Khabar Baik Hari Guru 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Khabar Baik Hari Guru 2012 1
Selamat Hari Guru

Majlis Hari Guru 2012 telahpun selesai, seperti yang dijangka, sebenarnya ada banyak juga yang menarik dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Dato’ Muhyiddin Hj Mohd Yassin, dikesempatan ini, ingin dikongsi beberapa perkara yang paling menarik minat serta memberikan sedikit kelegaan semperna Hari Guru tahun 2012 ini:

  • Kerajaan mengambil perhatian serius keluhan guru terbeban dengan mewujudkan Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru sedang melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban tugas guru.
  • Menjalankan kajian rintis bagi penempatan Pembantu Tadbir N17 sehingga  Jun 2012 untuk melihat impak penempatan Pembantu Tadbir bagi mengurangkan beban tugas perkeranian guru.
  • Untuk mengurangkan beban guru, Jabatan Pelajaran Negeri telah melaksanakan pemansuhan ujian dan peperiksaan setara serta menambahbaik pengendalian ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Ujian setara dibenarkan satu kali sahaja dalam setahun dan dijalankan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.
  • Time-Based di kekalkan seperti pegumuman Perdana Menteri sebelum ini iaitu, 8 tahun dari DG41 ke DG44, 8 tahun DG44 ke DG48, 6 tahun DG48 ke DG52, 3 tahun DG52 ke DG54. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma gred DGA29, hanya 8 tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, 8 tahun untuk gred DGA32 ke DGA34, dan hanya 5 tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.
  • Seramai 19,805 orang DG41 akan ke DG44, 3,938 orang akan ke DG48, 676 orang akan ke DG52, 390 orang ke DG54 dan bagi guru bukan siswazah pula, 399 orang dinaikkan DGA38, 2,639 orang dinaikkan ke DGA34 dan 9,519 akan dinaikkan ke DGA32,
  • Dianggarkan 8,222 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dipertimbangkan kenaikan pangkat bermula 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012.
Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

Dari keseluruhan, dilihat khabar yang diucapkan memang menampakkan keperihatinan kerajaan dalam kebajikan guru melalui Jawatankuasa mengkaji bebanan guru serta membantu mereka yang layak untuk lebih cepat untuk kenaikan pangkat. Bagaimana dengan pendapat anda? Adakah ia mengembirakan atau biasa sahaja? Semoga warga pendidik lebih bersemangat dan fokus kepada perkembangan remaja untuk dunia mahupun akhirat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top