Cinta…Mungkin memberikan seribu kenangan manis dan mungkin juga meninggalkan kenangan pahit. Cinta ini merupakan perasaan yang hampir setiap orang wajib melaluinya kerana ia adalah salah satu komponen hidup seorang manusia. Namun demikian, oleh kerana ramai yang melalui kisah cinta ini, ramai juga yang mempunyai cerita dan kisah tersendiri yang boleh dikongsikan.
Sekiranya ada antara kita ingin berkongsi kesedihan hatinya berkaitan percintaan, bolehlah berkongsi diruangan dibawah. Saya dengan rela hati ingin membantu anda.. ( Pastikan anda menggunakan nama samaran/palsu apabila menghantar perkongsian anda ) pengguna lain digalakkan turut sama berkongsi idea.. TQ..
Assalamualaikum Saya nak mintak pendapat dengan tuan.. Saya berumur 22 dan tengah bercinta dengan lelaki duda anak 1. Semasa dia bekerja dulu di pelantar minyak die selalu whatsapp saya sehinggakan saya yg sibuk bekerja tidak sempat reply. Tetapi saya akan cari masa untuk reply dia punya whatsapp.. Tetapi sekarang bila dia tiba di darat, dia macam tiada masa dengan saya langsung alasan yang dia selalu bagi ialah dia keluar lepak dengan kawan kawan. Saya pernah bertanya dengan dia adakah dia serius dlm hubungan saya dengan dia. Dia menjawab dia serius dan tidak pernah main main dan dia menjawab dia busy… Read more »
Waalaikumussalam, banyak perkara perlu diteroka kalau kes macam ni. status duda itu adakah kematian isteri atau perceraian? dari cerita yang ditulis nampak ada sesuatu yang perlu di ambil serius untuk mengekalkan hubungan. Mungkin perlu lebih pemantauan aktiviti di darat teman lelaki melalui rakan atau kenalan dapat memberi sedikit kelegaan dan hal sebenar. Walauapapun yang terjadi, pastikan saudari lebih tenang dan percaya pada rezeki dan ketentuan maha pencipta.
Assalamualaikum. Encik Fiziesss. Apa khabar? Moga encik sihat. Saya Fizah, 27 tahun. Minta maaf, saya perlukan bantuan tentang masalah saya dengan teman lelaki saya. Seumur hidup saya, ini pertama kali saya didalam hubungan cinta. Sejak saya dilahirkan hingga tahun 2013, akhirnya saya “ada yang suka”. Saya ceritakan dari mula. Kami berkenalan pada tahun 2011 di laman sosial. Selepas 6 bulan berkenalan, kami mula masing2 jatuh cinta. Tetapi, malangnya, teman lelaki saya tiba-tiba MENOLAK cinta saya atas sebab dia sebenarnya masih belum bersedia dan masih teringatkan bekas kekasihnya kerana dia sangat mencintai bekas kekasihnya. Teman lelaki saya cakap, semasa dia mengenali… Read more »
wslam.. maaf fizah..sy tak baca habis lagi…kebetulan skrg sy tengh sibuk uruskan soaljawab UPU.. nanti ada masa sy cuba reply yer..
Hi assalamualaikum. Macam nama blog ni, cerita kekalahanku, aku dah lama tak rasa aku beigtu kalah dengan perasaan sendiri. Dan aku sendiri tak pasti apa kekalahan aku ini adalah sesuatu yang baik ataupun tidak. Berbulan-bulan aku mencari tempat meluahkan, dah aku ceritakan pada sahabat, dah aku adukan pada Dia, masih rasa terawang-awang. Masih tak mampu merendahkan tahap ketinggian harapan yang aku letak. Macam ni, aku sebenarnya tersangkut dalam satu situasi yang menghimpit aku. Aku kena; seorang lelaki ni masa zaman diploma. Asalnya aku kenal dia dari mulut-mulut orang yang bawa cerita buruk pasal dia, aku selalu sangat dengar perkara buruk… Read more »
Waalaikumussalam nampaknya seperti saudari mula menaruh hati dengan lelaki tu.. saudari tertarik sebab jangkamasa lama saudari beri hampir 3 tahun utk perkenalan. Jika diberi masa lagi mungkin lepas ini saudari tidak nampak lagi kelemahan lelaki tersebut. Mungkin lepas ini saudari akan menutup terus mata dari memandang aspek negatif lelaki tu. Saya tak pasti macam mana lelaki tu, tapi dari tanda-tandanya ada sesuatu negatif dalam dirinya. Namun demikian, kita tidak boleh buat kesimpulan cepat untuk menilai orang. Apa yang perlu kita buat adalah mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan lelaki tersebut sebelum menerima hubungan yang lebih rapat. Bagaimana mendapat maklumat tersebut? saudari… Read more »
assalamualaikum…
saya nak tanya pendapat mengenai masalah saya. saya baru berumur 19 tahun dan saya bercinta dengan lelaki yang berumur 31. lelaki itu telah pun berkahwin. saya dalam dilema sama ada saya patut terus kan hubungan ini atau tidak. isteri dia sudah pun mengetahui mengenai hubungan kami. isteri dia telah minta saya berjumpa dengannya untuk berbincang. isteri dia memberitahu bahawa suami nya hendak ceraikan nya atas sebab untuk menikahi saya.
saya betul-betul buntu dengan keadaan ini. saya harap sudilah bantu saya.
assalamualaikum, sy cuma ingin kongsikan pengalaman sekadar utk pengajaran… bismillah… masa tu tngh exam SPM, then tamat prsekolahan form5, terasa sunyi n rsa nk ad kwn utk wt peneman n kwn pun cuba knlkn ngan abg angkt dy, dy kta abg angkt dy ny baek orgnya so sy cuba utk mngenalinya… kenal punya kenal dy nyatakan yg dy sukakan sy dan kami rncang utk nikah then dy akn bg sy smbung blaja blk. sy just stuju sb bg sy lau org btl2 ikhlas sy trima. kitorang ok xde masalah sepanjg perkenalan TAPI jeng3….ny part yg agk menarik bg sy, one… Read more »
Waalaikumussalam.. tahniah.. mesti fatimah ni jenis yang bijak bercinta..tidak taksub dengan emosi dan boleh mengawal emosi, setengah org tu bila dah bercinta terus buta.. bukan semua lelaki tidak boleh dipercayai..cuma betul lah kata fatimah, jangan mudah sangat percaya dengan lelaki.. tapi kalau terlalu tidak percaya pun masalah.. 🙂
Assalamualaikum… Saya nak minta pendapat bagaimana nak menerima dan memberi kemaafan dengan ikhlas? saya telah berkahwin 9 tahun dan di kurniakan 2 org anak… Sepanjang bercinta (7 thn sblm kahwin) suami saya mmg sorg yg baik, penyayng dan bg saya saya sgt bertuah menjadi isterinya… semua kenalan pun ckp mcm tu.. saya sygkan dia sehingga sanggup bkorban apa shj.. hidup kami tidaklah mewah tp boleh di katakan agak selesa…saya tidak pernah bkira membantu dia dlm perbelanjaan rumah. terus terang ruamh, kereta dan pbelanjaan anak2 saya yg tanggung… sbb saya tahu dgn kemampuan gajinya yg kurang berbanding gaji saya.. saya sanggup… Read more »
Waalaikumussalam.. masa akan menentukan kebenarannya..kadangkala kita perlu banyak bersabar.. mungkin hari ini ia makin rumit atau dah diselesaikan. Cuba banyak berbincang dan mencari punca masalah sebenar.. InsyaAllah akan dapat diselesaikan. Jangan lupa juga berbincang dengan baik dengan pihak ke tiga tu.. mungkin ada penyelesaiannya.
saya minta pendapat seseorang knp setiap org yg kita syg sngaja tinggalkan kita…dan knp kebanyakan perempuan agak sukar untuk d pujuk…tolong bagi pendapat..
kalau bab ni banyak faktornya..kdg2 dia tinggalkan sbb xselesa atau tidak memenuhi impian mereka..ada juga yang beralih arah kepada teman lain..bab pujuk pula mmg gitulah perempuan ni, kadangkala merajuk cara positif ialah nakkan kita memujuknya.. tapi jika negatifnya memang nak menjauhkan diri dari kita.. apa2 pun jangan lah perlu bimbang sangat..cuba kenalpasti dulu kenapa terjaninya semua ini.. fikir masa tenang dan kalau boleh jgn dipengaruhi sebarang perasaan.. InsyaAllah nanti ada jalan terbaik apabila fikiran dah tenang..
salam…saya ada satu masalah n saya mohon nasihat2 yg berguna dr sesiapa…awal tahun ny ada sorang budak laki baru pindah ke skolah saya dan boleh dikatakan dia agak hensem…dari cara dia sya dpt agak dia ny xlyn prmpuan…mgkin sb malu…lgpun sblum ny dya sekolah islah…tp dia pindah ke sekolah sya selama sebulan je seblum dpt twrn ke skolah di taiping…sjujurnya sya minat dgn perwatakan dia…lpaas dia dh pindah sya cuba chat dgn dia kt fb..rupa2 nya sebulum ny pun kami penah jumpa…time kem cuti taun lepas..mmg xsangka…dia pnah nmpk sya di kem 2 tp sya xperasan dia…then kami bertukar 6be…sejak… Read more »
Salam..huhu..pening jugak sy baca tulisan shila..hehe..biasalah, kadangkala kita tak perlu percaya bulat2 dekat lelaki yang kita kenal, kadangkala ada yag sengaja berkawan untuk dapat rasa dirinya berharga mempunyai wanita lain. Jika peluang telah diberi dan masih juga berulang, rasanya tidak perlulah saudari letakkan diri ssaudari dalam risiko. Bertindaklah rasional bahawa ada ramai lagi lelaki yang sesuai dengan saudari. Ingatlah mungkin dia tidak sesuai deng saudari. Sebagai perempuan seharusnya belajar untuk lebih kuat walaupun tanpa insan yang kita sayang. Hal ini kerana jika saudari berjaya meningkatkan harga diri, lebih ramai lagi yang akan meminati saudari nanti..
Saya berkawan dengan K selama 5tahun. Kami bersahabat baik walau berlainan agama sehinggalah dia berkahwin baru-baru ini. Saya menghadiri majlis perkahwinan dia dan gembira dengan perkahwinan dia. Kami masih bersahabat baik tetapi isterinya sangat cemburu dengan perhubungan kami. Setelah terjadinya pergaduhan besar antara K dgn isterinya, 2 bulan K tidak menghubungi saya. Sepanjang tempoh itu saya sangat sedih dan sunyi. Saya selalu memujuk hati saya supaya tidak mengganggu rumahtangganya. Selepas 2 bulan dia secara sembunyi telah menghubungi saya dan menceritakan masalahnya kepada saya dan mengkhabarkan berita bahawa dia akan menjadi seorang bapa. Pada ketika itulah konflik saya bermula. Hati saya… Read more »
ummm.. entahlah..dari cerita, kenapa pula rasa sakit hati bila ia menjadi bapa? mungkin salmah ada menyimpan sedikit rasa lebih dari rasa sebagai kawan terhadap dia.. perlu untuk salmah belajar menjarakkan diri darinya buat sementara ini kerana mungkin ia masih panas. jika berkawan tidak ada masalah, cuma perlu berjaga-jaga supaya tidak menimbulkan syak wasangka sehingga boleh timbul sesuatu yg tidak disangka nanti..
salam..wow SAHABAT terer glew SPM..even dw msalah cm tuwh?huhuhu..sye rasa lebh smangt tok teroskn khdpn..cz sye jgak bwu ptoz cnta..
salam.
kadang2 saye cemburu tengok kawan ad gf,
saye ni xpena ad gf,, mungkin salah sy sbb trlalu memilih ,,tp bile difikirkan,perlukah bercinta semasa belajar?
sbb sy xpnah brcinta ,sy takut org yg sy cintai tu bukan jodoh sy 🙁 ..
Salam..kajian sy sebelum ini..ramai juga bercinta ikut2 seperti rakan..adakah kita senang dipengaruhi oleh persekitaran? adalah lebih baik jika kita dapat mengawal perasaan cinta kita..bercinta ketika belajar ada baik dan buruknya..tetapi jika campurkan pelajaran dengan aspek2 emosi dah tentu akan menggangu pelajaran..
hai, apa khabar buat pembaca-pembaca di ruangan ini, saya harap saudara dan saudari di rahmati semua 🙂 Saya ini ingin berkongsikan 1 masalah percintaan dalam hidup saya, sejak saya berumur 19 tahun adalah saya mula mengenali cinta, ianya sungguh pantas berlaku dalam hidup saya (cinta pandang pertama lah katakan) tapi kami tak di takdirkan untuk bersama apabila seminggu kemudian setelah saya mengenali dirinya, dia sudah pon bertunang T_T Kemudian setelah saya selesaikan pengajian peringkat sijil di ILP, saya teruskan pegajian diploma di ILP yang lain pula, kemudian saya tak lama kemudian , saya jatuh hati pada N, dia seorang peramah… Read more »
Salam..panjang sungguh luahan saudari aiza, dari luahan yang diberi dapat saya rumuskan satu perkataan untuk aiza..iaitu ” Kesunyian “. Satu kenyataan dan rasa hati yang aiza sedang alami sekarang setelah beberapa kali ditolak cinta oleh lelaki-lelaki.Untuk mengubati kesunyian itu terlebih dahulu saya nayatakan faktor penggalak aiza jadi begitu..Kemungkinan aiza ada kaitan masa lampau diasuh dalam hidup terkongkong, ada salah satu ahli keluarga yang selalu marah-marah pada aiza, aiza rasa ada kekurangan pada fizikal dan perilaku aiza dan tidak ramai adik beradik terutama adik beradik perempuan dalam keluarga. Jika yang saya nyatakan tadi hampir 80% tepat maka saya dah boleh agak… Read more »
terima kasih kerana sudi memberikan pendapat encik, memang benar andaian encik tentang latar belakang saya, saya sentiasa di perhatikan dan di kawal oleh ibu dan ayah saya selama ini, dan saya akui saya memang ramai kawan2 tapi saya pada masa yang sama sukar mendapatkan sahabat yang rapat dengan diri ini. mengenai hubungan saya tentan si A itu, saya kini masih rasa berbelah bahagi untuk memutuskannya, kerana saya akui hati saya sudahpun sangat sayang pada dia, walaupun dia banyak kelemahan yang boleh membuatkan masa depan saya dan anak2 saya menjadi suram, tapi entahlah encik saya dah tak mampu lagi nak memulakan… Read more »
susahnya mahu buat keputusan, adakah saya kini sudah buta?
sudah tak mampu lagi hendak menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu intan?
ada jugak teman2 di FB yang menyuruh saya cari lelaki yang lain, tapi pernah saya temui jejaka yang lain di tempat kerja, tapi saya tak suka kan dirinya kerana dia itu kelihatan miang, malahan jejaka yang lain juga kelihatan tidak menarik dari segi peribadian mereka…., saya rasa A tingkah laku dia lebih baik dari teman2 di tempat kerja…
” saya rasa A tingkah laku dia lebih baik dari teman2 di tempat kerja ” adakah hanya lelaki A shj yang terbaik untuk aiza? mungkin harini aiza tidak berjumapa yang baik bagaimana jika esok? aiza ni umur brape tahun? kalau umur masih muda dan miliki rupa paras yang menyejukkan hati rasanya takde masalah…
Aiza, memang sukar jika nak buat keputusan..tetapi cuba aiza amati apa yang ajaran islam sarankan. Saya bukan ustaz, sy cuma seorang guru kaunseling, tapi saya rasa penting jika aiza amalkan apa yg disyariat oleh islam. Maksud sy termasuk jaga perlakuan, jangan dan tidak digalakkan selalu berjumpa dengan kekasih, kurangkan berhubung sebelum kahwin ( sms, Internet )..itu semua membuatkan fikiran dan tahap penilaian aiza makin kabur dipengaruhi oleh kisah2 manis yang tercipta semasa berhubung. Di kesempatan kesunyia tu mungkin diisi dengan sesuatu yang mampu tenangkan hati dengan perbuatan zikir, menduga fikiran dgn membaca al Quran, membantu ibu bapa, membuat kebajikan. Itu… Read more »
salam… 🙂 sy da mslah mngenai diri sy n si dia.. kmi stu institut,bkenalan melalui fb,dia pnah ckp yg diasgt2 nk btgur sapa gan sy cme kmi xda bnde yg ingin dibncangkan..stiap kali sy bsma dia walhal smase chatting..cm lirik lgu nie:- di sisimu ak tdiam sribu bhasa, di hatiku bergetar sehuta rasa nafasku thenti bila melihat drimu terasa pntas degupan jantungku mungkinkah hatimu milikku jua kusyg pdmu… 😉 ermmm..pristiwa yg xleh sy lpekan lg ialah smasa sy tgah tnggu bas, wktu tu sy mngantuk sgt, tp bla sje sy nmpak dia n dia ters sapa sy, abis hlang mngantuk… Read more »
sy suka mendekati lelaki…ttpi sy x suka melihat kali kedua lelaki yg gud looking….sbbb sy tkut jatuh cinta dgnya!!!!n tkut dia xbleh menerima kekurangan sy…tpi dlm hati menginginkan nya…smpai skrg sy selesa bergaul dgn lelaki yg ok2 je la…..adakah sy nnti ada peluang untuk mendekati mereka walaupun ats nama kawan baik????? 😕
Boleh..tapi mestilah mengikut batasanya..nanti kalau sampai masa..cukup segalanya..dah bersedia segalanya..bolehlah mulai serius dlm percintaan ni..
terima kasih fiziesss ,,, hakikat sbnar sy ni<<<——da lupakn laki 2 pon ! hehe,,kdg2 jer ingt mamat xgna 2,, haha ! xtau la,,, kdg2 sy da mcm ssh nk pcaya kn cinta , yelh laki skrg rmai yg xblh d pcyai<<<—-mksd d sni bkn suma laki ! hehe~~ apa2 pon trima ksih untuk suma nsht anda ,,
wsalam..
p/s : doakn kejayaan sy k,, sy bkal msuk matrik @ tgu kputusan upu utk u asasi sains hayat,,
Syukur Alhamdulillah..inilah dia laman web..bukan sekali org baca dan doakan sahabat..berulang2 kali dan beribu2 kali org baca serta mendoakan..sama2 kita doakan rakan2 kita supaya hidup lebih ceria dan tenang..amin..
salam,,,,fizesss sya btol2 buntu sma ada nk p matrik or u??? kalo matrik sya dpat kt pulau pinang dan kalo u plak sya dpt kt unimas <<<<—-umah plak kt kdah ! cmna ni??? matrik ngn u sy dpat 2 2 sains ,, matrik dpat sains,,, kalo u dapat wat asasi sains hayat,, MATRIKULASI takot nak masuk sbb rmai org ckap susah ! <<<<<—- sdangkan da besa susah2 time kat mrsm,, pastu plak rmai bdak non muslim! takot nk bersaing ngn dorng… rmai org ckap kt matrik ni kalo xscore nnt kna lelong! <<<<— tapi cam ada keyakinan blh score! sy… Read more »
salam..hehe..yer la..apasal hantar kat masalah pecintaan..kan ada sy buat tempat masalah kerjaya..hehe..tekejut jgk td..ting..ada sesuatu di masalah pecintaan..ingtkan ada lg yg problem cinta..hehe..ok…panjang2 tnya tu..rasanya sahabat lupa nak bagitahu cita2 sahabat..sebelum sy balas..bleh nyatakan 3 cita2/pekerjaan sahabat minat?..
salam,,, saya pon xtau cita2 nk jadi ap???hehe~~~
tp sya lbh minat bidang perubatan,,, but bkn nya nk jd doktor…pelik kn,,hehe~~
hehe..mmg pelik sikit..hehe..tapi oklah..xberapa pelik..ish..sy pun dah jadi pelik.. ; ) ginilah..doktor xsemestinya doktor perubatan..dalam doktor perubatan tu sendiri pun ada bnyk lagi pecahan2 doktor tu sendiri..satu lagi doktor xsemestinya doktor manusia..doktor haiwan pun ada..pecahan doktor lain spt doktor gigi..n mcm2 lg..semuanya memerlukan sahabat mempunyai ilmu sains hayat..sains hayat tu termasuk pecahan2 dalam sub biologi termasuk tulang, sistem2 bdn n lain2 lagi..perlu juga tahu tindakbalas dan hasil enzim2, kesan ubat,termasuk cecair2 lain yg ilmu itu perlu belajar dari pecahan sub2 kimia. Jadi dimana boleh dapat tu semua? di matrikulasi dan semestinya asasi perubatan itu sendiri. Cuma bezanya asasi perubatan tu… Read more »
Salam ramadhan all.. aslmkum.. & hye.. hurm. Kte nk tnye soaln skit nie. Hurm.. npe kkdg seorg tu sggup menipu & x ikhlas dlm phbngn yek?? Dia kte dia msih syg kt kte tp dlm diam.. dia da affair kt someone girl. Btpa luluh nye hati nie.. hnye ALLAH yg tau. Takpe.. maybe dugaan Allah nk tau btpe kuat nye iman kte. Tp.. kte slu ingt kt dia.. . mcm mne nk lnyapkn dia dr hdup kte nie????? Bantu lh… .
Salam ramadhan.. dah pasti ke yang dia betul2 serius degan pempuan satu lagi tu.. cuba perhatikan sedikit masa lagi.. kebiasannya akan berlaku sesuatu dalam sedikit masa lagi.. tapi kalu betul2 la apa yang digambarkan.. untuk lupakan tak lah sukar sangat.. cuma saudari kene jarang jumpa dengan dia dan cuba berkawan dan beraktiviti.. jika difikir memang la susah juga nak dilupakan..tapi percayalah dalam 3-5 bulan perasaan tu sedikit2 akan hilang.. tempoh tu bergantung pada sejauh mana dalam kita syg kat org tu dan sesibuk mana kita..
pernah x sapa2, menjadi tman kepada ssorg prempuan yg dtg kpd kita dan mengatakan cinta pada kita…dan mmg dh lama anda cinta kat dia.. tba2 dia dtg dlm hdup anda.. msti anda gembira dan snggup wat apa sja utk dia kan… stlh berkwn begitu lama, tba2 dia beralih arah.. rpanya apa yg berlaku hanyalah lakonan smata-mata sbb dia ksyunyian dan perlukan tman setelah bergaduh dgn tman llki lama dia… jd slama ni anda ditipu prasaan, jiwa dan seluruhnya.. dan blh dia kata dia prnh kata jgn menaruh harapan terlalu tinggi… sedangkan dia yg bina harapan 2.. dia yg ucap kata… Read more »
salam ,, 🙂 bro putera,,, crita kta sma tp xserupa,,, 😀 sy pnh di tgl kn,,, sy pon xpsti np d tglkn?? adkah salah sy @ org ke3?? pg 1.1.2011,, wk2 tu subuh,,,sy terbgn awal,, dlm 6.23am,, ad 1 msj msuk,, yg pasti ayt msj tersebut ” kta jd kawan jer la,,sy nk blajar lg” ,, pas2 sy pon cm terkejot gle la kn 😥 ,, tp apakn daya dia xnk menerima sy lg,,, pas2 besalah,,ppuan mstilah pujuk ! rayu kt mamat 2 kn! tp dia ttp xnk trima sy lg ! yg myebabkan sy sdeh sgt2! dia pnh dtg… Read more »
Salam..betul tu sahabat..memanglah kita akan teringat kenangan dulu. Kadang2 mungkin lelaki tu cepat jemu dan suka beralih. Takpe lah..sebenarnya sikap tidak terima kenyataan dan tidak tahu bersyukur perlu diubah oleh laki tu..kemungkinan ia juga mengalami masalah berulang kepada wanita baru dia tu..jadi..sahabat tak perlu lagi bimbang..mungkin si dia bukanlah terbaik utk sahabat..cubalah ceriakan diri, lupakan apa yg berlaku tu.cuba jadi lebih bermotivasi..dan cemerlang..pasti lebih lagi ramai lelaki yg baik2 dan ia juga mampu membuat laki tu kembali merayu… : )
terimas kasih sgt2! sy jnji pasni akn bertambah cemerlang,, wlaupun spm sy x suma a,, (7a2b) tp sy ttp brsyukur,, tolong doakn smoga sy lupakn mamat 2,,, wlaupun kdg2 hti ni trgerak nk tgk fb dia<<<<—- wlaupun sbnar nya da kna buang dri frenz dia,, tp st xtau np jari nk jgk tekan fb dia ! hmm,, tp zaman skrg cinta kdg2 da xpenting ! masing2 kejar kerjaya kn? tp ap yg sy pasti cinta 2 lumrah hdup kta! so jgn jdkn ia sbgai alasan kta nk rsokkn kesucian cinta 2! lg sy,, sbgai manusia,, kta tau ap yg kta… Read more »
Wah..betul tu..tahniah!!..sahabat ni mmg jenis yg bermotivasi tinggi..mungkin yg boleh mengubati hati sendiri apabila memerlukan.baguslah…boleh tahan keputusan SPM..hehe..Bab klik kdg2 tngk fb dia tu..hehe..biasalah..lama2 semakin berkuranganlah tu..nanti suatu hari nanti kita akan rasa mcm xde apa2 perasaan pada dia.sbb akibat lama dah tak berhubung..tiada lagi kenangan manis baru tercipta mungkin akan ditimbus oleh kenangan baru..mase tu xsusah2 dah fikir utk lupakan..: )
wow cter u pnyer cm i jer.ak penah gak laki ckap cm 2 kt aku dulu,,”kau jgn kacau aku lg,,nti tambah benci aku kt kau”..sakit uhh tp xla sgt sb aku thu dye da ad gf..yg sakitnyer sb umah dyer dkat sgt2 ngan umah aku..:pain
tiap2 hari jmpe dye..tp skrang kurang da pasaan aku kt dye sjak dya p smbung blaja kt KL n sejak aku knal si M ni aku mjadi lbih matang..
insyaallah pnjang jodoh thun depan kami ikat.:)
Tahniah la eira, kadangkala tu mungkin makan masa untuk lupakan, tapi hakikatnya bukan mustahil..cuma ia dari kita sendiri..jika kita kuat dan bermotivasi seperti saudari..pasti mudah untuk cari pengganti yang betul2 inginkan kita.