Kongsi Masalah Lain-lain

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Masalah merupakan perkara biasa dalam hidup, masalah itu mampu membuatkan kita lebih bermotivasi serta mematangkan kita. Tetapi, masalah itu juga jika tidak ditangani mampu membinasakan diri serta masa depan. Mungkin anda mempunyai masalah yang lain yang boleh dikongsi bersama.

Sekiranya ada antara kita ingin berkongsi kesedihan hatinya berkaitan masalah yang lain-lain, bolehlah berkongsi diruangan dibawah. Saya dengan rela hati ingin membantu anda.. ( Pastikan anda menggunakan nama samaran/palsu apabila menghantar perkongsian anda ) pengguna lain digalakkan turut sama berkongsi idea.. TQ..

33 thoughts on “Kongsi Masalah Lain-lain

  1. Aslkm…..

    Ank saya sedang ambil pep IGCSE…..boleh saya tahu IPTA dan Universiti luar negara mana ia layak mohon dgn keputusan IGCSE

  2. Cik, saya nak bertanya jika anak saya mengambil IGCSE dan bersekolah di Sekolah anatarabangsa, adakah beliau layak ke IPTA mengunakan keputusan IGCSE atau A level?

    1. Hi, I’m also one the IGCSE candidate but non-spm leavers. I’m not studying in Malaysia, may I know how to apply local universities (apart from uia) using my IGCSE result?

      1. Hi Jay, I have a same problem as yours. May I know if you have figured it out? If you do, may I know which university did you go and what course did you take. Tq.

  3. Assalamualaikum wbt

    saya baru saja habis pengajian IGCSE atau lebih dikenali sebagai O’level , saya bingung ,bolehkah saya mengambil diploma electrical engieerig sedangkan saya tidak ada physic

  4. Saya student lepasan spm 2013.. Saya tersangat la confuse mengenai tawaran ipg dan keputusan upu. Adakah apabila kita mendapat tawaran ipg, secara automatiknya kita tidak berjaya untuk mendapat upu??

  5. baru2 ni saya mendapat keputusan pngk 4.00 dalam stpm aliran sastera…saya ingkin memohon kos ekonomi tapi uni mana diantara UM UKM UPM USM yang bagus untuk kos ini ? benarkan kalau ukm menggunakan BM dan menyebabkan graduan ukm susah mendapat kerja memandangkan BI amat penting masa ini..tq

  6. Assalamualaikum…saya shayn dan merupakan lepasan stpm 2011, saya belum lagi mendapat tempat di ipta kerana 1 daripada subjek saya kurang ok, saya amat tertekan kerana subjek asas P.A saya tidak mencapai gred C atau B pun tetapi hanya D+ sahaja. subjek yang lain pula boleh dikatakan ok. …tetapi saya telah mengulang kembali subjek tersebut pada tahun 2012,dan baru-baru ini saya telah menyemaknya di internet..namun, saya berasa kecewa kerana mendapat c- dalam subjek itu , sedangkan subjek ini perlu kredit sekurang-kurangnya mendapat C bulat apabila berada di ipta.
    layak kah lagi saya untuk belajar di IPTA?

    Tolong berikan pendapat admin dalam masalah yang saya alami sekarang ini?

    1. PA adalah subjek penting..cubalah pastikan keputusan PA ok..sebab jika tidak memenuhi syarat utama pemohonan akan terus diketepikan..walaubagaimanapun boleh juga cuba cara laian lagi untuk sambung belajar seperti di bidang kemahiran..

  7. assalamualaikum… sy nk mnx tlg skit…sy ambil bidang penyejukn dn penyamnn udara tp sy x tau nk smbong bidang ape lps ny..sbb sy permpuan…kalau sy smbung bidang sy.sy x tahu kat mne nk smbg… hrap bntu..tq..

  8. salam..saye tlh mngmbil spm pd tahun 2011 dan tlah mndapat twrn ke um melalui rayuan..kmudian saya tlh terlepas tarikh dn lewat hnye 3 hari dr tarikh bg sesi pndaftaran.stelah itu,,saye tlh gagal utk msuk ke universiti tersebut.kmudian saye tlah mgambil stam dan saye risau akn kputusan saye tidak dpt mlayakkn utk saye pergi ke ipta..skrg,,kluarga sye mnyuruh utk mngmambil stpm.. adakah saye perlu utk mnunggu permohonan utk kmasukn ke ipta atau mnyambung stpm pula..

  9. anak saya sgt berminat utk masuk sekolah sukan..semasa disekolah rendah dia telah mewakili sekolah dalam acara hoki bermula daripada darjah 4 hingga ke darjah 6.dimana sekolah anak saya telah mendapat tempat ke2 dlm pertandingan antra zon..dan dia terpilih bagi mewakili zon tersebut..selain dari dia jugak aktif dlm persatuan dgn memegang bberapa jawatan utama.tetapi keputusan UPSR beliau tidak berapa bagus iaitu mendapat 2a2c1b..apakah dgn keputusan ini beliau layak ke sekolah sukan.terima kasih.

    1. Layak sekiranya lulus ujian yang dibuat. Mungkin ramai yang lebih aktif berdasarkan kekosongan yang terhad. Biasanya kemasukan adalah berdasarkan tawaran. Boleh rujuk pada Bahagian SUkan JPN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  10. akum admin,boleh ke saye sambung diploma lepas amik sijil di politek n berape lame ye tempoh pengajian just untuk amik sijil?

    1. Wslm..boleh sambung diploma lepas sijil.tapi kne pastikan keputusan lepas sijil tu memenuhi syarat kemasukan diploma yg nak mohon nanti..tempoh pengajian begantung pada kursus yg kita ambik tu..biasanya dlm 6 bln dan 1 tahun..ada juga yg sampai 2 tahun.

  11. assalamualaikum admin saya nih lepasan spm, saya bercadang untuk meneruskan pelajaran di politeknik dan saya hanya mempunyai 3 sahaja gred kepujian tetapi sharat kemasukan memerlukan 5 gred kepujian,bolehkah saya membuat rayuan bagi kemasukan ke politeknik?

  12. Salam admin,

    Salam Aidiladha..

    Saya ingin pendapat admin tentang persekolah anak saya.

    Saya mempunyai seorang anak lelaki yang baru lepas mengambil peperiksaan UPSR tahun ini (2012) & bercadang untuk mendaftar anak saya ke sekolah agama asrama penuh.

    Berdasarkan keputusan percubaan UPSR anak saya hanya mendapat 1A dan kelayakan untuk mendaftar ke sekolah asrama penuh adalah 5A.

    Untuk pengetahuan admin, anak saya lebih cenderung @ minat kepada kerja-kerja/bidang yang melibatkan teknikal terutama yang melibatkan komputer. Saya pernah bertanya kepada beliau, apa cita-cita beliau, beliau mengatakan yang beliau ingin menjadi seorang jurutera komputer.

    Tujuan saya ingin menghantar anak saya ke sekolah asrama kerana saya di pertanggungjawab untuk menjaga anak saya selepas bekas isteri menolak untuk menjaganya. Saya tiada masalah untuk menjaga anak saya cuma atas alasan komitment kerja yang mendorong saya kerap outstation, saya takut tidak dapat fokus kepada pembelajaran anak saya kelak.

    Saya harap admin, dapat memberi sedikit advice dimana harus saya daftarkan anak saya untuk berskolah di asrama penuh.

    Terima Kasih.

    Efendi Mahat

    1. Salam,
      Maaf sebab sy terlalu sibuk sejak akhir ini.
      Untuk masalah tuan, ada baiknya anak tuan diletakkan di sekolah berasrama kerana kesibukan dirumah tuan. Bimbang ketiadaan tuan dirumah disamping isteri yang tiada dirumah membuatkan anak jadi sunyi dan mencari sumber lain untuk menghiburkan hati serta melalaikan. Membawa anak ke sekolah agama juga baik, pastikan sekolah agama tersebut mempunyai aliran sains tulen juga. Agama yang dipelajari juga merupakan bonus kepada anak tersebut selain mencapai cita-citanya. tetapi jika tuan memilih untuk terus fokus pada cita-cita anak, bolehlah cuba masukkan ia ke Maktab Rendah Sains MARA atau ke sekolah berasrama penuh Kementerian Pelajaran. Boleh cuba cari di Google untuk senarai Sekolah Berasrama Penuh SBP yang ada dimalaysia. Untuk kini rasanya dah terlewat untuk memohon SBP, mungkin rayuan boleh dibuat tetapi boleh cuba terus tnya kepada institusi yang ingin dimohon. Harap membantu.

  13. saya ni lepasan stpm 2011.saya sedih sgt x dpt tawaran masuk U.sy ada buat rayuan tp takut kalau sy x dpt.mcmna ya ?

  14. Salam pada admin. Nama saya Lara. Saya ada soalan nak tanya pada admin. Saya merupakan bekas pelajar tajaan salah satu compan terbesar di malaysia, ditaja untukke oversea,tetapi kerana sikap sambil lewa saya yg terlalu taksub dgn tajaan yg diberi, saya ditakdirkan tak dpt ke australia kerana keputusan a level saya yg sangat mengecewakan. tajaan saya ditamatkan serta merta dan saya perlu melangsaikan kembali bayaran tajaan tersebut.

    soalan saya pada admin, apakah pendapat admin, kerana saya benar2 menyesal dgn apa yg telah berlaku. ibu bapa begitu kecewa dgn saya. sekarang ni nak masuk ke ipta guna a levels amat sukar. saya kalau boleh ingin sambung ke degree terus kerana usia saya juga telah meningkat.

    untuk pengetahuan admin juga, saya telah mendapat tawaran ke ipts terkemuka di malaysia tetapi ditentang oleh ayah kerana ayah bimbang dengan yurang ipts yang sangat mahal. ayah mencadangkan saya ke diploma, bermula dari bawah kembali. kerana kos diploma + degree di ipta adalah lebih murah dan peluang untuk masuk ke ipta terkemuka seperti UM,UKM, USM selepas ini lebih cerah jika menggunakan diploma berbanding keputusan a levels saya yg sgt teruk itu.

    apa pendapat admin ? patutkah saya ke diploma ? kerana saya agak malu untuk berdepan dgn rakan2 jika mereka mengetahuin saya kembali ke diploma kerana saya merupakan antara pelajar terbaik SPM di sekolah kami, sebuah SBP terkemuka di malaysia.

    Saya buntu kerana saya malu untuk berdepan dgn rakan2 yg sudah sukses ambil medik, ke oversea, saya pula terpaksa kembali ke diploma. mahu ke degree ipts, saya bukan berasal dari keluarga yg berada. ayah juga tak bgi kerana risau saya terbeban dgn hutang yg byk memandangkan saya juga perlu melangsaikan hutang penaja saya selepas saya grad nanti.

    saya buntu. mohon bantuan admin.

    1. Salam, saya faham apa yg dialami oleh lara dan keluarga, mungkin ayah lara lebih memikirkan tentang pinjaman untuk pelajaran yang bertambah. Entahlah.. kalau difikirkan apa yang orang katakan dan pandangan orang lain pasti kita akan terus bimbang dan malu. tidak salah jika kita belajar untuk menghargai peluang yang ada. sedangkan peluang tersebut juga boleh membawa kepada kejayaan cuma ia memakan lebih masa. ini lebih teruk jika lara terus dibebani hutang dan kadangkala tidak pasti tujuan sebenar lara, lara buatlah keputusan dengan sebainya. buang tanggapan kawan dan lainnya.. fikirkan tentang potensi yang ada serta kemampuan yang ada.. jika ada peluang, bolehlah rebutnya tanpa pudar semangat yang ada…

  15. Masalah saya, nak continue study…tpi sbb result Matrik jauh mencapai sasaran, saya rasa susah sgt nak sambung study. Kewangan pun tak boleh membantu. Sekarang ni, saya betul-betul buntu. Ada ke jalan untuk saya masuk ke U dalam bidang yang saya betul-betul minat?

    Saya betul-betul rasa Matrikulasi adalah jalan terakhir untuk saya mencapai cita-cita saya… dan saya gagal. Saya ambil SPM2010, dan dapat 5A 2B 3C.

    Ke mana saya harus pergi untuk memperbaiki Matrikulasi saya ini?
    Saya ingin buktikan, yang saya boleh… ke mana harus saya pergi?

  16. Salam..saya lepasan matrikulasi n mndapat tawaran kos sains comp keselamatan rangkaian komputer . ipta yg saya dapat bukanlah ipta top malaysia..orang cakap susah dapat keje kos neh . tambahan pula u yang saya dapat tak popular..n kos neh jugak memerlukan seseorang yg betul2 pintar n minat yg mndalam utk blajar n pemasangan suma tuh..saya lebih minat kos kimia tapi x de rezeki..perlu ke saya tolak tawaran ini dan mohon ipts demi minat ? kos yg saya dapat agak mncabar n takot jugak x boleh carry n musnahkan harapan parent..semangat nak brjaya timbul bila kakak dalam bidang medic n parent asyik bandingkan mmbuat saya stress. search n comment2 dr kwn2 jugak mmbuatkan saya rasa xleh bawa.. ramai jugak yg menganggur..apa perlu saya buat ?

    1. Salam..maaf kerana terlambat jawab.. kadang-kadang tidak perlu dengar apa yang orang kata sebelum kita sendiri mencubanya. cuba semak kelayakan saudari..jika ia betul-betul layak mungkin saudari dapat belajar dengan baik nanti..

  17. saya mempunyai keraguan mengenai rayuan ke IPTA stpm,,,

    Anda boleh ditawarkan mana-mana program pengajian selain daripada 2 pilihan rayuan di bawah.
    Tertakluk kepada kekosongan tempat.

    Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan :
    Pilihan 1 *
    :

    Pilihan 2 *
    :

    sekiranya saya memilih pilihan berikutT , adakah hanya pilihan itu yang diterima untuk rayuan atau hanya pilihan itu yang tidak termasuk dalam senarai rayuan ?

    saya tidak memahaminya, takut tersilap pilih lg utk peluang kedua,,

  18. salam,,,, saya masih berumur 18 tahun,,, saya mempunyai masalah untuk sambung belajar kerana saya tidak tahu untuk memilih tempat yang sesuai untuk meneruskan pengajian.. saya juga ggal menyambung di ipta…. saya juga terpaksa memilih ipts kerana ia secara terbuka…,,, tetapi saya takut tidak mendapat peluang perkerjaan yang ok,,, rakan2 saya juga ad berkata,kalau nak masok ipts kena pandai cari betol2 supaya masa depan kta juga cerah dan tdak kecewa di saat2 akhir kerana selama kita belajar beberapa taun tidak sia2…..
    jd saya mempunyai msalah ini,,, setiap malam saya tdak tdor gara2 memikirkan utk menyambung di tempat yg bgus. saya ingin sangat untuk melanjutkan pelajaran untuk masa depan saya juga……

    1. Salam..ia..sebelum membuat keputusan ke IPTS, cubalah dahulu fikirkan ke bidang-bidang lain selain universiti..hal ini kerana, banyak institusi biasa yang menawarkan kursus diploma atau sijil yang lambat laun akan boleh dilanjutkan ke universiti.. Pilihan ke IPTS juga boleh sekiranya kemampuan kewangan keluarga serta kajian sendiri tentang prospek kerjaya serta matlamat selepas belajar dibuat dengan rapi, kajian itu boleh dibuat secara tidak langsung dengan bertanya kepada mereka yang profesional seperti kaunselor ataupun penasihat yang lama berpengalaman.

  19. Salam . Saya nie sebenarnya masih remaja . Baru berumur 17 tahun. Msalah sy adalh , sy ne seorng yg lemah. kalau ada prkara yg sy x puas hati dngan org lain trutamanya rakan dan sepupu , sy lebih rela memendam saja .Sekiranya ada perkara yg menyakitkan hati sy, sy akan mudah trsinggung, tetapi x berani mengatakan yg sbnarnya. Sy sakit hati dngan mreka tetapi sekejap shja hlng. Sy rsau yg sifat sy ne lbih mendatangkn keburukan kpda sy.. Dan kdng2 kalau sy cemburu dngan org lain, sy akan diam sja. Wlaupn budak yg bru brumur 12 tahun tidak berani saya menengurnya walaupun dia bnar2 menyakitkan saya. apa yg perlu sy bt supaya sy menjadi lbih brani utk menyatakn isi hati sy. dan 1 lg, sy blm prnah pun bercinta dan saya takut sifat saya ini akan membawa lebih kpda keburukan. Selalunya saya membantu orang lain walaupun perkara tersebut sebenarnya membebankan saya.

    1. Salam.. dari cerita menampakkan caze lebih mengalami masalah dengan perasaan.. Caze ini adalah lebih kepada lebih sensitif. Tahniah kerana perasaan sensitif juga membawa kebaikan kerana mudah memahami orang lain. Tetapi perasaan sensitif juga membawa keburukan. Ia membuatkan Caze tidak mudah untuk didekati oelh orang lain. Untuk masalah Caze adalah lebih baik caze maklum kadangkala tidak semestinya apa yang kita rasa adalah benar2 betul dan tepat. Setiap apa yang fikiran kita tafsirkan berkaitan rasa sensitif cuba Caze fahami tentang tidak semestiya yang difikirkan itu tepat. Cubalah lebih bertenang dan beri peluang untuk membina rasa yang lebih positif dan berfikir lebih positif..

Leave a Reply to kelly Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *