Kongsi Masalah Keluarga

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Keluarga merupakan organisasi paling penting dalam kehidupan seorang insan, keluarga ini mampu memberikan semangat dan pengaruh dalam personaliti serta perasaan seseorang. Setiap orang mengidamkan kebahagiaan dalam keluarga, namun demikian tidak semestinya apa yang diinginkan menjadi kenyataan, ada juga keluarga yang mengalami masalah tersendiri hinggakan seperti tiada lagi kemanisan yang terbit dalam keluarga. Sekiranya ada antara kita ingin berkongsi kesedihan hatinya berkaitan pergolakan keluarga, bolehlah berkongsi diruangan dibawah.

Saya dengan rela hati ingin membantu anda.. ( Pastikan anda menggunakan nama samaran/palsu apabila menghantar perkongsian anda ) pengguna lain digalakkan turut sama berkongsi idea.. TQ..

45 thoughts on “Kongsi Masalah Keluarga

  1. Salam tuan.. saya ada dua orang kakak ni.. sorang nurse , sorang guru.. yg guru dh kawin dan nurse belum.. sekarang saya tinggal di rumah kakak saya yg guru di putrajaya.. saya ni umur dah 19 .. tinggal dgn kakak sebab mengasuh anak dia.. saya dah mengasuh agak lama laa jugak.. sebab lepas spm terus saya dtg sini.. dulu kakak saya dah janji habis spm dy suruh saya tinggal dgn dia.. sebab mak tak mampu nak sara saya dan abang2.. so saya tinggal jelaa dgn dia sambil jaga ank saudara sebab dia cakap nak tolong saya masuk kolej.. tapi sampai sekarang tak.. saya pernah tanya bilaA nak hantar saya masuk kolej.. tapi dia cakap “siapa nak sara ko? ” Ya Allah terkejut saya, dahla sya ni bongsu .. lepastu sy terus nangis.. sedih, kecewa semuanya rasa..lepas. dari itu sy dah tak sebut lagi perkataan nak sambung belajar.. sy sensitif sgt.. tu kkdg sy cemburu tgk org lain blh sambung study ..sebab sy teringin nak msk kolej.. kdg2 malu gak bila kawan2 bercakap dan bertanya bila nk sambung study.. sya jadi malu. Taktahu nak jawab ape.. takkan saya jawab takda org nak sara. Nanti org cakap bukak aib keluarga pulak.. so saya taktahu laa nak mengadu dekat sape.. saya selalu mengadu dekat mak.. tapi sekarang tak dah sebab saya kesiankan mak.. mst dia serabuk fikirkan masa depan saya.. haritu mak pernah menyuarakan , dia nak tgk saya study, berjaya sebelum dia tutup mata.. dia tak mintak byk.. dia mintak tu je.. sebab dia cakap ..” kalau mak takde kau nak tinggal dgn sape .. mak nih dh tua ,, arwah ayah ko pun dh lama takde” Allahu sedihnya sy dgr mak cakap .. (mak adk janji akan bahagiakan mak,walaupun bukan dgn duit )so sekarang saya mengasuh sbb nak simpan duit nak study laa.. saya nak bahagiakan mak walaupun saya tahu saya tak pandai.. nak tengok dia tersenyum :’) tp yg buat sy sakit hati adlah kakak.. dy selalu marah2 saya..buat itu tak kena buat ini tak kena.. layan saya macam sampah.. kalau org luar dia layan okay jer 😢 saya rasa macam org luar jer , dgn mak pun dy selalu marah .. nak tumpang kasih syg pun tak boleh apalagi nak kongsi masalah 😢Allahu saya tak kuat .. ni saya kuat sebab saya fikirkan mak .. nak bahagiakan mak , saya nak oneday saya blh cakap kat mak “mak nak pergi mana,adk bwk, nak makan apa, adk beli ..just say it I will make it :’)

    1. Salam, simpati sy baca masalah saudari ni.Memang betul umur saudari ni sebaiknya belajar adalah jalan terbaik. Jika terus menerus begitu ia mungkin tidak ada peningkatan. tapi jika sambung belajar mugkin akan memerlukan kos. Emak saudari tinggal dimana skrg? emak sekarang tinggal dengan siapa? sebenarnya banyak juga institusi yg memberi kan peluang pendidikan kemahiran yang boleh ssambung pengajian keperingkat lebih tinggi dan tidak memerlukan kos banyak spt kolej komuniti, MARA..

  2. Assalamualaikum tuan, saya mempunyai masalah dengan mak saya. saya ni orang yg cepat rasa bersalah bila buat apa-apa kesalahan dan akan terus mintak maaf tetapi kalau orang kata saya bukan2 tanpa bertanya dahulu saya akan berdepan dengannya dan explen elok2 saya tidak buat seperti yg disangkanya saya akan backup diri saya. dugaan terbesar saya ialah mak saya..saya dan adik lelaki saya selalu bertengkar..disebabkan adik saya penah eksiden dan patah kaki sebelum ni, mak saya melayan dia melebih-lebih sehinggakan dia x mahu sekolah pun dibiarkan dia buat salah x marah pun bila saya yg tegur adik mak pulak marah saya balik cakap saya sebagai kak x boleh tegur adik mak abah ja bole tegur..adik lelaki saya ni memang suka mencabar kesabaran selalu buat benda yg bg x suka mcm suka membazir nek keta mak p sana sini ikut suka dia, orang datang rumah dia dok dalam bilik sampai adik beradik p ketuk pintu dia buat dunno ja x bukak pintu. suatu hari kami berdua naik kereta dia drive. dia memandu dengan 1 lagi tangan main mesej x fokus memandu. saya menegur dia stop la mesej balik rumah t mesej la puas2 tp dia melawan saya x dengar cakap so saya pun diam ja la xmau jadi gaduh. bila balik saya mengadu pada mak abah elok2 cakap adik bawak keta sambil men mesej..tetiba mak saya cakap “haa hampa dua ni memang x bole dok dekat keja nak bergaduh ja” “xyah dok tegurlah adik 2 biaq dia bawak kereta macam 2 x payah nak cari gaduh”..salahkah saya menegur adik saya memandu begitu??kami boleh eksiden masa dalam perjalanan. dengan dia bukak volume kereta kuat2 speaker di belakang ada nenek saya duduk di seat belakang saya tegur dia suruh slow volume dia marah saya balik.dia ni memang pk diri dia ja x pk orang lain mcm mana.saya menegur bukan mencari gaduh tapi saya risaukan dia xmau dia bawak keta cam 2 setiap kali. bila cakap mcm 2 mak saya cakap “adik hang memang xley buat pa dah x payah dok teguq dia la kak x payah la dok cari gaduh gan dia”. saya angin la saya cakap kat mak saya tegur dia elok2 kitorang x gaduh pun dalam keta saya cita kat mak sebab nak mak tegur dia mungkin lagi dia dengar tp mak asyik cakap x payah tegur x payah gaduh2 mak saya buat kesimpulan sendiri macam 2. saya pun melawan balik la cakap keras kata “laa dah cakap x gaduh teguq leklok ja” tp mak saya blame saya lg jugak mak kata “huh” pulak. then saya cerita kat abah mak ni tuduh saya cari gaduh gan adik padahal dah cita kata tegur leklok..mak terus potong saya cakap kata kat abah saya tuduh mak pulak..saya x tahan la mak saya ni suka cakap berbelit2 asyik dia ja tau suma hati saya dah bengkak dengan segala putar belit cerita mak tuduhan mak..boleh ka biar adik saya berkelakuan mc ni??tolonglah saya tuan saya x mahu jadi anak derhaka sebab setiap kali mak saya mcm ni saya akan melawan keras balik..saya x kisah org x rapat kata saya mcm2 tp kalau mak sendiri yg tuduh saya jadi oversensitif terasa sangat2.. tolong nasihatkan saya..

    1. Waalaikumussalam, terlebih dahulu sy ucapkan tahniah kerana saudara/i kerana ada keiginan utk prbaiki diri dan berusaha untuk menjadi anak yang baik.. walaupun tindakan melawan ibu suatu yg tidak boleh diamalkan, namun sifat ingin berubah itu adalah sesuatu yang baik. dalam situasi saudara/i ini adalah berkaitan dengan emak dan adik. untuk pengetahuan, biasalah sikap seorang adik kebanyakan akan cuba mengambil perhatian lebih dari emak. Ia akan berusaha mengambil hati dan mendahului saudara/i. itu perlu disedari kerana kebanyakan ia adalah lumrah. Dalam situasi ini ia normal dan biasa berlaku. cuma cara saudara/i menangani perasaan itu penting. Kadangkala apa yg kita lakukan boleh mempengaruhi refleksi org lain. mungkin saudari banyak melalukan tindakbalas negatif seperti meninggikan suara menyebabkan emak saudara/i tidak menyebelahi. Cuba pertimbangkan perlakuan dan tindakbalas positif dan banyak bersabar. kadangkala senyap lebih baik dari banyak bertindak. Mungkin mereka akan mula berfikir dan hormat kepada saudara/i..

  3. Assalamualaikum…Sy rasa dah dekat 4-5 dah sy tanggung sakit dalam hati nih…sejak umur 13 tahun lagi. Sy berhajat nk luah segalanya disini. Sy hairan sangat dgn perangai parent sy, adik beradik sy, dan sepupu sy. Diorang macam benci sangat kat sy. Saya pun tak tau apa salah saya. Kalau sy buat salah sikit sahaja dah tengking. Adik saya, 2 tahun muda dari saya buat salah lagi teruk dari saya, tak ada pun tengking malah sy dipersalahkan. Semua ahli keluarga akan mengumpat tentang sy jika sy berada dalam bilik, sy tahu pun sbb sy boleh dengar percakapan mereka dari dalam bilik. Ibu selalu beri pakaian yg dah lama kpd saya, ibu juga cakap guna duit sendiri kalau nak yang baru, tp kalau adik sy nk baju baru tidak ada pun suruh guna duit sendiri. Sebab macam nilah sy jarang ada duit sebagai tabung, dan ibu marah kerana sy tidak menabung macam adik. Ayah sy selalu bad mood selepas sy minta duit untuk beli ,barang sekolah. Kakak yg kedua selalu tengking sy jika sy buat salah yg kecil, dan bela adik sy kalau dia salah. Abang pulak selalu perli sy jika sy buat salah, dia buat macam sy tidak ada perasaan. Kenapa semua orang benci sy…kenapa keluarga sy bukan seperti keluarga orang lain. Maaf kalau kurang faham tp sy perlu luahkan.

    1. Wslam.. yaya..selalu juga sy jumpa kes gini..mungkin ada sebab sesuatu tu berlaku..cuba yaya perhatikan dan selidiki.mungkin yaya ada perangai yg mereka tak suka atau sesuatu yg tak kena dengan yaya.. yaya tak boleh ubah tanggapan mereka pada yaya..tapi yaya boleh membina persepsi baru dari mereka.. bagaimana utk membina persepsi baru? cubalah buat sesuatu yg positif dan membuatkan mereka bangga dengan yaya.. bila diorg dah positif..segalanya akan jadi positif..sebelum tu cuba baiki dulu keburukan yang yaya ada.. yakinlah.. hari tak selalu mendung..kadangkala cerah akan menjelma.. asalkan kita sentiasa berusaha dan berfikiran positif.

  4. saya ada masalah ibu bapa yang jika ada masalah, lemparkan kepada saya. saya anak sulung. jika marah, marah pada saya. katanya adik adik masih kecil, saya saja yang boleh berfikir. saya ambil spm tahun ini, memang tak boleh fokus langsung. bila minta tusyen mereka cakap belum darurat. bila dapat makah teruk dimaki hamun… malah dipukul.

    1. Salam, situasi ania mmg agak menggangu.. tapi tidak boleh juga salahkan ibu bapa. ania tidak boleh mengubah mereka, selalu berdoa semoga mereka dapat petunjuk, ania lah yang berusaha membentuk situasi yg lebih baik. Bagaimana? mungkin lebihkan masa utk belajar bersama rakan atau tidak terlalu terkesan dengan apa yg dituturkan mereka. kadangkala perlu yakin pada diri untuk mengawal sekeliling, dan jangan biarkan sekeliling mempengaruhi emosi kita.

  5. Salam sejahtera,

    Saya rasa tertekan dengan ahli keluarga saya yang sangat mengharapkan saya untuk memohon kpli/dpli. Walaupun saya sudah cuba memohon untuk beberapa kali. Lebih-lebih lagi sekarang kpli/dpli sudah dimansuhkan. maka tidak berpeluanglah saya untuk memohon lagi. Mereka menyuruh saya supaya mengantungkan ijazah dan sijil-sijil yang ada di dinding untuk jadikan perhiasan sahaja. saya juga bertambah risau kerana umur saya sudah mencapai 30 thn sudah tentunya sukar untuk saya memohon kerja dalam government.

    1. sebenarnya banyak peluang untuk berjaya.. ramai mereka yang tidak berapa berpelajaran tapi menjadi jutawan.. apatah lagi seperti saudari yg mempunyai ilmu pengetahuan..terus berusaha..

  6. salam…
    izinkan sy utk berkongsi masalah sy disini.. name sy ain. …
    masalah nie berpunca dr ayah sy.. . ayah sy seorang yg ego,suke marah2 n suke cri kesalahan org tnpe sdar akan ksalahan yg ade pd drinyew… . umo sy 18 n slame 18thon 2 la sy dbesarkan nga prangai ayah yg bgitu rupew.. . selame 18thon 2 la sy x pernh rase kasih syg seorang ayah yg sebenar.. hanya Allah je yg tahu camne sy terpakse hadapi hr2 mndatang .. ayah x prnah nk fham perasaan sy n ahli fmly sy yg laen.. lau nk marah dy marah jew x kire dpn org or x.. . bende yg kecil un dia nk pbesarkan.. skrg leh ckp ibu je yg bg kite org mkn.. ayh x peduli un mkn minum kite org just kdng2 jew .. duit blje bln2 untk ibu un dy x pernah bg .. leh ckp semua la atas bahu ibu . dulu ibu ade cite time abg2 sy kecil2 dy slalu mrh abng2 sy.. xleh wt salah cikit .. . mcm2 cite ibu cite .. kdang2 uh smpai nagis sowang lau dikenangkan balik cite uh .. . da la time uh abng kecil2 lg(ape yg d wt ayh time abg2 msih kecil 2 rase xyh dcite kowt coz pape un dy still ayah sy ).. . btw betape seksanye ibu n abg2 nk troskn hdop dulu.. sy yg tgok prangai ayh yg skrg un leh rase deritenyew.. . ibu sy seorg yg kuat n penyabar.. ibu sy jg seorg yg xsuke bgthu mslh yg dhadapi at owng laen ..maklumlah anak slong,slagi leh sbar,sabar. . tp lam hati ibu hanye ALLAH je yg tahu. Keluarga sy leh cakap pecah berlah .. hubungan kite org adk-beradik x cm fmily laen .. x semesra yg laen .. tp syukur la skarang ubungan kami adk beradik da x cm dulu walau pon msh x semesra yg laen .. . abg sy yg ke 3 un dulu ssh nk tgok dy solat p skarng sjak dy da mula keje dy da mulai solat n ll .. . sepanjang sy n adk2 yg laen mbesar ayah x penah sruh kite org solat.. nk wt cmne dy sndiri un x solat.. . . dulu selalu b’agan2 nk dgr ayh azam at kg cm org laen.. . tp nmpak gaye xkan penah dpat kowt.. . hutong besar sape yg dpt seorang ayh yg alim,kuat agama, leh bimbing keluarga n ll.. . kadang sy nagis sndiri mengenangkan nasib sy.. . tau ade lg org yg lbh malang dr sy.. tp sy pon cume manusia yg biase.. . xleh lari dr perasaan jelous apebila melihat fmily2 yg laen.. tmbah lg kwan2 sekeliling sy leh kate semua ade ayah yg memahami n fmly yg bhagia.. . tiap kali tgok dy owng selalu terdetik lam atie ‘’ kalu la aqu ade ayah camne n kalu la fmly aqu un bahagia cmnie .. ‘’ tp 2 semua hanye mimpi kowt.. sy selalu berdoa agar ayah akan berubahh cm yg lain.. p nmpak gaye xkn penah berubah kowt.. . makin tua makin teruk ade la.. . ( mungkin kau org x fhm sgt cite sy nie an sb sy un xthu nk cite camne.. xthu nk ckp ayah sy nie cmne p cube bayangkan yg nie ) .. nie salah 1 cite yg xkn penah sy lupe.. time nie sy from3(dulu di sek sy slh seorng plajar target ). . hr 2 sy kebtoln xdk asrame coz asrama tngh ade maslah.. so terpkse ulang alik.. . hr 2 ade kelaz tmbhan utk plajar2 target.. . kelaz tmbhan 2 abiz lwt ptng p lupe smpai kul bpe.. . kebetulan abiz kelas tmbhan uh hujan turun dgan lebat.. . smpai tmpt slalu tnggu fmly dtng ambik(bas stop) tgok2 dy org xde lg.. call abg x di angkat2.. . call adk,adk ckp hujan lbat xkn nk g ambk nga motor.. blh ckp b’jam2 tnggu xde sape datang.. . perasaan time uh mmng x terkate .. dgn pakaian sek tnggu dgn hujan lebat bawak barang2 lg trpakse than malu coz semua org da pulang .. last2 da xthan menunggu sy ambl keputusan untk jln kaki jew dgn harapan jp2 lg maybe serempak la nga adk kew,abng kew or AYAHH.. ! p batang hidong dia org pon x nmpk .. . jrak rmh dr sek maybe dlm 6km or lbh .. lau ikot jaln btol maybe jauh sgt so sy ikot la jln kg supaye dkat cikit .. kau org byangkan la jalan kaki nga pakaian sek n yg paling penting tngh2 hujan.. . hujan jew xpe nie terpakse taruhh muke hadapi org ramai yg tgokk .. . ! sampai jln kg yg sunyi b’belah bg nk truskn prjalanan or x coz jalan 2 mmng snyi gler jrg org gune .. hr da petang sgat.. . mcm2 da yg msuk lam otak time uh.. . siap pk mati lg time uh.. . nk wt cmne tmpt uh dulu pnh skali org jmpe mayat time uh sy drjh 6.. . nk xnk sy trpakse troskan coz lau ikot jln raye kul 7lbh blm tntu smpai .. . Alhamdulillah la slamat gac tibe umh.. . ibu bkn maen tperanjak lg tgok sy jln kaki tngh hujan.. . fahm ibu xleh wt ape coz dy xpndai moto or kete .. . byangkan sy terpakse jalan kaki tnghh sdkit sbnyk msti ade perasaan kecewa or marahkan.. msuk umhh sy trus campak barang yg ade at tngan n terus masuk bilik nga keadaan basah kunyupp.. time cmpk barang nga marah 2 sy ternmpak ayah ade ngah mkn buah2 . . Nampak muke ayah cm nk marah ats tindakan sy uh.. . tp time cmpak brang uh xthu un dy ade.. kau org byangkan la cmne. . balik jalan kaki tngh ujan n cm2 kene hadapi balik2 tngokk ayah relax2 jew tnghh makan.. . masuk bilik uh trus nagis x henti2 smpai tertido nga bju bsah kunyupp uhh… .. bayangkan sy harus bersabar nga mcm2 dugaan lam hidop time uh.. . sdngkan dlm situasi yg same sy terpakse focus at stdy… . x musthillkan lau sy kekadang mengalahh.. sy cume manusia biase.. yg perlu kebahagia cm fmly yg laen.. yg perlukan perhatian n kasih syng dr seorang insan yg bergelar seorangg ayah .. ! sape yg x jelous org laen ade ayh n fmly yg sentiase doakan kejayaan dy org . . sedangkan sy ? sy terpakse bahagia dlm derita.. . memang sy anggap nie dugaan untk hdop sy .. tp sampai bila harus hdop cmni.. cmne sy nk kuat lau tros2 cmni.. cmne sy nk focus at stdy lau ade je gangguan.. . kekadang sy t’pk maybe allah kirimkan sy untk ubah segalenye.. sy nk brjaye n sy nk ubah nasib keluarga sy .. sy da x snggop lihat ibu sy sedihh or nagis.. sy da x snggoppp… !

  7. assalamualaikum…saya ingin kongsikan maslah saya dan berharap mendapat pandangan tuan berhubung perkara ini. masalah bermula sejak kami mendapat anak pertama…kira2 3 tahun lepas dan paling ketara setahun lepas selepas suami mendapat tawaran bekerja luar kawasan dan kami tinggal berasingan. hampir setahun ini, kami semakin renggang, dia balik sekali sekala dalam seminggu sekali @ 2 kali. tapi perhatian dan layanan sangat kurang. nafkah kewangan sekadar cukup2 utk keperluan anak, hujung bulan minta duit lg pada saya. sebagai isteri, saya cuba membantu setakat mampu, tp lama kelamaan terasa diri macam tidak disayangi lagi..kini sedang hamil anak kedua…dengan harapan sekiranya saya mengandung, perhatian lebih. namun hampa. saya kesorangan di rumah menjaga anak yang sedang membesar dan perut yang makin sarat. sekali sekala balik tp tak hiraukan perasaan anak isteri. kewangan tak pernah cukup dan sentiasa banyak alasan….seringkali saya rasa seperti nak lari dan balik ke pangkuan keluarga dan besarkan sendiri anak2 tanpa dia…

    1. Waalaikumussalam.. kadangkala apa yang diimpikan tidak seindah realiti, kadangkala juga apa yang disangka tidak semestinya tepat. Sy bersimpati dengan masalh puan, mungkin kedinginan tu mempunyai punca tersembunyi ataupun memang sikap suami sendiri . mungkin masih ada sayang .. lari dari masalh bukan jalan penyelesaian yang baik.. mungkin puan perlu banyak bersabar dan perhatikan suami dan memberikan lebih peluang pada suami. mungkin suami memerlukan sesuatu atau masalh sendiri.. cuba kenalpasti dulu dan sy percaya kalu masalh ini ditangani dengan penuh sabar pasti satu hari nanti kebenaran akn muncul jua.

  8. salam .
    Ibu dan ayah sering bergaduh setiap hari dan ini membuatkan sy dan adik2 semakin meluat untuk tinggal di rumah . Ini semua berpunca apabila ayah berkahwin lain dengan janda anak 3 .Sy sgt tertekan kerana tahun ini sy akn mengambil SPM . Sy sgt kesian dgn adik2 sy yg trpaksa menjalani semua ini . Sy benci ayah kerana berkahwin lain , alasan ayah berkahwin lain ialah kerana ibu pernah curang dengannya . Apa pon alasan ayah , sy memang benci dia sehingga setiap hari apabila sy memandang ayah , hnya kebencian yg amat mendalam trhadap ayah . Sy kesian dgn ibu kerana semua urusan rumah ibu yg uruskan dr pg hingga malam . Ayah tk prnah membantu langsung apabila berada di rumah . Apa yang dia tahu buat ialah tgk tv , makan dan membebel . Ayah hnya menghulurkan wang belanja sekolah untuk kami adik beradik(4) dan bayar bil air dan elektrik . Ayah jenis apa tu ? Dahlah wang yg diberi hnya cukup2 saja . Bila kami mintak duit untuk beli buku atau bayar yuran , mesti dia suruh mintak pada ibu . Sy benci ayah kerana sering menyalahkan ibu dan menganggap dirinya betul . Ayah juga tak sayangkan sy dan adik2 lagi kerana apabila sy beritahu dia isterinya yg no2 telah mengasari sy apabila ketiadaan dia , dia akan kata itu balasan untuk sy kerana kurang ajar dan tidak reti menghormati org . Sy sgt kecewa kerana ayah lebih menyebelahi dia . Sy tidak faham knp tindakan sy mempertahankan datuk (bapa kpd ayah sy)dan ibu dianggap kurang ajar padahal sudah terang lg bersuluh perempuan itu telah menengking datuk dan ibu dan sudah jelas dia merampas ayah sy . Tolonglah sy , sudah tidak berdaya lg sy menahan semua ini .

    1. Salam.. selalu masalah ini diutarakan kepada kami, masalah mereka itu mungkin rumit dan mungkin ibu bapa saudara/i lebih mengetahui lebih lanjut tentang masalah mereka. Biarlah mereka selesaikan masalah mereka.. yang penting masa depan saudara/i lebih penting. Hal ini kerana saudara/i lebih panjang masa untuk meneruskan kehidupan. jika kini saudara/i cuba membantu mereka dan mereka tidak ambil kisah.. Biarkan.. Buktikan kebolehan saudara/i dengan kehebatan dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup. Mungkin suatu hari nanti mereka mula lebih memahami dan mengambil kira pandangan saudara/i bila saudara/i lebih berkeyakinan dan hebat suatu hari nanti. Kalau boleh jangan ambil kisah sangat dengan apa yang berlaku kerana ia sebenarnya boleh menganggu kosentrasi pembentukan masa depan saudara/i. tempuhi masalah ini dengan kesabaran dan keimanan.. Pasti suatu hari nanti saudara/i akan temui sinar dan kemanisan dalam kehidupan.

  9. Salam, Saya mengalami masalah dengan ibu dan bapa. Ayah curang dan ibu pula sedih sampai emosi tergangu. Saya kesian dengan adik2 saya yang masih tinggal bersama mereka sedang saya duduk di rumah sewa. Masalah ini sudah lama sangat berlarutan dan saya cuba tidak mahu masuk campur. Ibu saya suka mengadu dekat saya dan minta tolong saya bercakap dengan ayah, tetapi saya sentiasa elak kerana saya pernah tegur ayah saya dan hanya bertahan sebulan dua sahaja. Saya sekarang keliru kerana ibu saya sudah sampai ketahap mencederakan diri sendiri dan anak2 yang berada di sekililing dia. Saya pernah merampas pisau dari tangan dia. Sebelum ini dia pernah toreh tangan dia time saya masih belajar, saya hanya tahu lepas nampak parut ditangan dia. Adik2 saya minta saya ambil tindakan tapi saya tidak tahu nak buat apa.

    1. Salam, maaf lambat reply, kami cukup sibuk sekarang.. masalah ni kerap dikongsi oleh pelawat kami, pertamanya bersabarlah.. kadangkala masa yang dapat tentukan. Mungkin saat ini masalah dah selesai atau ia makin menjadi-jadi. Perkara pertama yang perlu saudara/i ialah dekatkan diri dengan mak dan sentiasa menjaganya dari membuat sesuatu yang membahayakan. Selain itu cuba beri sokongan dengan menghidangkan mak dengan hiburan-hiburan supaya ia lupa dengan masalahnya buat seketika.. Cuba kurangkan imbauan masalah yang dialami oleh mak saudara/i buat masa ini. Disamping itu cuba bawa mak saudara/i dekat pada agama supaya dapat ketengan yang ada dalam agama. Selepas mak saudara/i mula tenang kami pasti banyak sebenarnya jalan penyelesaian yang mampu mak saudara/i ciptakan. Untuk saudara/i cuba jangan terlalu masuk campur urusan mereka, fokus pada masa depan saudara/i dan apa yang perlu dibuat hanyalah jagaan dan sokongan. Percayalah berita baik akan terhidang kepada mereka yang sentiasa beriman dan bersabar…

  10. assalam uztaz…
    saya telah berkahwin dan mempunyai dua org anak yg masih kecil. saya telah berkahwin atas restu keluarga. tp segalanya berubah saat suami saya bertukar kerja dan gajinya tidak cukup utk saya. hanya cukup utk anak2 saja. tp saya bekerja utk membantu suami. saya tak kesah sbb saya memang menjadi tanggungjawab saya utk membantu suami. masalahnya mak saya sgt tidak suka dgn suami saya sbb dia tak mampu bg kesenangan utk saya. tp saya redha. sampai mak saya menghina kami sekeluarga. pernah lepas kami baru saja kahwin, mak ckp saya ni kahwin tak dpt apa pun (kemewahan), cuma dpt suami saja… bergegar jiwa saya mendengarnya.. saya hanya mampu menangis dah luahkan segalanya sama suami. suami hanya suruh saya bersabar. suami saya sorg yg penyabar. dia yakin ada hikmah dr Allah. saya bahagia wpun kami susa dr segi kewangan.. saya nak tanya uztaz, adakah berdosa sekiranya saya membantu suami dr segi kewangan, adakah berdosa andai saya tidak mampu memberikan duit setiap bulan utk mak? mak saya bkn la kategori org susa.. dia masih mampu wpun saya tak bagi duit sbb abang dan adik saya selalu memberikan duit, n bapa saya masih bekerja. saya tidak mampu utk memberikan duit sbb saya juga membantu suami saya. bantu la saya dan saya sedia terima nasihat ustaz.

    1. Waalaikumusalam
      Sebelum tu, sy ni bukan ustaz..sy hanya org biasa dan minat membantu.. terasa dihati bila baca kisah puan..syukurlah puan sebenarnya mempunyai keluarga yang bahagia..pada pengamatan saya, agama membolehkan isteri membantu suami.. dengan syarat isteri ikhlas dan tanpa sedikitpun paksaan suami..soal tidak memberikan duit setiap bulan pada mak bukan lah satu dosa.. utamakan anak dahulu dan keluarga.. jika berkesempatan suatu hari nanti barulah mula mengahantar.. namun demikian, buat sementara ini bolehlah sedikit sebanyak membelikan beras atau keperluan asas lain kepada ibu bapa biarpun sebulan sekali..asalkan ada sedikit sebagai tanda bahawa kita ingat dan cukup sayang mereka..

      Bersabarlah dengan apa yang terjadi.. yang paling penting dan paling bermakna .. Puan mempunyai suami dan anak2 yag baik.. bergembiralah..

  11. assalamualaikum, saya seorang anak bongsu dan mempunyai seorang abang. saya berumur 20tahun. Saya mempunyai masalah dengan ibu bapa saya. Masalah ini timbul kira2 lima tahun dulu ketika saya meminjam phone emak saya, saya terbaca message2 emak dgn lelaki lain yang menyakitkan hati saya. mula2 saya tak percaya, saya buat2 tak tahu je sebab masa tu tak tahu nak buat apa tapi lama2 family saya mula berubah. mak dan ayah tak mcm dulu, kami sekeluarga kurang bercakap. hanya bercakap kalau nak tanya benda2 biasa seperti dah makan atau belum. hubungan saya dgn abang pun sudah kurang rapat begitu juga dgn ayah. mak saya seorang yang baik, tetapi saya kerap teringat message2 itu dan membuat saya berasa marah dgn dia. kadang2 saya selalu jawab sepatah je bila dia tanya soalan. macam2 saya fikir. saya rasa ayah pun sudah tahu hal ini, tetapi dia hanya berdiam diri, dan tidak berani untuk menegur mak saya. mungiin takut anak2 dia tahu. itu juga membuat saya marah sedangkan ayah saya merupakan ketua keluarga. saya selalu keluar rumah untuk menenangkan fikiran, kadang2 balik lewat malam kerana saya tak tahan dgn tekanan berada dlm rumah itu, mak selalu marah saya pulang lewat. saya tak tahu apa nak buat. kami sekeluarga sudah jarang keluar bersama, makan bersama. jika keluar pun pasti ayah tak ikut. dah lama saya pendamkan perkara ini, saya tak tahu nak cerita kat siapa, kini saya sudah menjadi seorang yg pendiam dlm keluarga ini. saya buntu untuk cari jalan penyelesaian. sukar untuk saya belajar dggn persekitaran yg begini. mak dan ayah juga sudah tidak tidur sebilik. abang pula seperti tidak tahu perkara ini. jika saya cerita pada dia takut benda buruk berlaku. saya hanya mahu keluarga saya kembali bahagia seperti dulu..

    1. Tahniah pada seorang anak..kenapa sy kata gitu..sbb anda adalah seorg yang matang dan sentiasa inginkan kebahagiaan dalam keluarga.. Ciri-ciri inilah mampu melahirkan insan yang baik hati.. Cuma kalau boleh janganlah tunjukkan atau respon dengan menunjukkan perlakuan negatif seperti balik lewat malam dan sebagainya.. sebab ia mungkin boleh memberikan risiko dan merosakkan masa depan.. buat masa ni, fikirkan sahaja pada masa depan anda.. sebab masa depan anda ada lebih lama dari mereka.. Biarkan mereka selesaikan masalah mereka tu.. yang penting pastikan anda tidak terjejas sikit pun dari masalah ini.. walau pahit, tapi percayalah.. tidak rugi jika kita dapat lebih berjaya berbanding hanya duduk dah merintih dari kesalahan atau masalah orang lain.. walau ia ibu bapa anda, tapi siapakah kita untuk selesaikan masalah mereka.. baik lagi kita fokus pada kehidupan dan kejayaan kita..disamping bangkitkan unsur kekeluargaan dalam keluarga..mungkin suatu hari nanti mereka akan lihat dan cuba memupuk kembali rasa sayang jika anak sendiri memberikan galakan dan menyingkap kembali nostalgia mereka masa mula2 bercinta dulu..pelahan2.. pasti akan berubah..

  12. salam .
    saya dayang athirah dari sabah .
    saya ada masalah keluarga .
    ibu saya selalu marahkan kami tanpa memikirkan apa yg dia ckp . mmg saya selalu melawan . sbab saya x puas aty apa yg dia katakan
    dia selalu memberi alasan . kerja kerja . x masaa bergembira dgn kami . saya anak sulung . 3 adik brdik . sbgai kaka saya x maw adik2 saya turut merasa kan hal yg shama . saya mempunyai adikberadik tiri . namum kemesraan kami hnya waktu ada bapa saya saja . saya betulbetul mawu
    u kan keluarga yg bhgia . dan berharap tidak mlakukan prbutan saya yg dulu . tq

    1. Salam.. banyakkanlah bersabar.. masalah ini mungkin berpunca dari kesibukan keluarga.. mungkin juga masalah perhubungan ibu bapa ataupun masalah kewangan dan banyak lagi yang boleh dikaitkan.. apa jua kaitan dan andaian yang boleh dibuat yang paling penting diri fifi perlu memahami keadaan yang berlaku dan banyak menggunakan respon yang lembut dan baik ketika berhadapan situasi ni.. fokuskan pada masalah diri dan tidak perlulah memerah otak memikirkan masalah mereka.. dengan cara tu, hati lebih tenang dan mampu memperbaiki secara pelahan biarpun ia akan ambil masa lama nanti..

  13. Saya seorang ibu kepada tiga orang anak. Saya mempunyai masalah dengan anak yang bongsu. Dia tidak seperti kakak dan abangnya yang telah menamatkan pelajaran sehingga tingkatan lima dan bersambung ke pusat pengajian tinggi. Dia telah diberhentikan sekolah pada tingkatan dua kerana selalu ponteng sekolah. Kini sudah dua tahun dia berada di rumah dan tidak bersekolah. Sepatutnya pada tahun ini dia akan mengambil peperiksaan PMR. Sudah macam cara saya lakukan untuk menyekolahkahkannya semula supaya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran. Katanya dia tidak minat untuk belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan, dia mahu saya masukkan ke sekolah swasta yang mahal. Di rumah hanya mengurungkan diri dalam bilik dan tidak mahu berjumpa dgn bapa, abang atau kakaknya. Dia akan keluar dari bilik sekiranya mereka ini tiada di rumah. Masa hariraya pun dia tidak mahu mengikut kami pulang ke kampung. Saya merasa sedih dan buntu dengan masalah ini ….

    1. Ish..ish.. susah jugak kalau macam tu..terdapat beberapa cara yang mungkin boleh saudari cuba..
      – cuba tingkatkan minat belajarnya dengan kadangkala berikan cerita gembira kehidupan anak lain yang telah berjaya..
      – selalu bawanya ke kawasan seperti rumah banglo, naik kereta mewah dan tempat yang menennagkan. kaitkan dengan kesemunya adalah bagi mereka yang berjaya.
      – cuba tingkatkan keyakinan dirinya dengan sekali sekali memberikan tanggungjawab kepadanya seperti menjaga haiwan atau menguruskan sesuatu.
      – Berikan pujian walaupun apa yang dibuatnya adalah tidak terlalu membanggakan bagi saudari..
      – Jangan sisihkan, walaupun perlakuanya selalu menyisihkan diri, cubalah bersama-samanya walau seketika melalui melakukan aktiviti yang diminatinya.

  14. Assalamualaikum…
    Saya MOHD AZMAN BIN MOHD NASIR saya berasal dari johor bahru, kini saya menetap di rumah keluarga angkat saya di muar johor…
    saya sudah lam tidak berjumpa dengan keluarga kandung saya… saya berharpa sangat di aidilfitri tahun nie saya akan berjumpa dengan mereka… nama mak saya ialah azizah binti abdul hamid bapa saya pula mohd nasir bin sardoon…. kakak 1 farhana nasir 2. norhan nasir 3. tak tahu nama? 4. saya… 0107116979

  15. salam..sy mempunyai masalah kekeluargaan yg agk rumit..semua ini bermula sejak sy berumur 2tahun setengah..ayh dan mak sy telah bercerai kerana tidak sefahaman lg..ayh mengambil keputusan utk kawin lg dan sy akn mendapat ibu tiri..pada mula perkawinan ayh..mak tiri baik je ngn sy..tp suma tu x kekal, setelah dia melahirkan ank pertama dia telah berubah..sy dilayan lebih kurang je..ayh plak lebihkan isteri dan ank barunya..ayh dah x memperdulikan sy lg..sy selalu dpukul mak tiri atas kesalahan kecil je..sy dipukul dengan begitu teruk,selalu memukul kepala sy sehinggakan merosakkan saraf mata sy,sekang mata sy dah rabun tahap teruk,sy di maki2,diperlakukan seperti org gaji dirmh..badan sy penuh dengan lebam2..bila ayh ada dirumah dia berkelakuan baik ngn sy tetapi bila ayh tiada dirumah dia pasti akan memukul sy..sekang sy dah berusia 23 tahun..mak tiri tu masih berdendam ngn sy sekang sy dihalau oleh mak tiri tu.. dah bayak kali dia halau sy..tp ayh asyik dengar ckap dia je..sy x pndai mcm ank2 baru ayh tapi sy nak kasih syg seorang ayh dan ibu yg x pernah sy rasa dari kecik, sejak kecil yg sy cuma rasa marah,benci,sedih,sakit kena pukul,hlg keyakinan diri,asa rendah diri yg teruk akibat dari tekanan yg diberikan dr mak tiri tu..sy x tahu apa salah sy kat dia..sy x penah wat apa pun kat dia..sy cuma nak kasih syg serang ayh n mak je..sekang sy tinggal bersama ngn mak kandung sy..tapi mak tiri tu masih burukkan sy kpd sedara mara di kg..sy malu.. :'(

    1. Salam.. saya turut bersimpati dengn nasib saudari…kebiasaanya begitulah berlaku di dunianyata.. tapi ada juga mak tiri yang baik.. mungkin penilaian yang mengecewakan saudari kepada mak tiri saudari. Mungkin dengan memilih untuk tinggal bersama mak kandung sesuatu tindakan yang baik. Mungkin saudari lebih bebas dan lebih gembira. Peluang yang ada sekarang ni gunakan sebagai semangat untuk buktikan kehebatan sebenar saudari, buktikan saudari mampu menjadi insan yg lebih bersemangat, berjaya dan ceria walaupun asyik dipandang sebegitu dan dilakukan sebegitu..sy yakin saudari boleh lakukan.

  16. assalamualaikum semua. saya tak tahu dari mana hendak memulakan cerita. tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menceritakan hal ini, biarlah hati saya sendiri yang tanggung. namun, sampai satu tahap, saya rasa perlu saya bercerita. mungkin Allah nak bagi petunjukNya melalui insan-insan yang terpilih. insyaAllah…
    saya anak ke2 daripada 4 orang adik beradik, berusia 21 tahun.kali pertama saya terbaca mesej ayah dgn seorang perempuan ni lebih kurang 2 tahun lepas. mesej yg agak kurang menyenangkan hati. sedih rasa hati ini, tetapi saya kuatkan hati saya, “mungkin ayah tersilap sent”. ada lagi mesej, saya fikir, “mungkin ada orang lain guna handset ayah”. saya tau tiada logiknya pemikiran saya waktu itu, tetapi saya cukup tak kuat untuk terima hakikat. ayah terkenal dgn sifatnya yg sangat penyayang. saya lah yg paling manja dgn ayah. Ya Allah, sayang nya saya pada ayah hanya Allah je yang tau. Sampai saat ini pun tak pernah berkurang perasaan itu. Sedihnya, sejak akhir2 ini, setelah menamatkan pengajian diploma,saya banyak menghabiskan masa dirumah dan hampir setiap hari ada mesej ayah dgn perempuan itu. mesej yg sangat menghancur hati saya..takperlu lah saya detailkan kandungan mesejnya, cukup saya bagitau yg mesej mereka seperti hubungan kekasih. saya tak tau apa yg perlu saya buat… kepada siapa hendak saya luahkan…hampir setiap malam saya menangis dan terus berdoa supaya Allah berikan jalan keluar dari masalah ini. berat..tak tertanggung rasanya. kalau ceritakan kepada mak, mungkin saya sudah nampak pengakhirannya. mak mesti taknak duduk dgn ayah. saya kenal mak saya, tegas orangnya, dan saya tak nak pengakhirannya mcm tu. mak tak pandai nak bukak2 mesej ayah dan dia terlalu percayakan ayah. terlalu sayangkan ayah. kalau cerita kat ayah, saya risau ayah tak sayang saya mcm dulu lagi. ayah marah saya.. ayah malu dgn saya. kadang kala apabila saya tak dapat kawal emosi,..apa yg ayah tanya, saya buat tak tau, masuk bilik dan menangis. bukan sengaja saya nak buat macam tu. tapi saya marah, sedih. tak dapat kawal emosi..kenapa ayah buat keluarga dia mcm tu?tak sayang mak? tak sayang anak-anak? Ya Allah.. saya rindukan ayah yang dulu. mesra dgn anak-anak. selalu bergurau dgn kami…T_T
    mungkin ini sebahagian daripada masalah yg saya dapat ceritakan sekarang dgn harapan ada insan yg sudi bagi pandangan dan pendapat. insyaAllah. terima kasih

    1. waalaikumussalam, maaf kerana lambat reply kerana kesibukan seharian.. diharapkan ketika ni masalah telahpun reda.. susah juga kalau kita sebagai anak ingin terus menerus fikir masalah kedua ibu bapa kita.. saya rasakan jika saudara/i fikir pun tidak ada gunanya.. sebab ia adalah masalah mereka yang dah berumahtangga dan mungkin ada punca rumit lain lagi yang kemungkinan saudara/i tidak tahu. Jika masalah ini tidak dapat diselesai diperingkat mereka yang berumahtangga apa lagi jika ingin difikirkan oleh saudara/i.. Ada baiknya jika dianggap ini semua adalah sekadar dugaan hidup dan saudara/i memikirkan untuk fokus kepada matlamat hidup saudara/i sebenar. Sebab sebenarnya ada banyak masa dan masalah lain lagi yang lebih penting yang mana ia akan memberi kesan kepada masa depan saudara/i suatu hari nanti.

      Sebagai anak, doakan kesejahteraan mereka serta sekali sekala cuba bangkitkan rasa kenangan lalu bersama ayah supaya kasih sayang dahulu yang dilupakan bersama keluarga bangkit kembali. Semoga saudara/i terus ceria dalam hidup.

  17. tuan yg saya hormati,

    sy anak sulung, ada 3adik perempuan.
    sy tiada ayah.
    ibu bekerja, bila ibu marah2…ibu suka cakap “kau ni anak derhaka”
    ibu marah bila keje yg ibu soh kami buat di rumah, tak selesai mcm yg diharapkan. cth: kemas umah basuh baju, dll…
    adik2 suka main dan yg besar tu pulak, suka tidor.
    sy slalu terpaksa buat sume tu sorang2.
    sy penat..
    balik sekolah…dah petang, kena kemas rumah lg..itu ini lagi…masak lg…..jg adik lg……

    penah sy demam panas…ibu tak endahkan sy yg sakit. ibu arahkan sy buat keje… keesokannya, slps bangun tido, badan sy masih blum sihat. ibu minta sy buat itu ini mengejan sy buat keje padahal masih pagi dan banyak masa lg untuk siapkan keje tu…
    tapi… ibu marah2..membebel dan kata sy anak derhaka.
    demi ALLAH tiada niat sy nak buat ibu yg bukan2 apa lg nak jd anak derhaka..
    berhari2 sy disisihkan tidak dipedulikan. jika ada sedara ibu yg datang rumah, pasti ibu ceritakan pada mereka tntang sy xbuat keje asyik malas, kulikan ibu, hambakan ibu, dll.. padahal sy xpenah buat camtu.

    ht sy jadi sakit bila ibu baik2 dng adik2 yg lain. padahal kami hampir sebaya…mereka bukan kanak2 lg…
    sikap ibu buat sy JAUH HATI.

    terfikir dalam hati sy nak lari dari rumah…sy tak tahan lg dengan mulut ibu yg sangat bisa tu.
    penah bila ibu bergaduh dng jiran..sy nasihat ibu spya bercakap lembut dan tak kasar2 dng org..tapi ibu salahkan sy kata sy ni sama mcm jiran2…

    kalau ditegur sikit pasal sikap ibu yg kuat merajuk dan suka membebel bisa tu, ibu pasti salahkan sy.

    hairannya, bila hubungan kami baik, bila ibu tak marah sy..ibu suruh sy buat itu ini..bila adik2 sy xnak buat apa yg ibu suruh, ibu tak marah sebagaimana ibu marahkan sy…
    pelik…

    mendengar kata derhaka yg keluar dari mulut ibu itu buat sy rasa xbermakna nak hidup atas dunia ni lagi….
    sungguh3 saya makan hati dengan sikap ibu. tak tahu nak gambarkan macammana…mungkin mati lebih baik kot..xder la ibu nak sakit hati dng anaknya ni lagi..
    isk isk isk…

    1. Saudari..

      Kadangkala apa yang kita sangka dan kita rasa serta kita jangkakan tidak semestinya tepat, duka hari ini tak semestinya duka selamanya, hakikatnya ada banyak lagi masa akan saudari hadapai dan tak semua akan hadir seperti yang saudari rasa sekarang..mungkin suatu hari nanti saudari akan lebih gembira, senang dan bebas.. semuanya adalah ketentuan dari Allah..sesungguhnya Allah melihat apa yang kita lakukan.. baik dan ikhlas yang kita lakukan..InsyaAllah Allah maha mengetahui.

      Walau ibu melakukan sebegitu, tapi percayalah, kuatkanlah hati..tambahkanlah lagi kesetiaan dan kasih sayang pada ibu saudari.. tidak perlu dibimbangkan kerana Allah amat berkuasa, mampu mengubah segalanya kerana Ia lah mencipta semua didunia ini. Untuk pengetahuan saudari.. Secebis kebaikan yang dilakukan kepada ibu saudari pastinya kelak akan dibalas ribuan kemanisan..cuma kini tinggal hanya kepercayaan dikala kesedihan kini. Sementara ini, cubalah bertindak dengan lebih berhemat kalau boleh janganlah menyimbah minyak di Api, tak perlulah sangat menegur ibu kerana dibimbangi keadaan akan jadi lebih buruk..bersabarlah..

      Ibu saudari sebenarnya sayang kat saudari, apa tidaknya jika..
      “Kesusahan beberapa tahun saudari ini tidak akan sama dengan kesusahan ibu saudari membesarkan saudari dari kecil hingga kini “

  18. salam saya zaha, dah lama saya pendamkan masalah ni sampai saya bertemu web ni sya ingin berkongsi kisah saya ini, saya bekerja sebagai tukang jahit ape yang menjadi masalah adalah sya seperti orang asing didalam rumah sya sendiri sya sering diperkecil-kecilkan sebab saya seorang tukang jahit ape yang membuat hati saya sedih adalah apabila setiap ape yang saya lakukan tidak pernah dihargai saya tahu saya bukan lah anak pilihan kedua ibubapa saya apelah daya saya hanya seorang anak yg tak mahu derhaka jadi sya pendamkan shaja, saya kadang kadang kecil hati dengan sikap ibu bapa sya yang slalu tidak mengendahkan saya dari segi makan minum,pakai tiada masalah namun bukan wang ringgit yang saya tagih. setiap kali saya ingi berborak bersama ayah atau ibu sya mereka sering buat- buat tak dengar dan bertukar kepada topik lain, tetapi bila adik saya atau kakak yg berborak bersama mereka layanan sebaliknya .saat itu membuat kan saya amat sedih ,saya telah cuba pelbagai cara untuk menambat hati ibu bapa sayanamun setiap cubaan saya tetap buntu, setiap kali solat saya berharap agar dapat dilembutkan hati ibu ayah saya untuk menerima saya saya menulis coretan ini tiada niat memburukkan ibu bapa saya cuma saya mahukan pendapat orang ketiga yang mampu membantu saya dan saya hanya ingi meluahkn apa yg terbuku sekian lama didlm hati ini sekian
    wassalam….

    1. Salam..sy simpati dengan nasib zaha..Hakikatnya..walau sekecil zarah sekalipun..tetap ada pekataan ibu mana yang tak sayang anaknya.. seteruk mana kedua ibu bapa lakukan.. pasti dalam hati mereka mempunyai rasa sayang pada anaknya.. Sebab sy pendapat gitu sebab bukan senang utk besarkan anak.. sekurang2 memori membesarkan ank terutama masa kenangan zah kecil dahulu mengingatkan kasih sayang mereka pada zaha… Bagaimana boleh zaha dilayan sebegitu? mungkin ada sebab tersendiri mereka atau sesuatu yang mereka tidak suka zaha ada buat.. jika bukan sebab itu..mungkin juga seperti yang zah rasa iaitu mereka memilih anak.. tapi bagi saya..jarang sekali ibu bapa yang memilih anak.. sebab lebih kurang semua ibu bapa sayang semua anaknya.. Oleh itu..cubalah zaha selidiki apakh yang mereka tidak suka pada Zaha.. mungkin teman lelaki/perempuan? mungkin sikap yang suka merajuk/memberontak?bahasa yang kasar? ada banyak kemungkinan lagi..

      Tapi bagi saya, jika Zaha berada pada pihak yang benar .. saya puji Zaha berserah pada Allah dalm masalh Zaha ini.. perlu diingatkan..cubalah Zaha lebih bersemangat untuk meneruskan kecemerlangan diri Zaha..tingkatkan nilai supaya ibu bapa Zaha mula nampak siapa Zaha sebenarnya.. jangan putus asa.. teruskan berdikari dan bergembira dengan rezeki dan ketentuan Allah.. saya pasti..bila Zaha berjay suatu hari nanti pasti kegembiran tu milik Zaha.. Amin

  19. salam..Sy ayu dri sabah,sy bnyk mslh keluarga nak kongsi dgn kwn2 pun segan nak kongsi dgn adk beradik mereka pun sama jg mcm sy..masalah sy sejak sy beumur 14 thn sy begaduh dgn emak sy,hal kecil je tp mak sy ne jenis panas baran pantang org melawan ckp nya pasti di x layan org 2 termasuk sy.Emak x penah rasa kehadiran sy,mak x penah syg saya,asal balik dri sklh sy msti masak,cuci piring sesekali sy mengeluh jg bila di suruh,sapa x mengeluh bru balik sekolah jln kaki entah berapa kilometer,panas terik x mkn lg x berehat dah di suruh bwt 2 bwt ne,bkn sy slhkan mak sy tp dia x faham keadaan sy,adk beradik semua dia syg,di sediakan serapan,mkn tgh hari..sy dri kecil dilayan mcm bkn ank nya,sy selalu di pinggirkan sehinggakan sy malu nak bekumpul dgn adk beradik sndiri..lidah sy kelu nak panggil dia emak sy x thu knpa mkin di sebabkan sy sllu di pukul,cubit 2 yg sy x berani nak panggil emak..dlm hati sy hnya thn je yg tahu yg sy mahu emak peluk sy seperti dia peluk adk beradik sy yg lain..emak x penah bg bangun sy cara baik dia bg bangun sy dgn kakinya klo x bangun di pejak kepala..1 hari sy x puas hati bab sy gantok sangat mak kejutkan so sy x bangun,emak suruh abg ambil air & siram kat muka sy,sy lari p dapur ambil pisau & cuba bunuh diri sy tekanan segala yg sy pendam sy keluarkan hari 2 jg,sehinggalah berlaku pertengkaran mulut emak kata “KAU BUKAN ANAK KU KAU ANAK DI PUNGUT DALAM LUBANG TANDA”Yaallah……….sejak hari itu hidup sy hilang arah tujuh.emak x layan sy, emak x benarkan sy makan masakannya,emak x penah belikan sy baju,kasut,kain,Apalah salah sy sehingga sy di perlakukan begini..sampaikan sy pakai seluar adk sy,baju sy cuci lupa jemur emak buang kat tempat kotor…Sy x tahan hidup mcm ne…..time puasa sy x blh mkn dgn adk beradik lain,sy masak ikan masin mkn nasi sejuk dlm peti sejuk,minum air paip,balik sekolah terus tido sy hanya mkn time kat sekolah 2 pun dgn duit belanja rm1.00,emak xda belas kasihan dgn sy..emak sumpah sy bodoh selamanya,emak x restui sy kahwin bila,dia haramkan sy panggil dia emak..kalau sy xda belanja,sy bawa mangga pegi sekolah,sy dah penaj minta ampun sujud depan kakinya tp emak tidak layan sy..dia halau sy dari hidupnya..skrg hidup sy dah xda maknanya..sekarang umur sy 22 thn,dah masuk 9 thn dia x penah tegur sy..Buat mak sy ku sayangi kasihanlah aku,aku masih perlukan emak,xda apa yg aku mahukan kecuali emak sebut nama ku & peluk aku…Moga allah sentiasa memberi kesihatan utk mak agar diri ku sempat minta ampun dgn mak sebelum terlambat..

    1. Salam..kesian ayu..sedih dgn cerita ayu ni yer..cerita yg panjang tu dapat sy ringkaskan berlaku penolakan antara hubungan kedua2..ini adalah kerana banyak tingkahlaku2 menolak menunjukkan ketidakpuasan ataupun sesuatu yang dipendam oleh kedua2..Bagi saya, tentu ada sesuatu sejarah hitam yang emak tak dapat lupakan apabila berhadapan dengan ayu..mungkin ayu kne selidiki…Sebab tak mungkin seorang ibu sampai terlalu benci dengan anak yang dikandung sendiri. Mungkin ada sebab tersendiri yang membuatkan ia sangat marah. Satu lagi kemungkinan ia ada kaitan dengan corak tindakbalas ayu ketika ayu dimarah atau ditegur oleh emak ayu. Mungkin tingkahlaku ayu banyak menunjukkan pemberontakan atau sesuatu yang menunjukkan ketidakpuasan walaupun ketika seharian bersama emak ayu tu.

      Ayu perlu ingat, ibu tetap ibu ayu..ayu cuba renungkan adakah ayu ada buat kesalahan kepadanya..jika ayu yakin dan bertekat sepenuh hati untuk buat baik selepas ini..teruskan…kerana jika ayu berada dalam keadaan baik sentiasa sebenarnya menjadi satu tenaga baru ayu untuk hidup lebih bersemangat serta ia mungkin secara senyap akan membaiki hubungan ayu bersama ibu ayu. Umur ayu mungkin masih muda, gunakan umur yg muda itu untuk fikirkan masa depan ayu..ayu perlu meneruskan hidup..dan mungkin suatu hari nanti sesuatu kehidupan yang lebih gembira dan manis akan ayu rasa jika ayu banyak bersabar kini serta sentiasa berbuat baik dan berdoa kepada ibu ayu..percayalah..sekiranya kita berhati baik, niat baik…walau apapun kita akan dibalas dengan sewajarnya suatu hari nanti..

    2. Ayu bersabar saja. Allah SWT maha berkuasa, lagi maha mengasihani. Saya anak sulung dlm keluarga, dan saya mengalami masalah yang sama seperti Ayu. Cuma ibu saya tidak pernah memaki maki saya lagi. Tapi apa pun Ayu, anggaplah ini sebagai dugaan Tuhan. Nescaya suatu hari nanti, Allah SWT akan memberi balasan terhadap sesuatu kejahatan samada balasan yang baik ataupun buruk. Kita sebagai anak, mintalah doa kepada Allah agar hati ibu dilembutkan. Dan terimalah ini sebagai masa untuk kita meluangkan masa dan mengadu pada Allah SWT dengan bersolat, dan berdoa. Jangan putus asa, percaya ckp saya, awak tidak akan menyesal. Teruskan solat, dan berdoa insyallah.

      1. assalamualaikum ayu. saya turut bersimpati.T_T. Allah tak uji hambanya kalau Allah tau hambanya tak mampu nak tanggug ujian tu. saya tau, berat mata memandang, berat lagi bahu ayu yg memikul. harap ayu terus tabah melalui dunia yg sementara ini. fokuskan kepada kehidupan yg abadi nanti. berubah menjadi hamba yg lebih bertakwa kepadanya. insyaAllah, lebih tenteram hidup ini.

  20. saya menghadapi masalah suami yang tidak jujur. Lebih kurang 12 tahun 4 bulan saya berkahwin dengannya. Semakin hari semakin saya x faham keadaan dirinya. Duit nafkah xberi, duit makan anak xberi dari segala2nya dia xberi …saya terpaksa menaggung anak2 dan sara hidup seharian…saya xde tmpat nak mengadu..Sekarang ni saya dapat tahu sedikit demi sedikit bahawa hutangnya terlalu banyak…tetapi masih ada balance….tapi xpernah sedikit pun berkongsi dengan saya dan anak2. anak saya 5 orang…sedihlah hidup ini. Gaji saya tinggal RM2500 bersih…nak hantar anak tiusyen, nursery anak, tadika anak, sekolah anak….dan sekarang ni terpaksa sara kereta pulak….ya allah apalah yang patut saya buat ….hanya kepadaNYA saya berserah…dan bercerita.

    1. Sedih saya baca masalah puan Bob, ginilah yg berlaku bila tanggungjawab tidak lagi menjadi keutamaan. Sebagai suami seharusnya membela dan memastikan isteri dan tangungannya diberikan nafkah yang cukup dan bukannya sebagai bebanan pula kepada mereka. Sebenarnya ada yang boleh membantu jika mengikut syarak..mungkin puan boleh minta nasihat pejabat agama islam..Ada sesuatu yang penting suami kne tahu berkaitan hukum dan tatacara mengikut agama berkaitan kes puan ini. Tapi sekiranya puan mampu bersabar, cubalah selidik punca suami puan bertindak demikian dan kemana duit2 itu pergi. Semoga puan tabah dan lebih bersemangat.

    2. salam,
      sy tak tahu nak mulakan mcamner tapi sekarang saya betul2 tawar hati dengan suami saya sayang tapi saya tak tahan dengan perangainya. saya rasa dia mengambil kesempatan di atas kelemahan saya. dulu masa mengandung dari anak 1 hingga 4 mesti tak berkerja dan saya terpaksa menanggung semua. saya fikir itu mungkin pembawakan budak tapi lame2 saya rasa tertekan. dan sekarang asik tukar keja aje, saya bukan maukan kekayaan tapi saya perlukan keluarga. sekarang suami asik dengan ganja, telefon dan juga keluar malam hingga pukul 2pg saya tak tahu apa yang dibuatnya. saya pernah minta meninggalkkan semua itu tapi dia kata sy kena terima dia seadanya. saya tertekan asik bercakap di telefon bersama ganja sampai tak ingat ape. semua keprluan rumah tak amik tahu. saya mahukan perubahan bkn nak idup begitu selamanya. rumah saya bina sendiri potong gaji, anak2, kereta n macam2 yang lain yang saya perlu bereskan termasuk api air di rumah sedangkan dia hanya tau buat perkara yang menyakitkan hati saya dengan perangai yang macam itu saya sakit anak sakit langsung taknak urus semua terbeban di atas bahu saya. dulu saya merasa ikhlas untuk sama2 membantu tetapi sekarang saya benar2 tak ikhlas. bayangkan setiap kali tukar kerja saya juga yang jadi manga untuk bagi modal saya bukan gaji besar tapi dia beranggapan gaji saya besar saya pernah tunjukan slip gaji dan agihan yang perlu saya bayar tiap2 bulan tapi tak msuk kepala otak dia. saya cakap pe dah tak terima. saya pernah bawak ke pej aga tapi dia taknak pergi dengan mengugut saya bakar rumah anak2 la mcam2 la… saya binggung. pernah juga tanya pendapat kawan2 mereka kata suami hanya tau ambl kesempatan kerana semua saya urus dan dia senang. tak wat pe2 tapi semua selesai sedangkan saya binggung mana nak urus semua tanpa bantuan suami.. saya bekerja untuk kebaikan bersama tapi dia ambil kesempatan..
      ke pej aga taknak … saya pun dah tak tahu… jiwa saya sebenarnya tertekan demi untuk anak2 kerana ank2 sangat sayangkan dia atas alasan tak pernah marah or tegur apa yang anak buat.. saya buat solat hajat, cuma isytiharah je saya belum buat lagi. tapi lau dia taknak lepaskan and sedar akan kesilapan dia saya tak bolh buat ape jugak.. yelah mungkin ada hikmahnya

      1. Salam.. susah kalau nak bantu kalau gitu.. Cuma percayalah setiap ujian yang diterima pasti Allah sayang pada kita.. Apa jua yang berlaku mampu diselesaikan cuma masa yang tentukan.. cubalah berusaha sesuatu..rujuk pada kauselor berdekatan..mungkin pelawat lain boleh bantu..

Leave a Reply to sakitati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *