Komputer Kerja Xpresi Rosak

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Komputer Kerja Xpresi Rosak 1

Abang xpresi G Force ni demam la plak ...

Aduhai, letihnye..untuk hari ni tak dapat nak tulis banyak artikel dan berita, ini kerana komputer kerja xpresi yang utama rosak diserang virus-virus cinta ntah kenapa boleh diserang Komputer ni, dari pukul 6 petang tadi dan sekarang barulah siap baikinya. Nasib baik lah 80 peratus data kerja-kerja xpresi ni masih dapat diselamatkan.

Biarpun halangan sekecil ini, tapi saya tetap tak putus asa dan masih bersemangat untuk berjuang dan meneruskan perjuangan xpresi.org ini wah bersemangatnye . Satu lagi masalah xpresi sekarang ini ialah bandwith yang telah meningkat dengan mendadak. Nampaknya tak lama lagi kenalah tambah lagi kos sewa hosting xpresi.org ini duit2 lagi..

Tapi setakat ini, semua masalah itu merupakan motivasi untuk diri saya dan saya takkan berputus asa meneruskan xpresi.org ini, kepada pelawat dan rakan setia fan xpresi, selalulah singgah sini. Oleh kerana galakan dan sokongan kawan-kawanlah saya terus menulis.. xpresi takkan meriah jika tanpa sokongan anda kawan-kawan.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments