Kesan Penggunaan IT Dalam Pendidikan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

IT atau perkataan penuhnya Information Technology telah mendominasi penduduk di serata dunia. Bermula dari sekolah, sehinggalah ke alam pekerjaan, semua memerlukan teknologi ini untuk memudahkan kehidupan seharian sama ada untuk mencari maklumat, menyimpan maklumat dan macam-macam lagi.

Melihatkan penggunaan teknologi yang semakin menyeluruh di negara ini, penggunaan teknologi  kini digunakan untuk kegunaan pendidikan sama ada oleh pihak guru/pensyarah mahupun pelajar. Beberapa tahun dahulu, pihak kerajaan yang melihat potensi teknologi untuk membangunkan sistem pendidikan telah memberi bantuan yang berupa komputer riba 1Malaysia kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan bagi memudahkan mereka untuk belajar seiring dengan pelajar-pelajar yang lain.

penggunaan IT
penggunaan IT

Sumbangan ini telah membantu mengurangkan beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk memeli komputer riba dalam proses pembelajaran dan ianya memberi impak positif kepada setiap pelajar. Diluar negara juga seperti Jepun dan China, mereka telah menerapkan sistem pembelajaran atas talian di beberapa buah sekolah atau institusi bagi memudahkan urusan pembelajaran untuk guru mahupun pelajar itu sendiri.

Di Malaysia, kita juga boleh mencontohi sistem pembelajaran jenis ini namun, pengawasan dan pemantauan hendaklah dibuat agar penggunaan teknologi tidak digunakan kearah yang negatif.

Antara kesan positif penggunaan IT dalam pendidikan adalah :

Memudahkan pencarian maklumat

Tujuan utama penggunaan IT ini sudah semestinya bagi memudahkan pencarian maklumat terutamanya bagi pelajar di institut pengajian tinggi dimana mereka memerlukan banyak malumat untuk melaksanakan tugasan mereka. Di institut pengajian tinggi, segala maklumat perlulah dicari sendiri dari pelbagai sumber seperti jurnal, majalah, surat khabar atau internet.

Pastinya penggunaan sumber ‘fizikal’ seperti buku, jurnal dan surat khabar tidak begitu relevant and efficient dalam era globalisasi masa kini. Oleh itu, komputer riba dan internet merupakan satu keperluan buat pelajar masa kini. Selain itu, maklumat yang diperolehi juga tidak terhad dari dalam negara, malahan sumber penulisan maklumat juga boleh diperolehi dari luar negara.

Meluaskan pandangan

Jika dibandingkan  mencari maklumat di buku dengan penggunaan IT, maklumat yang diperolehi adalah lebih terhad. Dengan penggunaan IT, pelajar dapat membuat perbandingan maklumat secara lebih mudah dan cepat seterusnya menjadikan pelajar lebih berfikiran terbuka dengan cara mengetahui pelbagai aspek pendapat dan maklumat yang terdapat di internet.

Kini, terdapat juga guru-guru dari pelbagai jenis sekolah yang berkongsi maklumat di internet yang boleh membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat tidak terhad dari apa yang diperolehi disekolah dan buku malahan melalui guru-guru lain di luar sekolah. Ini bukan sahaja dapat meluaskan ilmu pelajar namun, ianya secara tidak langsung dapat menjadikan pelajar lebih berfikiran matang dalam membuat perbandingan maklumat dari pelbagai sumber.

Seiring dengan informasi terkini

IT bukan sahaja untuk mencari ilmu malahan untuk mengetahui isu-isu semasa yang boleh membantu pelajar dalam merancang kehidupan masa depan sebagai contoh pembukaan ‘institusi pengajian baru di beberapa buah negeri’. Maklumat seperti ini amat penting bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

Kita hendaklah melahirkan graduan yang bukan sahaja berpotensi dalam akedemik malahan graduan yang memahami keadaan ekonomi negara serta pembanggunan negara. Ianya akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang melahirkan graduan yang berilmu dan berdaya saing.

Memudahkan tenaga pengajar

Sebelum adanya IT dalam pendidikan, maklumat pembelajaran diberikan hampir sepenuhnya oleh guru. Guru bukan sahaja perlu memikirkan syllabus pembelajaran, malahan menyediakan bahan maklumat kepada pelajar. Ianya mengambil masa para guru yang sibuk dengan pelbagai lagi tugasan lain. Dengan adanya IT, para guru boleh memberi kepercayaan kepada pelajar untuk berdikari dalam mencari maklumat sendiri.

Ianya bukanlah untuk membebankan pelajar dan memudahkan guru, namun ianya untuk melatih pelajar agar berdikari dalam mencari maklumat sendiri seterusnya maklumat yang diperolehi boleh dikongsi di kelas bersama guru dan rakan yang lain. Secara tidak langsung, pelajar lain dapat berkongsi dan bertukar pandangan terhadap ilmu dan maklumat yang pelbagai jika dibandingkan dengan mengharapkan maklumat dari guru semata-mata.

Perbandingan sendiri oleh pelajar

Pelajar ada yang pernah mendengar tentang sistem pembelajaran di luar negara malahan ada yang langsung tidak mengetahui apa-apa. Jadi, penggunaan IT inilah yang boleh digunakan oleh pelajar untuk melihat sendiri bagaimana negara maju melatih pelajarnya dalam sistem pendidikan. Tidak salah jika kita mengikut jejak langkah negara luar jika ianya baik. Ianya juga dapat memotivasikan pelajar agar lebih berdaya saing seperti negara luar seterusnya meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.

Selain itu, tidak salah jika pelajar membuat perbandingan sendiri tentang apa jua informasi dari Malaysia dan negara luar agar pelajar Malaysia lebih berpengetahuan tinggi dan tidak seperti ‘katak di bawah tempurung’. Perbandingan maklumat yang dibuat sendiri oleh pelajar dapat melatih pelajar untuk menilai apa yang baik dan yang tidak baik dan menjadikan pelajar lebih berfikiran terbuka dan matang.

Lebih interaktif

Pastinya membaca buku yang berteruskan boleh mencetuskan rasa bosan dikalangan pelajar. Dengan adanya penggunaan IT, proses pembelajaran akan lebih menarik dan interaktif serta boleh menarik minat pelajar untuk belajar terutamanya pelajar di sekolah rendah yang jarang berpeluang untuk menggunakan teknologi ini. 

Namun, tanpa pengawasan, penggunaan IT dapat memberi kesan buruk kepada pelajar :

Terdedah kepada anasir buruk

Tidak dinafikan, penggunaan IT yang meluas ini terlalu bersifat terbuka dan kadang-kala tidak bersesuaian dengan peringkat umur. Penggunaan IT tanpa pengawasan boleh menjadikan pelajar itu ‘dikawal’ oleh IT itu sendiri. Dengan pengguna IT yang dari pelbagai latar-belakang, tidak semuanya menunjukkan sikap yang baik semasa menggunakan kemudahan IT ini. Bukan sekali dua kita mendengar isu mengenai pelajar yang terpengaruh dengan anasir buruk dari sistem IT ini malahan ianya seperti sudah menjadi isu yang biasa dikalangan pelajar.

Info Tambahan :  Biasiswa Untuk Degree: 3 Jenis Biasiswa dan Tips

Lalai

Penggunaan tanpa kawalan menjadikan pelajar ketagih dengan penggunaan IT ini. Dikatakan ianya digunakan untuk membuat tugasan sekolah, malahan ada yang menipu untuk keseronokan diri sendiri sehingga menjadikan pelajar itu lalai dalam pelajaran. Penggunaan IT perlu dikawal dengan menetapkan tempoh penggunaan oleh ibu bapa itu sendiri. Anak-anak tidak boleh dibiarkan lalai dengan penggunan IT yang tidak kearah kebaikan kerana ianya akan memberi kesan buruk kepada proses pembelajaran pelajar.

Menimbulkan kekeliruan dalam pelajaran

Dalam penggunaan IT, tidak dinafikan penggunanya datang dari pelbagai cabang ilmu, negara dan latar belakang. Oleh itu, cara pemikiran dan ilmu juga berbeza mengikut kefahaman dan kepercayaan masing-masing. Oleh itu, ianya dapat memberi pengaruh kepada pelajar yang kurang berkefahman seterusnya mempercayai terus maklumat yang diperolehi itu dan menimbulkan kekeliruan. Walaupun, memperolehi maklumat dari pelbagai pendapat di internet adalah perkara baik, namun guru tetap berperanan dalam menerangkan secara jelas tentang maklumat yang diperolehi oleh pelajar agar tidak menimbulkan kekeliruan. Ilmu biarlah penbagai namun, guru serta ibu bapa berperanan dalam menerangkan apa yang baik dan tidak dari IT itu tadi.

Kelebihan IT seperti menjimatkan masa dan duit adalah perkara biasa yang sudah diketahui umum. Namun, masih terdapat beberapa kebaikan penggunaan IT yang tidak nampak dimata pelajar. Pelajar perlu mengambil peluang ini untuk meningkatkan diri dari segi ilmu yang bermanfaat agar tidak terus ketinggalan. Namun, bukan guru sahaja yang berperanan dan bertanggungjawab dalam isu pendidikan. Kerana proses pembelajaran bermula dari rumah lagi. Oleh itu, ibu bapa hendaklah pantau anak-anak, manakala guru hendaklah pantau pelajar dalam penggunaan IT agar mereka tidak leka dan terpengaruh dengan perkara yang tidak baik. 

Pemantauan bukanlah terhad kepada melihat secara berterusan apa yang diakses oleh anak atau pelajar, malahan menterhadkan penggunaan IT untuk tempoh yang tertentu untuk memberi ruang kepada masa membaca, beriadah dan masa bersama keluarga. Selain itu, ibu bapa dan guru boleh terhadkan penggunaan IT yang tidak berfaedah seperti , mem’block‘ pautan yang tidak baik dan ‘bookmark‘ pautan pendidikan yang berfaedah. Penggunaan tools history juga penting dalam proses pemantauan ini agar ibu bapa sentiasa mengetahui apa yang diakses oleh anak. Kini ibu bapa hendaklah selangkah kehadapan tentang penggunaan teknologi ini agar tidak ketinggalan dengan generasi masa kini yang pintar dalam teknologi.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top