Ketika Rakan Stress

0
0

Stress merupakan sesuatu yang tidak mahu dihadapi oleh semua orang. stress ini kesannya dirasai oleh individu dan ia juga boleh merebak bahangnya kepada kawan-kawan sekeliling. Semasa stress itu berlaku boleh menyebabkan rakan dimarahi atau timbul perasaan negatif dan tindakbalas yang menyinggung perasaan orang lain berhampiran. Namun demikian ada juga mereka yang dapat tangani stress, tetapi ia masih boleh menunjukkan sikap yang lain dari kebiasaan jika diperhatikan. Oleh itu, mungkin juga perlu untuk kita ketahui bila kawan atau rakan sekerja kita mulai stress supaya kita tidak menerima tekanan yang sama akibat bahang stress kawan kita itu.

Pada kebiasaanya, dalam sektor pekerjaan akan mula membuat rancangan, laporan dan penilaian sekitar bulan ogos hingga hujung tahun. Pada kebiasaan ini akan timbul tekanan akibat dari laporan yang belum siap ataupun penilaian hujung tahun yang masih belum disiapkan. Pada waktu kesibukan ini perlu untuk kita pandai melihat kekosongan yang sesuai serta pandai memilih waktu untuk berkomunikasi dengan mereka.

Jika anda dimarahi dan rakan anda sibuk memperkatakan tentang orang lain juga mempunyai pengertiannya sendiri. Anda perlu faham jika berlaku rakan anda sibuk memperkatakan keburukan orang lain adalah mereka itu sebenarnya sedang mencari sokongan dan bertindak ingin menyelamatkan diri serta ingin menyembunyikan kelemahan diri. Tindakan memperkatakan hal orang lain sebenarnya ia cuba mengaburi mata orang lain dengan memperburukkan orang lain yang sebenarnya berkaitan dengan kelemahan diri sendiri.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :