bidang perbankan islam ..??? selain ditempatkan di bahagian kewangan …
    bolehkah saya ke bahagian marketing ..
    or lain2 department ..???

    2) saya ada sijil LCCI … urm … sijil ini untuk apa ye sebenarnya ..??? saya keliru .. kerana ramai yang tak tahu tentang LCCI ini …

    3) payroll dan seangkatannya .. perlukah diambil untuk student perbankan islam ..??? apa kegunaannya ..???

    terima kasih:)

  47. -salam,saya bakal menduduki spm thn ni,nak tanya,saya dari aliran sains tulen,jika saya ambil STPM aliran perakaunan,perlukah saya mengambil diploma/sarjana muda?
    -ada pendapat beritahu saya,stpm merugikan masa & wang kerana lepas spm kita boleh terus ambil diploma
    -adakah kita boleh skip terus diploma dgn kelayakan STPM
    -berapakah pembiayaan yang harus dinyatakan?
    -apakah kelayakan untuk kita memohon pekerjaan cthnya:bank,syrkt dll
    minta bantuan anda…terima kasih
    wassalam

    1. Salam
      – perlu ambil STPM untuk ke ijazah.
      – ia, jika lepas SPM boleh terus ambil diploma, tetapi ia tidak merugikan kerana memberi peluang kepada kita lebih lagi apabila boleh terus mohon IJazah selepas STPM nanti.
      – Skip diploma? jika memohon diploma pastinya perlu menghabiskan diploma tu. Tetapi jika lepas STPM terus ambil Ijazah dah tentu tidak perlu lalui diploma.
      – Pembiayaan? kalau pembayaran ni kebiasaanya bergantung pada kursus.. purata dalam 30 ribu tapi ada yang sampai 50 ribu bagi kursus bidang kesihatan dan sains.
      – untuk kelayakan tu pastinya lebih baik jika mempunyai Ijazah sarjana muda yang baik,

  48. salam nak tanya, saya pelajar form 4. saya skrang ni nk jadi akauntan and xsure subjek mna yg patut diambil. skrang ni sy sudah pun ambil prinsip perakaunan. ekonomi asas and perdagangan diperlukan ke? and subjek bio, phy, chem mcam mna pulak?

  49. Salam. Saya pelajar asasi ekonomi dan sains pengurusan di UIAM. Saya berminat utk menyampung pengajian dlm bidang perakaunan di peringkai ijazah. Setahu saya, untuk menjadi akauntan perlu mempunyai kelayakan professional spt ACCA, CIMA, dsb..dan saya perlu mngambil exam utk mdpt kelayakan. soalan saya, berapa tahunkah saya perlu belajar utk mndapat kelayakan professional itu? adakah sesudah mndpt degree di UIAM ini, saya boleh terus menduduki ujian tersebut? atau saya perlu menghadiri kelas? jika ya, berapakah tempohnya? Terima Kasih.

  50. skrg ni sy meneruskn pgjian dlm ting 6,klau kputusn muet sy cemerlang bleh x sy mjdi akauntan walaupun bi sy smasa spm x krdit??sy perlukn jawpnnya..please..

  51. i’m interesting to take accountancy as my major course after my spm. bt what are the main purpose to be an accountant, act? i dont get it clear act.

  52. sy nk tnya….kalau amik diploma pengurusan bank,boleh x sambung ijazah ke bigang perakaunan?

  53. Nak Tanya, saya masuk dalam jurusan akaun di ting. 4 namun saya tidak mengambil m/p addmath. Perlukah addmath dalam proses untuk menjadi seorang akauntan?

  54. BM A
    BI B
    SC A
    SEJ A
    MATH B
    GEO A
    PI A
    EKO B…..
    ne result spm sy.., rasa2 ny sy layak ka mengikut pengajian akauntan ni…?? utk menjadi akauntan ni perlu mengambil subjek fizik dn addmath ka?? plz answer me ASAP..TQ.. ^^

    1. salam. saya kelulusan diploma akauntansi di politeknik kuching sarawak. saya rasa result awak better awak bik matrikulasi bidang akaun. peluang awak cerah untuk dpt jadi akauntan p proses jdi akauntan pnjang sbb mesti test ACCA dulu.

  55. SALAM..saya nak tanye,,sy bercadang nak amek dip perakaunan di sebuah kolej swasta di anggarkan dalam mase 2 1/2 tahun..sya tidak mempunyai basic dalam akaun dan tak pernah ambil di sekolah,,math semasa spm dapat 5c shj…patut tak sye meneruskan niat sy tuk koz ini.. sb sy risau sekiranya sya xleh bawak..sb sy x dapat memohon pinjaman..sy kene betul2 berusaha kalau xnk rugi..ape pendapat awk?

      1. salam. tak da basic bukan masalah nya. dulu saya pun xda basic. sekolah menengah saya fully sains. p now i’m accountant assistant. asalkan kita rajin belajar. saya ambil bidang akaun di politeknik kuching sarawak.

  56. Salam. Saya ada nak tanya nie. Saya berminat untuk menjadi seorang akauntan.Manakah tempat pengajian yang lebih baik?
    1.Masuk matrikulasi dalam jurusan perakuanan dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke UMS dalam bidang akaun.

    ATAU

    2.Masuk ke kolej swasta seperti Kinabalu Commercial College/Sunway College dalam bidang akaun?.

    Nak tanya lagi .Apakah kelebihan sekiranya saya memiliki sijil LCCI?.
    Please reply . Betul2 buntu sekarang ne. Terima kasih kerana sudi membaca. Saling membantu amalan rakyat Malaysia . God bless.

    1. Salam, kalau ikut cara yang paling popular ialah melalui matrikulasi..pilihan 1 lebih baik.. pilihan 2 juga ok..tapi ikut kesesuaian ekonomi loney.

    1. Assalam . saya sebenarnya ada sedikit kekeliruan disini dan nak minta pandangan dr encik. Saya plajar ijazah u di kl dan perlu memilih kos dan mogul untuk meneruskan pengajian lg beberapa tahun. Adakah bidang perakaunan mmpunyai peluang pekerjaan yg lebih besaar drpd bidang kewangan? Ibu bapa saya mahu saya ambil akaun dan saya pula lebih minat dlm perbankan. Tapi sayaa takut tersalah buat pilihan dan nanti susah mndapat pekerjaan. Mohon pencerahan secepat mungkin. Tq

    1. ummm..susah nak cakap..tapi kebiasaanya fizik ni dia pakej sekali dengan subjek akauntan semasa di sekolah menengah..tapi kalau tak de pun tak pe rasanya..

Leave a Reply to farfatinah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *