Kesalahan dan Sebab Tidak Lulus Temuduga

0
10

Setiap kali pergi temuduga, tidak lulus. Kadangkala terfikir apa sebabnya tidak lulus temuduga. Jika ikutkan rasa hati, memang tiada hati hendak menghadiri temuduga lagi. Bagaimana lagi cara hendak dilakukan agar lulus dalam temuduga. Menunggu panggilan temuduga sudah memakan masa yang lama, bila telah dapat panggilan tapi tidak lulus pula.

Temuduga
Temuduga

Jangan berputus asa. Setiap kegagalan pasti akan ada kejayaan yang menyusul di penghujungnya. Kenapa mesti mudah mengaku kalah tanpa berusaha ? Ataupun telah usaha macam-macam cara tapi tetap gagal dalam temuduga.

Mari teliti satu persatu kesilapan-kesilapan yang telah anda lakukakan sewaktu sesi temuduga sehingga menyebabkan anda gagal.

4 Sebab Utama Anda Tidak Lulus Temuduga

1. Pemakaian

Sebaiknya, pakai pakaian yang sesuai ketika menghadiri sesi temuduga. Pemakaian anda dari atas kepala sehingga hujung kaki diperhatikan sepenuhnya oleh penemuduga. Jangan pula memakai pakaian yang sama sekali tidak sesuai ataupun kurang sesuai. Bagi perempuan, sekiranya anda memilih untuk berbaju kurung, pastikan anda memakai kasut bertutup. Tudung dilabuhkan ke paras dada. Bagi lelaki, sekiranya anda berbaju kameja dan berseluar slack pastikan anda juga memakai kasut kulit. Selain itu, perlu anda beri keutamaan pada warna baju anda. Sebaiknya, pakailah pakaian yang mempunyai warna yang menenangkan hati. Atau dengan kata mudahnya, baju yang berwarna lembut dan tidak terlalu terang. Lebih ‘nice’ jika anda mengenakan baju berwarna biru. Anda sebagai pemakai merasa nyaman, mata penemuduga yang melihat juga merasa damai.

Baca Juga :  Panduan Memohon guru Cemerlang

2. Personaliti

Tunjukkan personaliti anda yang sopan dan bertata susila. Jangan pula anda menunjukkan sikap-sikap anda sewaktu melepak bersama kawan-kawan. Kononya, tidak mahu dipandang hipokrit. Ingat, ketika itu anda sedang ditemuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Bukan sesi beramah mesra. Oleh demikian, tampilkan personaliti yang menarik dan dapat menambat hati penemuduga.

3. Tidak Pasti Dengan Tugas Jawatan

Ini juga salah satu sebab utama anda gagal dalam temuduga. Kajilah dahulu tugas dan skop kerja jawatan yang anda pohon terlebih dahulu. Janganlah terlalu teruja dapat temuduga sehinggakan anda lupa hendak belajar serba sedikit tugas jawatan tersebut. Jangan letakkan kekecewaan dalam hati penemuduga dengan kurangnya kefahaman anda dalam tugas jawatan yang ditawarkan. Tampilkan kesunggugan anda dengan jawatan tersebut.

Baca Juga :  Semak Syarat Kemasukan UPU di E Panduan Dengan Mudah

4. Tidak Berkeyakinan

Sebaiknya jika anda dapat menjawab segala soalan daripada penemuduga dengan penuh keyakinan. Berani menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan lancar dan tepat. Jangan pula anda tergamam dan tergagap-gagap sewaktu menjawab soalan. Ketika itu, jika anda hilang akal untuk menjawab soalan yang diberikan, tetap yakin dengan jawapan yang memberangkan dan membuatkan penemuduga yakin dengan jawapan anda.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :