Keluarga merupakan organisasi paling penting dalam kehidupan seorang insan, keluarga ini mampu memberikan semangat dan pengaruh dalam personaliti serta perasaan seseorang. Setiap orang mengidamkan kebahagiaan dalam keluarga, namun demikian tidak semestinya apa yang diinginkan menjadi kenyataan, ada juga keluarga yang mengalami masalah tersendiri hinggakan seperti tiada lagi kemanisan yang terbit dalam keluarga. Sekiranya ada antara kita ingin berkongsi kesedihan hatinya berkaitan pergolakan keluarga, bolehlah berkongsi diruangan dibawah.
Saya dengan rela hati ingin membantu anda.. ( Pastikan anda menggunakan nama samaran/palsu apabila menghantar perkongsian anda ) pengguna lain digalakkan turut sama berkongsi idea.. TQ..
Salam tuan.. saya ada dua orang kakak ni.. sorang nurse , sorang guru.. yg guru dh kawin dan nurse belum.. sekarang saya tinggal di rumah kakak saya yg guru di putrajaya.. saya ni umur dah 19 .. tinggal dgn kakak sebab mengasuh anak dia.. saya dah mengasuh agak lama laa jugak.. sebab lepas spm terus saya dtg sini.. dulu kakak saya dah janji habis spm dy suruh saya tinggal dgn dia.. sebab mak tak mampu nak sara saya dan abang2.. so saya tinggal jelaa dgn dia sambil jaga ank saudara sebab dia cakap nak tolong saya masuk kolej.. tapi sampai… Read more »
Salam, simpati sy baca masalah saudari ni.Memang betul umur saudari ni sebaiknya belajar adalah jalan terbaik. Jika terus menerus begitu ia mungkin tidak ada peningkatan. tapi jika sambung belajar mugkin akan memerlukan kos. Emak saudari tinggal dimana skrg? emak sekarang tinggal dengan siapa? sebenarnya banyak juga institusi yg memberi kan peluang pendidikan kemahiran yang boleh ssambung pengajian keperingkat lebih tinggi dan tidak memerlukan kos banyak spt kolej komuniti, MARA..
Assalamualaikum tuan, saya mempunyai masalah dengan mak saya. saya ni orang yg cepat rasa bersalah bila buat apa-apa kesalahan dan akan terus mintak maaf tetapi kalau orang kata saya bukan2 tanpa bertanya dahulu saya akan berdepan dengannya dan explen elok2 saya tidak buat seperti yg disangkanya saya akan backup diri saya. dugaan terbesar saya ialah mak saya..saya dan adik lelaki saya selalu bertengkar..disebabkan adik saya penah eksiden dan patah kaki sebelum ni, mak saya melayan dia melebih-lebih sehinggakan dia x mahu sekolah pun dibiarkan dia buat salah x marah pun bila saya yg tegur adik mak pulak marah saya balik… Read more »
Waalaikumussalam, terlebih dahulu sy ucapkan tahniah kerana saudara/i kerana ada keiginan utk prbaiki diri dan berusaha untuk menjadi anak yang baik.. walaupun tindakan melawan ibu suatu yg tidak boleh diamalkan, namun sifat ingin berubah itu adalah sesuatu yang baik. dalam situasi saudara/i ini adalah berkaitan dengan emak dan adik. untuk pengetahuan, biasalah sikap seorang adik kebanyakan akan cuba mengambil perhatian lebih dari emak. Ia akan berusaha mengambil hati dan mendahului saudara/i. itu perlu disedari kerana kebanyakan ia adalah lumrah. Dalam situasi ini ia normal dan biasa berlaku. cuma cara saudara/i menangani perasaan itu penting. Kadangkala apa yg kita lakukan boleh… Read more »
Masalah adalah ujian kepada kita sama ada kita menjadi orang yang bersyukur atau kita kufur
Assalamualaikum…Sy rasa dah dekat 4-5 dah sy tanggung sakit dalam hati nih…sejak umur 13 tahun lagi. Sy berhajat nk luah segalanya disini. Sy hairan sangat dgn perangai parent sy, adik beradik sy, dan sepupu sy. Diorang macam benci sangat kat sy. Saya pun tak tau apa salah saya. Kalau sy buat salah sikit sahaja dah tengking. Adik saya, 2 tahun muda dari saya buat salah lagi teruk dari saya, tak ada pun tengking malah sy dipersalahkan. Semua ahli keluarga akan mengumpat tentang sy jika sy berada dalam bilik, sy tahu pun sbb sy boleh dengar percakapan mereka dari dalam bilik.… Read more »
Wslam.. yaya..selalu juga sy jumpa kes gini..mungkin ada sebab sesuatu tu berlaku..cuba yaya perhatikan dan selidiki.mungkin yaya ada perangai yg mereka tak suka atau sesuatu yg tak kena dengan yaya.. yaya tak boleh ubah tanggapan mereka pada yaya..tapi yaya boleh membina persepsi baru dari mereka.. bagaimana utk membina persepsi baru? cubalah buat sesuatu yg positif dan membuatkan mereka bangga dengan yaya.. bila diorg dah positif..segalanya akan jadi positif..sebelum tu cuba baiki dulu keburukan yang yaya ada.. yakinlah.. hari tak selalu mendung..kadangkala cerah akan menjelma.. asalkan kita sentiasa berusaha dan berfikiran positif.
saya ada masalah ibu bapa yang jika ada masalah, lemparkan kepada saya. saya anak sulung. jika marah, marah pada saya. katanya adik adik masih kecil, saya saja yang boleh berfikir. saya ambil spm tahun ini, memang tak boleh fokus langsung. bila minta tusyen mereka cakap belum darurat. bila dapat makah teruk dimaki hamun… malah dipukul.
Salam, situasi ania mmg agak menggangu.. tapi tidak boleh juga salahkan ibu bapa. ania tidak boleh mengubah mereka, selalu berdoa semoga mereka dapat petunjuk, ania lah yang berusaha membentuk situasi yg lebih baik. Bagaimana? mungkin lebihkan masa utk belajar bersama rakan atau tidak terlalu terkesan dengan apa yg dituturkan mereka. kadangkala perlu yakin pada diri untuk mengawal sekeliling, dan jangan biarkan sekeliling mempengaruhi emosi kita.
Salam sejahtera,
Saya rasa tertekan dengan ahli keluarga saya yang sangat mengharapkan saya untuk memohon kpli/dpli. Walaupun saya sudah cuba memohon untuk beberapa kali. Lebih-lebih lagi sekarang kpli/dpli sudah dimansuhkan. maka tidak berpeluanglah saya untuk memohon lagi. Mereka menyuruh saya supaya mengantungkan ijazah dan sijil-sijil yang ada di dinding untuk jadikan perhiasan sahaja. saya juga bertambah risau kerana umur saya sudah mencapai 30 thn sudah tentunya sukar untuk saya memohon kerja dalam government.
sebenarnya banyak peluang untuk berjaya.. ramai mereka yang tidak berapa berpelajaran tapi menjadi jutawan.. apatah lagi seperti saudari yg mempunyai ilmu pengetahuan..terus berusaha..
salam… izinkan sy utk berkongsi masalah sy disini.. name sy ain. … masalah nie berpunca dr ayah sy.. . ayah sy seorang yg ego,suke marah2 n suke cri kesalahan org tnpe sdar akan ksalahan yg ade pd drinyew… . umo sy 18 n slame 18thon 2 la sy dbesarkan nga prangai ayah yg bgitu rupew.. . selame 18thon 2 la sy x pernh rase kasih syg seorang ayah yg sebenar.. hanya Allah je yg tahu camne sy terpakse hadapi hr2 mndatang .. ayah x prnah nk fham perasaan sy n ahli fmly sy yg laen.. lau nk marah dy marah… Read more »
assalamualaikum…saya ingin kongsikan maslah saya dan berharap mendapat pandangan tuan berhubung perkara ini. masalah bermula sejak kami mendapat anak pertama…kira2 3 tahun lepas dan paling ketara setahun lepas selepas suami mendapat tawaran bekerja luar kawasan dan kami tinggal berasingan. hampir setahun ini, kami semakin renggang, dia balik sekali sekala dalam seminggu sekali @ 2 kali. tapi perhatian dan layanan sangat kurang. nafkah kewangan sekadar cukup2 utk keperluan anak, hujung bulan minta duit lg pada saya. sebagai isteri, saya cuba membantu setakat mampu, tp lama kelamaan terasa diri macam tidak disayangi lagi..kini sedang hamil anak kedua…dengan harapan sekiranya saya mengandung, perhatian… Read more »
Waalaikumussalam.. kadangkala apa yang diimpikan tidak seindah realiti, kadangkala juga apa yang disangka tidak semestinya tepat. Sy bersimpati dengan masalh puan, mungkin kedinginan tu mempunyai punca tersembunyi ataupun memang sikap suami sendiri . mungkin masih ada sayang .. lari dari masalh bukan jalan penyelesaian yang baik.. mungkin puan perlu banyak bersabar dan perhatikan suami dan memberikan lebih peluang pada suami. mungkin suami memerlukan sesuatu atau masalh sendiri.. cuba kenalpasti dulu dan sy percaya kalu masalh ini ditangani dengan penuh sabar pasti satu hari nanti kebenaran akn muncul jua.
salam . Ibu dan ayah sering bergaduh setiap hari dan ini membuatkan sy dan adik2 semakin meluat untuk tinggal di rumah . Ini semua berpunca apabila ayah berkahwin lain dengan janda anak 3 .Sy sgt tertekan kerana tahun ini sy akn mengambil SPM . Sy sgt kesian dgn adik2 sy yg trpaksa menjalani semua ini . Sy benci ayah kerana berkahwin lain , alasan ayah berkahwin lain ialah kerana ibu pernah curang dengannya . Apa pon alasan ayah , sy memang benci dia sehingga setiap hari apabila sy memandang ayah , hnya kebencian yg amat mendalam trhadap ayah . Sy… Read more »
Salam.. selalu masalah ini diutarakan kepada kami, masalah mereka itu mungkin rumit dan mungkin ibu bapa saudara/i lebih mengetahui lebih lanjut tentang masalah mereka. Biarlah mereka selesaikan masalah mereka.. yang penting masa depan saudara/i lebih penting. Hal ini kerana saudara/i lebih panjang masa untuk meneruskan kehidupan. jika kini saudara/i cuba membantu mereka dan mereka tidak ambil kisah.. Biarkan.. Buktikan kebolehan saudara/i dengan kehebatan dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup. Mungkin suatu hari nanti mereka mula lebih memahami dan mengambil kira pandangan saudara/i bila saudara/i lebih berkeyakinan dan hebat suatu hari nanti. Kalau boleh jangan ambil kisah sangat dengan apa yang… Read more »
Salam, Saya mengalami masalah dengan ibu dan bapa. Ayah curang dan ibu pula sedih sampai emosi tergangu. Saya kesian dengan adik2 saya yang masih tinggal bersama mereka sedang saya duduk di rumah sewa. Masalah ini sudah lama sangat berlarutan dan saya cuba tidak mahu masuk campur. Ibu saya suka mengadu dekat saya dan minta tolong saya bercakap dengan ayah, tetapi saya sentiasa elak kerana saya pernah tegur ayah saya dan hanya bertahan sebulan dua sahaja. Saya sekarang keliru kerana ibu saya sudah sampai ketahap mencederakan diri sendiri dan anak2 yang berada di sekililing dia. Saya pernah merampas pisau dari tangan… Read more »
Salam, maaf lambat reply, kami cukup sibuk sekarang.. masalah ni kerap dikongsi oleh pelawat kami, pertamanya bersabarlah.. kadangkala masa yang dapat tentukan. Mungkin saat ini masalah dah selesai atau ia makin menjadi-jadi. Perkara pertama yang perlu saudara/i ialah dekatkan diri dengan mak dan sentiasa menjaganya dari membuat sesuatu yang membahayakan. Selain itu cuba beri sokongan dengan menghidangkan mak dengan hiburan-hiburan supaya ia lupa dengan masalahnya buat seketika.. Cuba kurangkan imbauan masalah yang dialami oleh mak saudara/i buat masa ini. Disamping itu cuba bawa mak saudara/i dekat pada agama supaya dapat ketengan yang ada dalam agama. Selepas mak saudara/i mula tenang… Read more »
assalam uztaz… saya telah berkahwin dan mempunyai dua org anak yg masih kecil. saya telah berkahwin atas restu keluarga. tp segalanya berubah saat suami saya bertukar kerja dan gajinya tidak cukup utk saya. hanya cukup utk anak2 saja. tp saya bekerja utk membantu suami. saya tak kesah sbb saya memang menjadi tanggungjawab saya utk membantu suami. masalahnya mak saya sgt tidak suka dgn suami saya sbb dia tak mampu bg kesenangan utk saya. tp saya redha. sampai mak saya menghina kami sekeluarga. pernah lepas kami baru saja kahwin, mak ckp saya ni kahwin tak dpt apa pun (kemewahan), cuma dpt… Read more »
Waalaikumusalam Sebelum tu, sy ni bukan ustaz..sy hanya org biasa dan minat membantu.. terasa dihati bila baca kisah puan..syukurlah puan sebenarnya mempunyai keluarga yang bahagia..pada pengamatan saya, agama membolehkan isteri membantu suami.. dengan syarat isteri ikhlas dan tanpa sedikitpun paksaan suami..soal tidak memberikan duit setiap bulan pada mak bukan lah satu dosa.. utamakan anak dahulu dan keluarga.. jika berkesempatan suatu hari nanti barulah mula mengahantar.. namun demikian, buat sementara ini bolehlah sedikit sebanyak membelikan beras atau keperluan asas lain kepada ibu bapa biarpun sebulan sekali..asalkan ada sedikit sebagai tanda bahawa kita ingat dan cukup sayang mereka.. Bersabarlah dengan apa yang… Read more »
assalamualaikum, saya seorang anak bongsu dan mempunyai seorang abang. saya berumur 20tahun. Saya mempunyai masalah dengan ibu bapa saya. Masalah ini timbul kira2 lima tahun dulu ketika saya meminjam phone emak saya, saya terbaca message2 emak dgn lelaki lain yang menyakitkan hati saya. mula2 saya tak percaya, saya buat2 tak tahu je sebab masa tu tak tahu nak buat apa tapi lama2 family saya mula berubah. mak dan ayah tak mcm dulu, kami sekeluarga kurang bercakap. hanya bercakap kalau nak tanya benda2 biasa seperti dah makan atau belum. hubungan saya dgn abang pun sudah kurang rapat begitu juga dgn ayah.… Read more »
Tahniah pada seorang anak..kenapa sy kata gitu..sbb anda adalah seorg yang matang dan sentiasa inginkan kebahagiaan dalam keluarga.. Ciri-ciri inilah mampu melahirkan insan yang baik hati.. Cuma kalau boleh janganlah tunjukkan atau respon dengan menunjukkan perlakuan negatif seperti balik lewat malam dan sebagainya.. sebab ia mungkin boleh memberikan risiko dan merosakkan masa depan.. buat masa ni, fikirkan sahaja pada masa depan anda.. sebab masa depan anda ada lebih lama dari mereka.. Biarkan mereka selesaikan masalah mereka tu.. yang penting pastikan anda tidak terjejas sikit pun dari masalah ini.. walau pahit, tapi percayalah.. tidak rugi jika kita dapat lebih berjaya berbanding… Read more »
salam . saya dayang athirah dari sabah . saya ada masalah keluarga . ibu saya selalu marahkan kami tanpa memikirkan apa yg dia ckp . mmg saya selalu melawan . sbab saya x puas aty apa yg dia katakan dia selalu memberi alasan . kerja kerja . x masaa bergembira dgn kami . saya anak sulung . 3 adik brdik . sbgai kaka saya x maw adik2 saya turut merasa kan hal yg shama . saya mempunyai adikberadik tiri . namum kemesraan kami hnya waktu ada bapa saya saja . saya betulbetul mawu u kan keluarga yg bhgia . dan… Read more »
Salam.. banyakkanlah bersabar.. masalah ini mungkin berpunca dari kesibukan keluarga.. mungkin juga masalah perhubungan ibu bapa ataupun masalah kewangan dan banyak lagi yang boleh dikaitkan.. apa jua kaitan dan andaian yang boleh dibuat yang paling penting diri fifi perlu memahami keadaan yang berlaku dan banyak menggunakan respon yang lembut dan baik ketika berhadapan situasi ni.. fokuskan pada masalah diri dan tidak perlulah memerah otak memikirkan masalah mereka.. dengan cara tu, hati lebih tenang dan mampu memperbaiki secara pelahan biarpun ia akan ambil masa lama nanti..
Saya seorang ibu kepada tiga orang anak. Saya mempunyai masalah dengan anak yang bongsu. Dia tidak seperti kakak dan abangnya yang telah menamatkan pelajaran sehingga tingkatan lima dan bersambung ke pusat pengajian tinggi. Dia telah diberhentikan sekolah pada tingkatan dua kerana selalu ponteng sekolah. Kini sudah dua tahun dia berada di rumah dan tidak bersekolah. Sepatutnya pada tahun ini dia akan mengambil peperiksaan PMR. Sudah macam cara saya lakukan untuk menyekolahkahkannya semula supaya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran. Katanya dia tidak minat untuk belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan, dia mahu saya masukkan ke sekolah swasta yang mahal. Di rumah… Read more »
Ish..ish.. susah jugak kalau macam tu..terdapat beberapa cara yang mungkin boleh saudari cuba..
– cuba tingkatkan minat belajarnya dengan kadangkala berikan cerita gembira kehidupan anak lain yang telah berjaya..
– selalu bawanya ke kawasan seperti rumah banglo, naik kereta mewah dan tempat yang menennagkan. kaitkan dengan kesemunya adalah bagi mereka yang berjaya.
– cuba tingkatkan keyakinan dirinya dengan sekali sekali memberikan tanggungjawab kepadanya seperti menjaga haiwan atau menguruskan sesuatu.
– Berikan pujian walaupun apa yang dibuatnya adalah tidak terlalu membanggakan bagi saudari..
– Jangan sisihkan, walaupun perlakuanya selalu menyisihkan diri, cubalah bersama-samanya walau seketika melalui melakukan aktiviti yang diminatinya.
Assalamualaikum…
Saya MOHD AZMAN BIN MOHD NASIR saya berasal dari johor bahru, kini saya menetap di rumah keluarga angkat saya di muar johor…
saya sudah lam tidak berjumpa dengan keluarga kandung saya… saya berharpa sangat di aidilfitri tahun nie saya akan berjumpa dengan mereka… nama mak saya ialah azizah binti abdul hamid bapa saya pula mohd nasir bin sardoon…. kakak 1 farhana nasir 2. norhan nasir 3. tak tahu nama? 4. saya… 0107116979
Salam, boleh kami tanya..dah berapa lama berpisah? kenapa boleh terpisah?
salam..sy mempunyai masalah kekeluargaan yg agk rumit..semua ini bermula sejak sy berumur 2tahun setengah..ayh dan mak sy telah bercerai kerana tidak sefahaman lg..ayh mengambil keputusan utk kawin lg dan sy akn mendapat ibu tiri..pada mula perkawinan ayh..mak tiri baik je ngn sy..tp suma tu x kekal, setelah dia melahirkan ank pertama dia telah berubah..sy dilayan lebih kurang je..ayh plak lebihkan isteri dan ank barunya..ayh dah x memperdulikan sy lg..sy selalu dpukul mak tiri atas kesalahan kecil je..sy dipukul dengan begitu teruk,selalu memukul kepala sy sehinggakan merosakkan saraf mata sy,sekang mata sy dah rabun tahap teruk,sy di maki2,diperlakukan seperti org gaji… Read more »
Salam.. saya turut bersimpati dengn nasib saudari…kebiasaanya begitulah berlaku di dunianyata.. tapi ada juga mak tiri yang baik.. mungkin penilaian yang mengecewakan saudari kepada mak tiri saudari. Mungkin dengan memilih untuk tinggal bersama mak kandung sesuatu tindakan yang baik. Mungkin saudari lebih bebas dan lebih gembira. Peluang yang ada sekarang ni gunakan sebagai semangat untuk buktikan kehebatan sebenar saudari, buktikan saudari mampu menjadi insan yg lebih bersemangat, berjaya dan ceria walaupun asyik dipandang sebegitu dan dilakukan sebegitu..sy yakin saudari boleh lakukan.
assalamualaikum semua. saya tak tahu dari mana hendak memulakan cerita. tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menceritakan hal ini, biarlah hati saya sendiri yang tanggung. namun, sampai satu tahap, saya rasa perlu saya bercerita. mungkin Allah nak bagi petunjukNya melalui insan-insan yang terpilih. insyaAllah… saya anak ke2 daripada 4 orang adik beradik, berusia 21 tahun.kali pertama saya terbaca mesej ayah dgn seorang perempuan ni lebih kurang 2 tahun lepas. mesej yg agak kurang menyenangkan hati. sedih rasa hati ini, tetapi saya kuatkan hati saya, “mungkin ayah tersilap sent”. ada lagi mesej, saya fikir, “mungkin ada orang lain guna handset… Read more »
waalaikumussalam, maaf kerana lambat reply kerana kesibukan seharian.. diharapkan ketika ni masalah telahpun reda.. susah juga kalau kita sebagai anak ingin terus menerus fikir masalah kedua ibu bapa kita.. saya rasakan jika saudara/i fikir pun tidak ada gunanya.. sebab ia adalah masalah mereka yang dah berumahtangga dan mungkin ada punca rumit lain lagi yang kemungkinan saudara/i tidak tahu. Jika masalah ini tidak dapat diselesai diperingkat mereka yang berumahtangga apa lagi jika ingin difikirkan oleh saudara/i.. Ada baiknya jika dianggap ini semua adalah sekadar dugaan hidup dan saudara/i memikirkan untuk fokus kepada matlamat hidup saudara/i sebenar. Sebab sebenarnya ada banyak masa… Read more »
terima kasih atas nasihat. doakan kebahagian mak dgn ayah saya sampai ke syurga. :’)
tuan yg saya hormati, sy anak sulung, ada 3adik perempuan. sy tiada ayah. ibu bekerja, bila ibu marah2…ibu suka cakap “kau ni anak derhaka” ibu marah bila keje yg ibu soh kami buat di rumah, tak selesai mcm yg diharapkan. cth: kemas umah basuh baju, dll… adik2 suka main dan yg besar tu pulak, suka tidor. sy slalu terpaksa buat sume tu sorang2. sy penat.. balik sekolah…dah petang, kena kemas rumah lg..itu ini lagi…masak lg…..jg adik lg…… penah sy demam panas…ibu tak endahkan sy yg sakit. ibu arahkan sy buat keje… keesokannya, slps bangun tido, badan sy masih blum sihat.… Read more »
Saudari.. Kadangkala apa yang kita sangka dan kita rasa serta kita jangkakan tidak semestinya tepat, duka hari ini tak semestinya duka selamanya, hakikatnya ada banyak lagi masa akan saudari hadapai dan tak semua akan hadir seperti yang saudari rasa sekarang..mungkin suatu hari nanti saudari akan lebih gembira, senang dan bebas.. semuanya adalah ketentuan dari Allah..sesungguhnya Allah melihat apa yang kita lakukan.. baik dan ikhlas yang kita lakukan..InsyaAllah Allah maha mengetahui. Walau ibu melakukan sebegitu, tapi percayalah, kuatkanlah hati..tambahkanlah lagi kesetiaan dan kasih sayang pada ibu saudari.. tidak perlu dibimbangkan kerana Allah amat berkuasa, mampu mengubah segalanya kerana Ia lah mencipta… Read more »
salam saya zaha, dah lama saya pendamkan masalah ni sampai saya bertemu web ni sya ingin berkongsi kisah saya ini, saya bekerja sebagai tukang jahit ape yang menjadi masalah adalah sya seperti orang asing didalam rumah sya sendiri sya sering diperkecil-kecilkan sebab saya seorang tukang jahit ape yang membuat hati saya sedih adalah apabila setiap ape yang saya lakukan tidak pernah dihargai saya tahu saya bukan lah anak pilihan kedua ibubapa saya apelah daya saya hanya seorang anak yg tak mahu derhaka jadi sya pendamkan shaja, saya kadang kadang kecil hati dengan sikap ibu bapa sya yang slalu tidak mengendahkan… Read more »
Salam..sy simpati dengan nasib zaha..Hakikatnya..walau sekecil zarah sekalipun..tetap ada pekataan ibu mana yang tak sayang anaknya.. seteruk mana kedua ibu bapa lakukan.. pasti dalam hati mereka mempunyai rasa sayang pada anaknya.. Sebab sy pendapat gitu sebab bukan senang utk besarkan anak.. sekurang2 memori membesarkan ank terutama masa kenangan zah kecil dahulu mengingatkan kasih sayang mereka pada zaha… Bagaimana boleh zaha dilayan sebegitu? mungkin ada sebab tersendiri mereka atau sesuatu yang mereka tidak suka zaha ada buat.. jika bukan sebab itu..mungkin juga seperti yang zah rasa iaitu mereka memilih anak.. tapi bagi saya..jarang sekali ibu bapa yang memilih anak.. sebab lebih… Read more »
salam..Sy ayu dri sabah,sy bnyk mslh keluarga nak kongsi dgn kwn2 pun segan nak kongsi dgn adk beradik mereka pun sama jg mcm sy..masalah sy sejak sy beumur 14 thn sy begaduh dgn emak sy,hal kecil je tp mak sy ne jenis panas baran pantang org melawan ckp nya pasti di x layan org 2 termasuk sy.Emak x penah rasa kehadiran sy,mak x penah syg saya,asal balik dri sklh sy msti masak,cuci piring sesekali sy mengeluh jg bila di suruh,sapa x mengeluh bru balik sekolah jln kaki entah berapa kilometer,panas terik x mkn lg x berehat dah di suruh bwt… Read more »
Salam..kesian ayu..sedih dgn cerita ayu ni yer..cerita yg panjang tu dapat sy ringkaskan berlaku penolakan antara hubungan kedua2..ini adalah kerana banyak tingkahlaku2 menolak menunjukkan ketidakpuasan ataupun sesuatu yang dipendam oleh kedua2..Bagi saya, tentu ada sesuatu sejarah hitam yang emak tak dapat lupakan apabila berhadapan dengan ayu..mungkin ayu kne selidiki…Sebab tak mungkin seorang ibu sampai terlalu benci dengan anak yang dikandung sendiri. Mungkin ada sebab tersendiri yang membuatkan ia sangat marah. Satu lagi kemungkinan ia ada kaitan dengan corak tindakbalas ayu ketika ayu dimarah atau ditegur oleh emak ayu. Mungkin tingkahlaku ayu banyak menunjukkan pemberontakan atau sesuatu yang menunjukkan ketidakpuasan walaupun… Read more »
Ayu bersabar saja. Allah SWT maha berkuasa, lagi maha mengasihani. Saya anak sulung dlm keluarga, dan saya mengalami masalah yang sama seperti Ayu. Cuma ibu saya tidak pernah memaki maki saya lagi. Tapi apa pun Ayu, anggaplah ini sebagai dugaan Tuhan. Nescaya suatu hari nanti, Allah SWT akan memberi balasan terhadap sesuatu kejahatan samada balasan yang baik ataupun buruk. Kita sebagai anak, mintalah doa kepada Allah agar hati ibu dilembutkan. Dan terimalah ini sebagai masa untuk kita meluangkan masa dan mengadu pada Allah SWT dengan bersolat, dan berdoa. Jangan putus asa, percaya ckp saya, awak tidak akan menyesal. Teruskan solat,… Read more »
assalamualaikum ayu. saya turut bersimpati.T_T. Allah tak uji hambanya kalau Allah tau hambanya tak mampu nak tanggug ujian tu. saya tau, berat mata memandang, berat lagi bahu ayu yg memikul. harap ayu terus tabah melalui dunia yg sementara ini. fokuskan kepada kehidupan yg abadi nanti. berubah menjadi hamba yg lebih bertakwa kepadanya. insyaAllah, lebih tenteram hidup ini.
saya menghadapi masalah suami yang tidak jujur. Lebih kurang 12 tahun 4 bulan saya berkahwin dengannya. Semakin hari semakin saya x faham keadaan dirinya. Duit nafkah xberi, duit makan anak xberi dari segala2nya dia xberi …saya terpaksa menaggung anak2 dan sara hidup seharian…saya xde tmpat nak mengadu..Sekarang ni saya dapat tahu sedikit demi sedikit bahawa hutangnya terlalu banyak…tetapi masih ada balance….tapi xpernah sedikit pun berkongsi dengan saya dan anak2. anak saya 5 orang…sedihlah hidup ini. Gaji saya tinggal RM2500 bersih…nak hantar anak tiusyen, nursery anak, tadika anak, sekolah anak….dan sekarang ni terpaksa sara kereta pulak….ya allah apalah yang patut saya… Read more »
Sedih saya baca masalah puan Bob, ginilah yg berlaku bila tanggungjawab tidak lagi menjadi keutamaan. Sebagai suami seharusnya membela dan memastikan isteri dan tangungannya diberikan nafkah yang cukup dan bukannya sebagai bebanan pula kepada mereka. Sebenarnya ada yang boleh membantu jika mengikut syarak..mungkin puan boleh minta nasihat pejabat agama islam..Ada sesuatu yang penting suami kne tahu berkaitan hukum dan tatacara mengikut agama berkaitan kes puan ini. Tapi sekiranya puan mampu bersabar, cubalah selidik punca suami puan bertindak demikian dan kemana duit2 itu pergi. Semoga puan tabah dan lebih bersemangat.
salam, sy tak tahu nak mulakan mcamner tapi sekarang saya betul2 tawar hati dengan suami saya sayang tapi saya tak tahan dengan perangainya. saya rasa dia mengambil kesempatan di atas kelemahan saya. dulu masa mengandung dari anak 1 hingga 4 mesti tak berkerja dan saya terpaksa menanggung semua. saya fikir itu mungkin pembawakan budak tapi lame2 saya rasa tertekan. dan sekarang asik tukar keja aje, saya bukan maukan kekayaan tapi saya perlukan keluarga. sekarang suami asik dengan ganja, telefon dan juga keluar malam hingga pukul 2pg saya tak tahu apa yang dibuatnya. saya pernah minta meninggalkkan semua itu tapi dia… Read more »
Salam.. susah kalau nak bantu kalau gitu.. Cuma percayalah setiap ujian yang diterima pasti Allah sayang pada kita.. Apa jua yang berlaku mampu diselesaikan cuma masa yang tentukan.. cubalah berusaha sesuatu..rujuk pada kauselor berdekatan..mungkin pelawat lain boleh bantu..