Kesan buli dalam kalangan remaja adalah sangat besar. Dan sekiranya ianya berterusan maka ianya akan memberikan kesan NEGATIF dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, sebagai masyarakat yang prihatin kita perlu BIJAK dalam menangani masalah ini dari akar umbi lagi.
Buli adalah suatu perbuatan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Dalam erti kata yang mudah ianya boleh di kategorikan sebagai penderaan rakan sebaya yang melibatkan pelbagai cara.
Kesan Buli Dalam Kalangan Remaja
Buli boleh menyebabkan kesan yang SANGAT SERIUS dan menyebabkan kematian sekiranya ia sudah memasuki tahap yang teruk.
Justeru itu, sebagai ibu bapa anda WAJIB memantau anak anda daripada menjadi mangsa buli. Sekiranya ianya TIDAK DIPANTAU ditakuti anak juga boleh menjadi seorang yang stress atau kesan psikologi jangka panjang.
Kesan Buli Dalam Kalangan Remaja
Antara kesan buli dalam kalangan remaja adalah seperti:-
- Hilang keyakinan diri
- Rasa rendah diri
- Prestasi pembelajaran merosot
- Kehadiran ke sekolah rendah/ menurun
- Masalah penyesuaian diri apabila dewasa
- Masalah psikologi dan sentiasa mempunyai pandang yang NEGATIF terhadap orang lain
Sekiranya ibu bapa tidak mengambil tindakan maka kesan ini akan berlarutan sehingga ke dewasa dan menyebabkan mereka menjadi individu yang sentiasa takut untuk kehadapan atau hilang keyakinan diri. Justeru itu, perkara ini perlu dibendung dan dirawat dari awal lagi.
Langkah Pencegahan Untuk Membantu Mangsa Buli
Antara langkah pencegahan untuk membantu mangsa buli ini adalah dengan:-
1. Beri perhatian ketika mangsa ingin berkongsi atau memberitahu mengenai buli dan meminta pertolongan untuk keluar dari masalah buli ini.
Sekiranya mangsa buli datang dengan sukarela untuk berkongsi akan masalah yang dihadapi, sebagai golongan yang DIPERCAYAI WAJIB mendengar dahulu keseluruhan cerita yang dikongsikan. Setelah selesai mendengarnya maka anda baru boleh memberikan beberapa pandangan atau memberi nasihat kepada mangsa.
Tips menjadi pendengar yang baik:-
- Dengar keseluruhan cerita yang dikongsikan
- JANGAN potong perucapan mereka ketika mereka sedang bercerita
- Pandang bahasa tubuh badan ketika mereka sedang berkata-kata
- ELAKKAN beri pandangan sekiranya melihat mangsa seumpa TIDAK selesa untuk mendengar nasihat
2. Ibu bapa mangsa buli WAJIB DIMAKLUMKAN akan masalah buli ini
PENTING, ibu bapa mangsa buli WAJIB DIMAKLUMKAN. Ianya bagi memudahkan ibu bapa mengambil satu langkah kehadapan dalam mencari solusi dalam masalah ini. Justeru itu, ibu bapa perlu dimaklumkan dalam masalah ini.
Cara mudah untuk memaklumkan masalah anak mereka adalah dengan:-
- Panggil ibu bapa hadir ke sekolah
- Bincangkan permasalah anak dan ELAKKAN ibu bapa daripada menyalahkan anak
- Nasihati ibu bapa agar lebih fokus kepada anak yang menjadi masalah buli ini
3. Guru atau pihak yang berkepentingan WAJIB menyediakan temujanji untuk menyelesaikan masalah buli dalam kalangan pelajar
Guru perlu menyediakan temujanji untuk menyelesaikan masalah buli ini. Guru perlu BIJAK dalam menyelesaikan masalah ini. Pada masa yang sama, para guru BUKAN sahaja WAJIB meneydiakan temujanji kepada mangsa malahan guru juga WAJIB menyediakan temujanji kepada pembuli. Ianya bagi memastikan masalah buli ini TIDAK berterusan kepada para pelajar.
4. Lakukan pemantauan terhadap mangsa buli dan pembuli
Pemantauan ini sangat penting bagi MENGELAKKAN kes buli ini semakin berleluasa. Pemantauan ini boleh menjadi pelbagai bentuk. Antara bentuk pemantauan adalah seperti :-
- Lakukan kerja sukarelawan membersihkan tandas
- Menguatkuasakan tindakan segera dan berterusan terhadap pembuli
- Kes buli yang terlalu teruk maka para guru WAJIB melibatkan polis
Dengan sedikit perkongsian ini diharapkan ibu bapa dan pihak sekolah sentiasa memantau keadaan para pelajar. Pemantauan yang dilakukan perlu secara drastik agar masalah buli ini dapat di bendung.
***ANDA LAKUKAN MAKA ANDA AKAN DAPAT MEMBENDUNGNYA***
Rujukan :-
1) http://www.myhealth.gov.my/buli/