Kesalahan Murid Dalam Normal Bharu

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Normal Bharu merupakan salah satu konsep baru yang perlu dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira pelajar, pekerja mahupun kanak-kanak. Justeru itu, mengamalkan normal bharu memerlukan satu “role model” yang sangat berpengaruh agar seluruh rakyat Malaysia mampu mengikut normal bharu dengan betul.

Buat pengetahuan semua, normal bharu tidak susah. Ianya adalah salah satu cara mendisplinkan diri agar mampu mengikuti cara yang baru untuk keselamatan diri dan orang ramai. Mengikut catatan peningkatan jangkitan penyakit COVID 19 di Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mengikut normal bharu yang sebenar (pengembara/pelajar dari luar negara) yang tidak mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan dengan kuarintin WAJIB di rumah selama 14hari. Disebabkan oleh kedegilan dan keegoaan mereka, jangkitan di Malaysia meningkat dan telah mewujudkan pelbagai kluster baru.

Sekiranya orang awam (tidak kira yang terpelajar mahupun pengembara) tidak mampu mengikuti Normal Bharu yang betul, pastinya pelajar juga akan mengalami masalah untuk mengikuti normal bharu yang betul. Setiap kuih terbentuk mengikut acuan yang sudah ada, begitu juga para pelajar jika mereka melihat contoh yang betul dalam mengikuti normal bharu maka mereka juga akan mengikuti normal bharu dengan betul.

Antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh para pelajar di Sekolah mahupun di luar waktu Sekolah adalah:-

1) Kebiasaan menjaga jarak antara rakan-rakan

Sudah menjadi kebiasaan para pelajar, apabila berjumpa dengan rakan yang telah lama tidak berjumpa akan betepuk tampar. Bukan itu sahaja, terkadang ada yang berpeluk kerana rindu akan sahabat yang telah lama tidak berjumpa. Disebabkan oleh itu, amalan normal bharu sukar untuk di patuhi oleh para pelajar bahkan diabaikan begitu sahaja.

Ibu bapa perlu mengingati anak-anak agar amalkan normal bharu di sekolah dengan cara sentiasa mengingati mereka akan gaya hidup yang baru ini. Antara tatacara yang boleh ibu bapa ajari adalah:-

  • Tiada aktiviti bersalaman ketika di sekolah, hanya tundukkan badan sebagai tanda hormat kepada guru
  • ​Tiada amalan study group dalam kumpulan yang ramai
  • ​Tiada aktiviti luar yang berkaitan dengan sentuhan
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Ya, nampak seperti mudah untuk di ajari TETAPI sebenarnya sukar untuk di ikuti. Jadi, di rumah ibu bapa perlu menjadi role model yang terbaik buat anak-anak dan di sekolah para guru yang akan menjadi role model untuk para pelajar.

Mengapa amalan penjarakan sosial ini perlu diamalkan?

Amalan penjagaan jarak 1 meter adalah bertujuan bagi mengelakkan wabak virus itu beralih tuan yang lain. Dalam erti kata mudah, penjarakan sosial sebanyak 1 meter ini dapat memberhentikan atau memperlahankan penularan wabak menerusi cara mengurangkan kontak fizikal antara golongan yang berisiko dijangkiti. Ianya sekaligus membantu petugas kesihatan untuk mengesan kontak, menjalankan ujian dan seterusnya mengasingkan pesakit Covid-19
bagi mendapatkan rawatan secara intensif di Hospital.

Kesalahan Murid Dalam Normal Bharu 1
Kementerian Kesihatan Malaysia

Yup, pasti ramai pelajar yang masih tidak faham akan maksud penjarakan sosial kerana ianya adalah satu perkara baru buat mereka. TETAPI dengan mendengar arahan yang telah pihak sekolah sediakan maka kebiasaan normal bharu ini dapat diikuti oleh pelajar semua. TETAPI perlu di ingati, bagi memastikan para pelajar mampu mengikuti normal bharu ini para pendidik perlu memainkan peranan penting iaitu mereka juga perlu mengamalkan normal bharu dengan betul.

“Guru adalah role model yang terbaik di sekolah, maka jadilah role model yang sebenar buat para pelajar”

2) Kebiasaan penggunaan penutup mulut dengan betul

Pelajar pasti akan berasa kurang selesa ketika menggunakan penutup mulut kerana tidak biasa menggunakannya sebelum ini. Normal bharu ketika di sekolah, pelajar perlu memakai penutup mulut agar penutup mulut itu dapat membantu menghalang dan melindungi titisan partikel kecil daripada terus masuk ke dalam mulut dan hidung si pengguna.

Tetapi, pastikan para pelajar menggunakan penutup mulut dengan betul. Antara cara penggunaan penutup yang betul adalah:-

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025
Kesalahan Murid Dalam Normal Bharu 2
Kementerian Kesihatan Malaysia
  • ELAKKAN menarik penutup mulut sehingga ke bawah dagu sekiranya hendak makan.
  • ​ELAKKAN memegang bahagian depan penutup mulut sekiranya sudah memakainya (bahagian tersebut sudah tercemar dengan kotoran. PASTIKAN cuci tangan / gunakan hand santizer sekiranya sudah memegangnya)
  • ​Pastikan strip dibahagian atas ditekan pada atas hidung dan tarik bahagian penutup muka sehingga kebahagian dagu. Ianya bertujuan bagi mengelakkan daripada penutup mulut mempunyai ruang udara.

Cara buang penutup mulut pula adalah dengan cara:- 

  • Putuskan tali di bahagian tepi penutup mulut dan hidung
  • ​Lipat penutup mulut dan hidung kepada 2 bahagian dan gulungkannya
  • ​Ikat penulut mulut dan hidung yang telah digulungkannya menggunakan tali yang telah diputuskan
  • ​Buang penutup mulut di tong sampah yang disediakan
  • ​Cuci tangan menggunakan sabun selepas membuang penutup mulut.

Mudah sahaja untuk mengamalkan cara pemakaian dan pembuang penutup mulut ini yang penting kita perlu lebih berdisplin untuk mengikutinya. Normal bharu cara penggunaan dan pembuangan penutup mulut ini perlu di berikan perhatian oleh pihak sekolah agar tidak menambahkan beban kepada cleaner untuk melakukan pembersihan dan untuk menjaga bumi kita yang semakin tua

3) Cara mencuci tangan / penggunaan hand santizer dengan betul

Ya, cuci tangan merupakan satu amalan yang biasa dilakukan, tetapi adakah cara mencuci tangan yang diamalkan itu betul atau sekadar membersihkan tangan sahaja. Di bawah ini kami menyediakan cara mencuci tangan / cara penggunaan hand santizer dengan betul agar kita mampu membunuh kuman yang berada di tangan kita.

Kesalahan Murid Dalam Normal Bharu 3
Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Mudahkan cara mencuci tangan dengan betul. Harapnya setiap sekolah boleh menyediakan cara mencuci tangan dengan betul di setiap sudut yang ada sinki mencuci tangan agar para pelajar dapat mencuci tangan dengan betul.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *