Berita baik untuk semua pelajar lepasan SPM dan STPM. Anda tahu apa itu UPU Pocket ? Anda mungkin mempunyai kepayahan dan kerisauan untuk mencari kursus. Tetapi kini dengan adanya UPUPocket kerisauan yang terbuku di hati anda tidak perlu dihiraukan lagi!
Aplikasi UPU Pocket telah dilancarkan pada 3 Februari 2018 bersempena dengan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (Jom Masuk U/ IPTA). Walaupun sudah setahun berada di Google Store, tetapi ramai pelajar yang tidak tahu akan kewujudan aplikasi ini. Mari, kami membantu anda!
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT / MOHE) telah membuat inovasi baru iaitu aplikasi yang dikenali sebagai ‘Pocket Online’ sebuah applikasi telefon pintar untuk memudahkan pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus-kursus yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
UPU Pocket online ini boleh di muat turun (download) dari Google Play Store
Anda boleh mendapatkan ‘UPU Pocket’ di Android (Google Play) dan Apple (AppStore) dan boleh dimuat turun melalui https://upu.mohe.gov.my.
Sebelum anda mahu memuat turun aplikasi UPUPocket, anda perlu kenal pasti adakah anda boleh membuat permohonan UPU secara atas talian (online).
Siapakah Boleh Membuat Permohonan UPU secara atas talian (Online)?
Calon yang layak untuk memohon program pengajian yang ditawarkan beserta maklumat kategori pemohon adalah seperti berikut :-
i) Lepasan SPM/ Setaraf
Pelajar daripada kategori lepasan SPM / Setaraf adalah layak untuk membuat permohonan UPU Online bagi kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA mengikut kelayakan dan minat. Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi / Diploma di UA / Politeknik dan Sijil / Diploma di Koleh Komuniti dan ILKA. Bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf, kategori layak memohon adalah seperti berikut:
- SPM tahun semasa (Kategori A)
- SPM bukan tahun semasa seperti tahun sebelum semasa (Kategori B)
ii) Lepasan STPM/ Setaraf
Bagi kategori permohonan untuk lepasan STPM dan setaraf, mereka yang layak memohon adalah seperti berikut:
- a) STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:
- Kategori A : Aliran Sastera
- Kategori S : Aliran Sains
- b)Lepasan Matrikulasi (Kategori N. P, U, L, K, J,) . Pelajar Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi UiTM tahun semasa seperti agihan berikut:
- Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM :Kategori N
- Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM : Kategori P
- Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM : Kategori U
- Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL) : Kategori L
- Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM : Kategori K
- Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM : Kategori J
- c) Lepasan Diploma / Setaraf (Kategori G, E, F)
- Diploma Universiti Awam (UA) / Diploma Politeknik : Kategori G
- DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Luar Negara / Lain – lain kelayakan : Kategori E
- Kelayakan Setaraf seperti A-level / IBD / Sekolah Sukan / STPM (bukan tahun semasa), Matrikulasi KPM (bukan tahun semasa), STAM (2 tahun sebelum tahun semasa), AUSMAT / SAM / ADFP / Foundation IPTS : Kategori F
- d)Lepasan STAM (Kategori T)
- Pelajar lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja : Kategori T
Jika anda boleh membuat permohonan secara atas talian, ambil telefon pintar anda dan buka Google Store atau Apps Store dan muat turun UPUPocket sekarang!
Apa yang ada di UPU Pocket ?
Menu Utama UPU Pocket:
Di antara maklumat dan panduan yang terdapat di aplikasi UPU Pocket termasuk :-
i) Semakan Status UPU
Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
ii) e-Panduan
e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
iii) Kalendar Akademik
Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline.
iv) Aduan
Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.
v) Alamat Universiti Awam
Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan
vi) Hubungi BPKP
Pertanyaan lanjut berkenaan permohonan UPU online
Jika tanda tidak boleh mengakses aplikasi itu, jangan lupa bahawa anda juga boleh membuat semakan menerusi SMS, Taip UPU RESULT (NOKP) dan SMS ke 15888.
Selamat Maju Jaya saya ucapkan kepada semua!