Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada banyak jawatan yang boleh dipohon melalui  SPA  dengan kelayakan PMR, SPM, STPM dan sebagainya. Salah satunya ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pegawai Kesihaatan Persekitaran

Mungkin ramai berminat untuk memiliki jawatan ini disebabkan oleh minat dalam bidang persekitaran dan persekitaran. Anda akan ditawarkan pekerjaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau mana-mana yang sesuai seperti yang tertera dalam kontrak pengajian anda.

Senarai Tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

  1. Pentadbiran
    1. Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan.
    2. Menyelia dan melatih kakitangan di bawahjagaannya.
  2. Menguatkuasa kanun undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.
  3. Menyiasat dan menyediakan laporan keatas semua kes penyakit berjangkit.
  4. Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumahsembelih dan pasar.
  5. Mengawasi kebersihan alam sekitar.
  6. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela.

Jadual Gaji Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 adalahseperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1, 797.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 5,753.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c) Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang  diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam matapelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan kejawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
  2. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber: SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini . Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 ini dapat memberi manfaat.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of