Setiap insan mengidamkan kejayaan dalam hidup, menanam impian merupakan sesuatu yang mudah tetapi untuk mencapainya adalah amat sukar. Kerap kali kita akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapainya. Tetapi ada masanya kita akan didatangi rasa putus asa.
Kadangkala rasa putus asa itu mempunyai pelbagai keperitan yang sukar kita terima. Sebagai contoh sekiranya kita berlari ada ketika kita akan rasa terlalu letih untuk mengerahkan tenaga. Apabila kita belajar, ada masanya kita akan rasa putus asa dan terlalu sukar untuk meneruskan berdasarkan tekanan-tekanan. Begitu juga bekerja dimana ada masanya kita akan rasa kepenatan dan kesibukan yang kita anggap cukup pedih rasanya.
Mungkin banyak contoh yang boleh dinyatakan dan hampir kesemuanya akan berhenti atau putus asa apabila berada pada tahap kesedihan atau kepedihan itu. Namun hakikat kejayaan itu sebenarnya berada terlalu hampir disebelah kepedihan itu sahaja. Jika kita sedar dan berkorban sedikit sahaja lagi pasti kejayaan itu miliknya. Hal ini kerana seseorang yang mampu memaksa dirinya terus lagi kehadapan walaupun ketika usahanya terasa amat perit, sebenarnya orang itulah yang akan menang.