Kongsi Masalah Percintaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cinta…Mungkin memberikan seribu kenangan manis dan mungkin juga meninggalkan kenangan pahit. Cinta ini merupakan perasaan yang hampir setiap orang wajib melaluinya kerana ia adalah salah satu komponen hidup seorang manusia. Namun demikian, oleh kerana ramai yang melalui kisah cinta ini, ramai juga yang mempunyai cerita dan kisah tersendiri yang boleh dikongsikan.

Sekiranya ada antara kita ingin berkongsi kesedihan hatinya berkaitan percintaan, bolehlah berkongsi diruangan dibawah. Saya dengan rela hati ingin membantu anda.. ( Pastikan anda menggunakan nama samaran/palsu apabila menghantar perkongsian anda ) pengguna lain digalakkan turut sama berkongsi idea.. TQ..

46 thoughts on “Kongsi Masalah Percintaan

  1. Assalamualaikum
    Saya nak mintak pendapat dengan tuan..

    Saya berumur 22 dan tengah bercinta dengan lelaki duda anak 1. Semasa dia bekerja dulu di pelantar minyak die selalu whatsapp saya sehinggakan saya yg sibuk bekerja tidak sempat reply. Tetapi saya akan cari masa untuk reply dia punya whatsapp..
    Tetapi sekarang bila dia tiba di darat, dia macam tiada masa dengan saya langsung alasan yang dia selalu bagi ialah dia keluar lepak dengan kawan kawan.
    Saya pernah bertanya dengan dia adakah dia serius dlm hubungan saya dengan dia. Dia menjawab dia serius dan tidak pernah main main dan dia menjawab dia busy sikit sehinggakan tiada masa untuk chat sepatah kata dengan saya.
    Saya faham bila dia di laut sana dia kurang berkawan dan merasa terperap dan bila dia balik di darat dia nak meluangkan masa dengan kawan dia tetapi sampai tiada whatsapp sepatah kata.
    Bagi pihak tuan, adakah saya dipermainkan atau diuji kesabaran saya..
    Saya seorang yang cepat melenting tapi dengan dia saya selalu bersabar ..
    Apakah yang patut saya buat dalam situasi begini.

    1. Waalaikumussalam, banyak perkara perlu diteroka kalau kes macam ni. status duda itu adakah kematian isteri atau perceraian? dari cerita yang ditulis nampak ada sesuatu yang perlu di ambil serius untuk mengekalkan hubungan. Mungkin perlu lebih pemantauan aktiviti di darat teman lelaki melalui rakan atau kenalan dapat memberi sedikit kelegaan dan hal sebenar. Walauapapun yang terjadi, pastikan saudari lebih tenang dan percaya pada rezeki dan ketentuan maha pencipta.

  2. Assalamualaikum.

    Encik Fiziesss. Apa khabar? Moga encik sihat.

    Saya Fizah, 27 tahun.

    Minta maaf, saya perlukan bantuan tentang masalah saya dengan teman lelaki saya.
    Seumur hidup saya, ini pertama kali saya didalam hubungan cinta. Sejak saya dilahirkan hingga tahun 2013, akhirnya saya “ada yang suka”.

    Saya ceritakan dari mula.

    Kami berkenalan pada tahun 2011 di laman sosial. Selepas 6 bulan berkenalan, kami mula masing2 jatuh cinta. Tetapi, malangnya, teman lelaki saya tiba-tiba MENOLAK cinta saya atas sebab dia sebenarnya masih belum bersedia dan masih teringatkan bekas kekasihnya kerana dia sangat mencintai bekas kekasihnya. Teman lelaki saya cakap, semasa dia mengenali saya, dia adakala terbuai, terbayangkan saya ini adalah bekas kekasihnya. Pada masa itu saya amat kecewa, remuk hati saya kerana dia seakan-akan pura-pura mencintai saya. Kemudian kami lost contact beberapa tahun.

    Pada tahun 2013, saya menghubungi dia semula kerana saya tidak mahu putuskan persahabatan kami dan kami berkawan seperti biasa. Makin lama, makin jatuh cinta semula. Pada Oktober 2013, dia mahu saya kembali padanya dan dia berjanji tidak akan ulangi perkara lalu. Saya mempercayai dia kerana, saya tahu, dia tidak ada kekasih semenjak dia putuskan saya dahulu. Dan, dia tahu hanya saya seorang sahaja yang betul2 menyayangi dia. Memang benar. Walaupun dia sudah kecewakan saya dahulu, rasa sayang saya pada dia tak pernah pudar. Saya berikan dia peluang kedua. Saya tidak fikir dua kali dan terus setuju untuk menjadi buah hatinya.

    Kini, Januari 2015, sudah 1 tahun 2 bulan kami bersama. Kami bahagia, tetapi seperti pasangan2 lain, kami ada juga bertengkar dan salah faham.

    Masalah saya sekarang ialah:

    1) Bekas kekasih teman lelaki saya datang semula dalam hidup dia. Saya sedikit cemburu kerana, disebabkan bekas kekasihnya dahulu, cinta saya ditolak. Kini, bekas kekasihnya kembali dan ingin bermesra dengan teman lelaki saya. Saya rasa sakit hati kerana, teman lelaki saya tidak terus terang pada saya yang dia berkawan semula dengan bekas kekasihnya. Saya tahu lebih awal sebelum dia beritahu saya. Seperti dia menyembunyikan sesuatu. Kami pernah bertengkar mengenai hal ini dan teman lelaki saya yakinkan saya bahawa dia dan bekas kekasihnya cuma berkawan. Tetapi, hati mana yang tidak cemburu, lagi2 saya pernah ditolak masa dulu kerana dia masih terlalu sayangkan bekas kekasih dia.

    2) Setiap kali saya menceritakan masalah saya pada teman lelaki saya, reaksi yang diberikan olehnya adalah “HAHAHAHAHAH”. Dia tidak pernah memberikan kata-kata semangat kepada saya. Lainnya, dia cakap – “jangan nak mengada fikir masalah sgt, benda kecil, jangan nak dibesarkan”. Itu sahaja yang dia selalu katakan kepada saya. Saya pernah ada masalah berat di tempat kerja. Saya menceritakan pada dia sebab saya perlukan kata-kata semangat dari dia. Tetapi, dia hanya KETAWA. Saya bertanya, kenapa selalu gelak bila saya ceritakan masalah saya. Katanya – “you ni kelakar, masalah camtu pun nak pikir?”. Padahal masalah yang saya alami, agak berat dan buatkan saya susah untuk tidur.

    Untuk pengetahuan encik, saya pernah menjaga dia sepenuh hati saya. Saya sentiasa ada setiap kali dia ada masalah. Setiap kali dia bermasalah, saya selalu sabarkan dia. Ada satu masa, dia terlalu stress dengan pekerjaannya sehingga terpaksa berjumpa pakar psikiatri. Saya yang menjaga makan minum dia, saya yang memandu berulang alik menghantar dia berjumpa pakar psikiatri, saya selalu memberi semangat kepada dia supaya dia pulih.

    Tiba saya ada masalah, dia tidak peduli. Saya sekarang takut untuk meluahkan apa-apa masalah pada dia kerana setiap kali saya ceritakan pada dia, pada hujungnya saya yang dipersalahkan kerana saya salahkan dia sebab dia tidak mahu membantu saya. Saya pernah beri nasihat pada dia supaya berubah sedikit sikapnya. Jawapan yang dibalas olehnya -“I am who I am, this is me”.

    Saya amat sedih kenapa dia berkelakuan sebegini. Dia teman lelaki saya, saya rasa dia tidak patut buat saya macam ni. Tambah lagi, dia pernah lupa tentang tarikh penting seperti hari jadi saya dan hari ulang tahun cinta kami.

    Saya sentiasa ingat tarikh2 penting itu. Saya siap ambil cuti semata-mata nak meraikan hari jadi dia dan ulangtahun cinta kami. Tetapi dari dia untuk saya, belum pernah.

    Begitulah masalah saya encik. Saya letih bersabar dan buntu. Saya tidak mahu tinggalkan dia kerana semua ini. Saya betul2 sayangkan dia dan dengan harapan kami berkekalan.

    Saya mohon encik dapat berikan saya kata-kata yang boleh membangunkan semangat saya. Minta maaf ye sebab saya tak tahu nak luahkan masalah saya ini kepada siapa.

    Terima kasih.

  3. Hi assalamualaikum. Macam nama blog ni, cerita kekalahanku, aku dah lama tak rasa aku beigtu kalah dengan perasaan sendiri. Dan aku sendiri tak pasti apa kekalahan aku ini adalah sesuatu yang baik ataupun tidak.

    Berbulan-bulan aku mencari tempat meluahkan, dah aku ceritakan pada sahabat, dah aku adukan pada Dia, masih rasa terawang-awang. Masih tak mampu merendahkan tahap ketinggian harapan yang aku letak.

    Macam ni, aku sebenarnya tersangkut dalam satu situasi yang menghimpit aku. Aku kena; seorang lelaki ni masa zaman diploma. Asalnya aku kenal dia dari mulut-mulut orang yang bawa cerita buruk pasal dia, aku selalu sangat dengar perkara buruk mengenai dia tanpa aku kenal rupa dia pun. Sampailah masa semester dua, dia masuk kelas aku. Aku sebenarnya bukan jenis yang mudah didekati, lagi-lagi dengan dia yang aku dah ada prasangka buruk dari awal.

    Tapi dia ni, rajin kacau aku. Mungkin suka agaknya sekali-sekala jumpa perempuan yang tak gemarkan dia. Oh, dia ni boleh kata kaki perempuan jugaklah, mulut manis. Tak mampu aku nafikan. Sepanjang aku kenal dia, adalah tiga empat orang yang aku kenal yang dah jadi mangsa dia. Mungkin aku adalah mangsa seterusnya dia?

    Haha *gelak keluar air mata*

    Masa mula-mula rapat, dia suka kacau aku. Mana ada aku, situ ada dia. Pickup line dia, jangan ditanya la. Puas dah dapat. Kadang-kadang kalau aku dengan kawan-kawan aku lepak kat satu tempat nak buat assignment, and aku pergi tempat lain kejap, aku balik-balik dia dah ada dengan kawan-kawan aku. Nanti ada la suara-suara yang suruh aku layan dia, katanya sebab dia cari aku, nak kacau aku. Pernah sekali, dia tengah buat assignment dengan kawan-kawan dia, kebetulan aku lalu kat tempat diorang buat assignment tu, dia dari jauh nampak aku dah terjerit-jerit nama aku. Terus excited semacam aku tengok. Bayangkan, dari semester dua, sampai semester enam, itulah yang aku hadap. Dari satu semester ke satu semester, kitorang makin lama makin rapat. Makin lama, makin selesa, Makin lama, makin banyak aku dapat pickup line dia. And nak dijadikan cerita, ramai la kawan-kawan aku sendiri yang suka dia juga sebenarnya. Tapi aku macam sedar diri juga la, aku tak cantik. Mana mungkin orang hot macam dia sukakan aku. Banyak kali aku remind kawan-kawan aku, jangan risau, aku dengan dia takkan ada apa-apa.,..

    Paling klimaks, masam semester akhir, aku dengan dia memang dah kat tahap paling rapat. Sampaikan ada sorang kawan yang agak rapat dengan aku masa tu, dia suka juga dekat lelaki ni, aku rasa mata dia duk memerhati je aku dengan lelaki tu, tiba-tiba dia listkan apa yang lelaki tu dah buat untuk aku. Dan disudahi ucapannya dengan baris, “Aku rasa dia suka kau.”

    Tapi sumpah, berani aku katakan, sehingga ke tahap itu, aku masih belum terbeli dengan tingkah laku lelaki itu. Sedikit pun perasaan aku tidak terusik dengan segala apa yang telah dia lakukan. Kalau lelaki lain yang buat mungkin aku dah cair gila kot. Tapi sebab tu dia, aku memang malas nak ambil port.

    Sampailah lepas grad, aku masih lagi keep in touch dengan dia. Dia jadi tempat aku mengadu, aku dengar dia mengadu. Daripada seminggu sekali, perbualan kitorang jadi makin kerap sampai hari-hari. Kadang-kadang meleret ke pagi-pagi buta. Aku dengan dia selalu jumpa, kadang-kadang jumpa berdua, kadang-kadang jumpa dengan kawan-kawan diploma yang lain.

    Setiap kali jumpa, pasti ada benda yang dia buat yang akan buat hati aku terusik. Pernah sekali, kitorang bebrual pasal keluarga dia. Dia bercerita tentang keluarga besarnya, dia bagitahu dia mahu join keluarga besarnya, seseorang perempuan itu perlu pandai buat itu, buat ini. Aku mendengar, tak berani mencelah, dan tak faham kenapa apa motifnya semua itu diceritakan pada aku.

    Sepanjang perkenalan, dia sering menjaja bahawa sekiranya dia ada girlfriend satu hari nanti, dia akan lakukan surprise buat girlfriendnya. Dan mengenali dia, aku memang tahu dia ni memang jenis lelaki ego, tak suka tunjuk perasaan sebenar dia, setiap kali lepas dia open up maslaah dia kat aku, mesti dia akan cakap bear, seolah-olah dia bukan lelaki lemah. Sedangkan aku dah pernah nampak sisi paling lemah dia, Tapi sebab aku faham dia, aku tak kisah. Dia jugak pernah cakap dekat aku, dia sangatlah kedekut sampai dia taktahu kalau dia ada awek nanti macam mana.

    Selama ni, aku rasa mungkin apa yang aku rasa hanyalah mainan perasaan aku sendiri. Mungkin aku yang melebih-lebih dalam mentafsir layanan dia pada aku. Sampailah bula lepas, harijadi aku. Dia datang dari jauh ke kampus aku, untuk buat surprise. Perkara pertama yang dia cakap kat aku masa kitorang jumpa, dia kata dia sengaja tak wish birthday aku pada malam sebelumnya, dan katanya lagi, kan dah cukup sweet dia datang celebrate ni.

    Lebih mengejutkan bila aku dapat tahu, dia yang berhubung dengan kawan-kawan aku untuk buat suprise ke aku. Pelik, selama ni kalau ada apa-apa nak keluar ke apa, aku yang akan deal dengan dia. Dan hanya aku je yang tahu macam mana susahnya nak deal dengan dia. SUSAH! Sebab selalunya, dia ni, kalau tak diajak, jangan harap dia nak ada inisiatif sendiri.

    Pernah sekali dia mesej aku, ajak aku keluar berdua, tapi mungkin Allah nak pelihara kitorang, aku tak ada dalam kawasan untuk kitorang berjumpa. Dua puluh hari lepas hari lahir aku, aku dengan dia jumpa lagi. Kali ni, kitorang jumpa berdua sebab plan last minute. Sekali lagi dia kejutkan aku dengan hadiah tudung. Aku taktahu nak tafsir segala tindak tanduk dia ni macam mana. Mungkin ke dia memang niat nak kasi hadiah kat aku tu sebab aku hanya kawan? Atau memang ada makna lain?

    Aku berkawan rapat dengan soerang bekas kekasih dia. Dan bekas kekasih dia menyedari situasi aku dan dia, masuk kali ini, sudah dua kali bekas kekasih dia tu bagitahu aku, “aku rasa dia suka kau.”

    Bila aku tanya kenapa dia cakap macam tu, jawab dia, sebab cara lelaki tu layan aku, cara lelaki tu pandang aku. Aku taktahu apa perasaan aku sebenarnya pada dia, tapi setiap kali aku dapat lihat dia depan mata aku, aku rasa lega, rasa selamat.

    Apa pendapat korang pasal aku dengan lelaki ni? Masuk tahun ni dah dekat tiga tahun aku rapat dengan dia. dalam sedar tak sedar dah dekat tiga tahun kitorang bina hubungan rapat. Dah macam-macam kitorang share sama-sama, lalui sama-sama, dah macam-macam yang dia lakukan yang kawan-kawan aku kata itu hint bahawa dia berminat dengan aku.

    Tapi aku sering mengingatkan diri sendiri, dia seorang lelaki yang bermulut manis. Kaki perempuan. Bagaimana mungkin lelaki rebutan perempuan menyukai perempuan seperti aku? Bagaimana aku boleh terfikir yang dia punya perasaan terhadap aku? Entah-entah layanan dia terhadap aku hanyalah layanan soerang kawan terhadap kawan.

    Korang rasa macam mana?

    1. Waalaikumussalam nampaknya seperti saudari mula menaruh hati dengan lelaki tu.. saudari tertarik sebab jangkamasa lama saudari beri hampir 3 tahun utk perkenalan. Jika diberi masa lagi mungkin lepas ini saudari tidak nampak lagi kelemahan lelaki tersebut. Mungkin lepas ini saudari akan menutup terus mata dari memandang aspek negatif lelaki tu. Saya tak pasti macam mana lelaki tu, tapi dari tanda-tandanya ada sesuatu negatif dalam dirinya. Namun demikian, kita tidak boleh buat kesimpulan cepat untuk menilai orang. Apa yang perlu kita buat adalah mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan lelaki tersebut sebelum menerima hubungan yang lebih rapat. Bagaimana mendapat maklumat tersebut? saudari ada sebutkan lelaki tersebut ‘ kaki perempuan ‘ itu adalah kelemahan dia dan saudari boleh gunakan dengan berhubung terus dengan bekas-bekas kekasihnya dan bertanyakan tentang dia serta kenapa perempuan itu berpisah dengannya. selain itu saudari boleh mendapatkan tren berkawan lelaki tersebut dari perempuan-perempuan yang dia singgah sebelum ini. jika semuanya positif atau ada sebab munasabah ia adalah posistif. Jika khabarnya banyak perkara mendukacitakan maka ia adalah negatif. Ingatan saya, janganlah menilai/ termakan dengan kata-kata atau kekerapan bertemu, kerana ia boleh menggangu penilaian saudari. Setelah saudari betul-betul selidik barulah saudari membuat keputusan, boleh jadi ia baik , boleh jadi ia hanya ingin ambil kesempatan. Sebenarnya keputusan yang baik adalah berdasarkan fakta, bukti dan ciri-ciri, barulah keputusan yang dibuat tidak akan menyesal suatu hari nanti.

  4. assalamualaikum…
    saya nak tanya pendapat mengenai masalah saya. saya baru berumur 19 tahun dan saya bercinta dengan lelaki yang berumur 31. lelaki itu telah pun berkahwin. saya dalam dilema sama ada saya patut terus kan hubungan ini atau tidak. isteri dia sudah pun mengetahui mengenai hubungan kami. isteri dia telah minta saya berjumpa dengannya untuk berbincang. isteri dia memberitahu bahawa suami nya hendak ceraikan nya atas sebab untuk menikahi saya.
    saya betul-betul buntu dengan keadaan ini. saya harap sudilah bantu saya.

  5. assalamualaikum, sy cuma ingin kongsikan pengalaman sekadar utk pengajaran…
    bismillah…
    masa tu tngh exam SPM, then tamat prsekolahan form5, terasa sunyi n rsa nk ad kwn utk wt peneman n kwn pun cuba knlkn ngan abg angkt dy, dy kta abg angkt dy ny baek orgnya so sy cuba utk mngenalinya… kenal punya kenal dy nyatakan yg dy sukakan sy dan kami rncang utk nikah then dy akn bg sy smbung blaja blk. sy just stuju sb bg sy lau org btl2 ikhlas sy trima. kitorang ok xde masalah sepanjg perkenalan TAPI jeng3….ny part yg agk menarik bg sy,

    one day dy tersalah send no d fon sy n sy pom tergerak hti nk col pemilik no tu. bila col rupa2nya masyaAllah isteri dy rupanya, terkejut den !!! hati memg sedih n terkejut sngt2 msa tu sb kitorang dh rncg nk kwin kot! then sembang2 lar ngan wife dy ap semua n dy dh ad 3 ORANG ANAK!!! ya Allah sakit ny hanya Allah je yg tahu. slama ny dy dh tipu sy n wife dy tp ad baeknya Allah wt cm2 at least sy xsempat sy kwin dgn dy. bila fikir2 blik ad hikmah d sebalik semua tu, alhamdulillah… pergilah derita ini..

    pengajarannya: dont easily trust man …

    1. Waalaikumussalam.. tahniah.. mesti fatimah ni jenis yang bijak bercinta..tidak taksub dengan emosi dan boleh mengawal emosi, setengah org tu bila dah bercinta terus buta.. bukan semua lelaki tidak boleh dipercayai..cuma betul lah kata fatimah, jangan mudah sangat percaya dengan lelaki.. tapi kalau terlalu tidak percaya pun masalah.. 🙂

  6. Assalamualaikum…
    Saya nak minta pendapat bagaimana nak menerima dan memberi kemaafan dengan ikhlas? saya telah berkahwin 9 tahun dan di kurniakan 2 org anak… Sepanjang bercinta (7 thn sblm kahwin) suami saya mmg sorg yg baik, penyayng dan bg saya saya sgt bertuah menjadi isterinya… semua kenalan pun ckp mcm tu.. saya sygkan dia sehingga sanggup bkorban apa shj.. hidup kami tidaklah mewah tp boleh di katakan agak selesa…saya tidak pernah bkira membantu dia dlm perbelanjaan rumah. terus terang ruamh, kereta dan pbelanjaan anak2 saya yg tanggung… sbb saya tahu dgn kemampuan gajinya yg kurang berbanding gaji saya.. saya sanggup bekerja lebih masa utk membantunya… sehinggalah dia telah berjyaya di nakikkan pangkat dan di hantar ke lain daerah… pd mulanya saya tak kisah ikut berpindah dgn alasan dia menyewa bsama kwn2 yg lain dan itu dpt menjimatkan kos..saya yakin dan percaya sepenuhnya…suatu hari saya beri kejutan dgn dtg ke tempatnya…terasa ada yg berubah, dan semasa dia sdg mandi hati saya tergerak utk melihat dan membaca hpnya… Bagaikan gugur jantung saya bila membaca sms dr sorg ppuan yg begitu mesra sekali…siap dgn panggilan syg…saya sedih dan terus menangis.. dia agak terkejut dan saya terus betanya kenapa dia sanggup buat mcm gitu pada saya, sdgkan saya bersusah payah menjaga anak2 dan bkorban segalanya utk dia…dia kata hanya kenalan dan meminta maaf dan berjanji akan tidak akan hubungi perempuan itu lagi… mungkin kerana syg, saya maafkan dia…tp hati saya tidak tenteram, suatu hari saya dail no hp perempuan tu dan bertanyakan hal sebenar… lagi terkejut bila ppuan tu kata suami saya x pernah mengaku dia sdh berkahwin sbb tu dia pun rapatkan diri…saya sakit hati kerana merasa suami tidak menghormati perkahwinan kami sehingga dia sanggup mengatakan dirinya belum berpunya…. sekali lagi suami meminta maaf dan merayu kepada saya… perkara ni sdh hampir 5 bulan berlalu, tetapi hati saya tidak pernah tenteram… kepercayaan saya sdh hilang dan kadang2 emosi saya berubah tiba2… saya tidak boleh lupakan apa yg dia telah lakukan… yang menyakitkan hati saya masih sayangkan dia tp dlm masa yg sama benci dgn perbuatannya…tolong saya bagaimana nak tenteramkan jiwa saya… kdg dlm tidur, solat saya menangis bila terkenang peristiwa itu…

    1. Waalaikumussalam.. masa akan menentukan kebenarannya..kadangkala kita perlu banyak bersabar.. mungkin hari ini ia makin rumit atau dah diselesaikan. Cuba banyak berbincang dan mencari punca masalah sebenar.. InsyaAllah akan dapat diselesaikan. Jangan lupa juga berbincang dengan baik dengan pihak ke tiga tu.. mungkin ada penyelesaiannya.

  7. saya minta pendapat seseorang knp setiap org yg kita syg sngaja tinggalkan kita…dan knp kebanyakan perempuan agak sukar untuk d pujuk…tolong bagi pendapat..

    1. kalau bab ni banyak faktornya..kdg2 dia tinggalkan sbb xselesa atau tidak memenuhi impian mereka..ada juga yang beralih arah kepada teman lain..bab pujuk pula mmg gitulah perempuan ni, kadangkala merajuk cara positif ialah nakkan kita memujuknya.. tapi jika negatifnya memang nak menjauhkan diri dari kita.. apa2 pun jangan lah perlu bimbang sangat..cuba kenalpasti dulu kenapa terjaninya semua ini.. fikir masa tenang dan kalau boleh jgn dipengaruhi sebarang perasaan.. InsyaAllah nanti ada jalan terbaik apabila fikiran dah tenang..

  8. salam…saya ada satu masalah n saya mohon nasihat2 yg berguna dr sesiapa…awal tahun ny ada sorang budak laki baru pindah ke skolah saya dan boleh dikatakan dia agak hensem…dari cara dia sya dpt agak dia ny xlyn prmpuan…mgkin sb malu…lgpun sblum ny dya sekolah islah…tp dia pindah ke sekolah sya selama sebulan je seblum dpt twrn ke skolah di taiping…sjujurnya sya minat dgn perwatakan dia…lpaas dia dh pindah sya cuba chat dgn dia kt fb..rupa2 nya sebulum ny pun kami penah jumpa…time kem cuti taun lepas..mmg xsangka…dia pnah nmpk sya di kem 2 tp sya xperasan dia…then kami bertukar 6be…sejak dri 2 kami selalu sms,kongsi masalah,cter psl msg2..makin lama sya makin minat dia sb dia take care sngt pasl sya..unfortunately…dia thu perasaan saya kt dia n dia kta dia nk study dlu…xnk kapel2…sya xksah wlupun agak kecewa sb saya thu dia 2 bkan calang2 org untk dibuat bf…then hbugn kami makin lama makin rapt….1 ary 2 dia ckp dia nk amik sya jd adik angkat dia eventhough kami sama umo…tp sya kurang matang skit dri dia…so sya stuju je la….agak lama jgak hbugn kami sbagai adik n abg angkat ny…kira2 7 bulan…sepanjang tempoh 7 bulan 2 dia buat hidup sya terlalu gembira…tp dlm tempoh 7 bulan tu jgak bnyak maslh yg saya hdpi…dia ckp dia mula syg sya,minat saya n harp hbgan kmi berpanjangan tp kami xkapel..still lg status sbgai adik-abg…mmg bahagia sngt time 2…. smpailah stu malam 2 dia dia bgtau dia ada minat sorang prmpuan kt sek dia…tp spt yg sya katakan dia nk stdy dlu…..sya benci dia..dia tipu sya…sya ptuskan hbgan kami tp dia pujuk sya smpai lah sya bg dia 1 lgi peluang untuk tebus kesalahan dia…tp xsmpai sbulan sya dpt tau lagi yg dia tipu sya lagi…hati mana xsakit…2 kali ditipu…dia jelas kt sya yg dia xsengaja nk tipu sya…sya geram sngt ngan dia…rsa mcm dipermainkan…kitaa dh percaya kt dia,dia buat kita mcm ny plak…sya xksah kalau dia xnk kapel or suka or minat sya…mmg sya xksah..tpi apa yg sya kcewa sb dia tipu sya…sya cukup pntang kalau org 2 ckp dia xsuka ditipu dn menipu tp dia buat…apa 2..???knapa msty putar belitkan cter…smpai skarang sya frust dgn perangai dia…btol2 kecewa..sya xpsti sma ada keadaan 2 menyebabkan result exam sya menurun @ sb sya malas study..mmg exam kali ny sya xstudy sngt sb bru abis exam mid year 2 mggu paz 2 exam lg…tension2…adakah suma 2 silap sya…sb sya terlalu ikut perasaan..kalau btol silap sya,sya mohon sngat bantuan…

    1. Salam..huhu..pening jugak sy baca tulisan shila..hehe..biasalah, kadangkala kita tak perlu percaya bulat2 dekat lelaki yang kita kenal, kadangkala ada yag sengaja berkawan untuk dapat rasa dirinya berharga mempunyai wanita lain. Jika peluang telah diberi dan masih juga berulang, rasanya tidak perlulah saudari letakkan diri ssaudari dalam risiko. Bertindaklah rasional bahawa ada ramai lagi lelaki yang sesuai dengan saudari. Ingatlah mungkin dia tidak sesuai deng saudari. Sebagai perempuan seharusnya belajar untuk lebih kuat walaupun tanpa insan yang kita sayang. Hal ini kerana jika saudari berjaya meningkatkan harga diri, lebih ramai lagi yang akan meminati saudari nanti..

  9. Saya berkawan dengan K selama 5tahun. Kami bersahabat baik walau berlainan agama sehinggalah dia berkahwin baru-baru ini. Saya menghadiri majlis perkahwinan dia dan gembira dengan perkahwinan dia. Kami masih bersahabat baik tetapi isterinya sangat cemburu dengan perhubungan kami. Setelah terjadinya pergaduhan besar antara K dgn isterinya, 2 bulan K tidak menghubungi saya. Sepanjang tempoh itu saya sangat sedih dan sunyi. Saya selalu memujuk hati saya supaya tidak mengganggu rumahtangganya. Selepas 2 bulan dia secara sembunyi telah menghubungi saya dan menceritakan masalahnya kepada saya dan mengkhabarkan berita bahawa dia akan menjadi seorang bapa. Pada ketika itulah konflik saya bermula. Hati saya rasa sangat sakit. Saya sepatutnya gembira untuknya. Saya jadi murung. Saya sendiri tidak faham dengan diri saya. Kenapa saya perlu cemburu, dia hanya kawan saya. Saya sepatutnya gembira bila dia bahagia.

    1. ummm.. entahlah..dari cerita, kenapa pula rasa sakit hati bila ia menjadi bapa? mungkin salmah ada menyimpan sedikit rasa lebih dari rasa sebagai kawan terhadap dia.. perlu untuk salmah belajar menjarakkan diri darinya buat sementara ini kerana mungkin ia masih panas. jika berkawan tidak ada masalah, cuma perlu berjaga-jaga supaya tidak menimbulkan syak wasangka sehingga boleh timbul sesuatu yg tidak disangka nanti..

  10. salam..wow SAHABAT terer glew SPM..even dw msalah cm tuwh?huhuhu..sye rasa lebh smangt tok teroskn khdpn..cz sye jgak bwu ptoz cnta..

  11. salam.
    kadang2 saye cemburu tengok kawan ad gf,
    saye ni xpena ad gf,, mungkin salah sy sbb trlalu memilih ,,tp bile difikirkan,perlukah bercinta semasa belajar?
    sbb sy xpnah brcinta ,sy takut org yg sy cintai tu bukan jodoh sy 🙁 ..

    1. Salam..kajian sy sebelum ini..ramai juga bercinta ikut2 seperti rakan..adakah kita senang dipengaruhi oleh persekitaran? adalah lebih baik jika kita dapat mengawal perasaan cinta kita..bercinta ketika belajar ada baik dan buruknya..tetapi jika campurkan pelajaran dengan aspek2 emosi dah tentu akan menggangu pelajaran..

  12. hai, apa khabar buat pembaca-pembaca di ruangan ini, saya harap saudara dan saudari di rahmati semua 🙂
    Saya ini ingin berkongsikan 1 masalah percintaan dalam hidup saya, sejak saya berumur 19 tahun adalah saya mula mengenali cinta, ianya sungguh pantas berlaku dalam hidup saya (cinta pandang pertama lah katakan) tapi kami tak di takdirkan untuk bersama apabila seminggu kemudian setelah saya mengenali dirinya, dia sudah pon bertunang T_T
    Kemudian setelah saya selesaikan pengajian peringkat sijil di ILP, saya teruskan pegajian diploma di ILP yang lain pula, kemudian saya tak lama kemudian , saya jatuh hati pada N, dia seorang peramah dan kami sama2 sekelas, tapi malangnya apabila saya berterus-terang perasaan saya pada dirinya, dia terus saja menolak cinta saya, selama 3 bulan lebih; saya tak mampu untuk berbicara bersamanya sebagai kawan biasa kerana emosi saya tak stabil, pada masa itu agak lama perlu menerima kenyataan yang menyakitkan T_T
    sepanjang awal semester 1 saya sebukan aktiviti seperti persatuan bola jaring dan menjadi AJK dalam MPP( majlis pewakilan Pelajar/pelatih) …., setelah semester pertengahan 2, saya jatuh hati lagi pada budak sekelas sekali lagi biarlah saya gelarkan dia D, D dia pernah menjadi jounior di ILP dalam krusus sijil lagi; tak sangka saya akan jatuh hati pada dirinya setelah kami sambung belajar di ILP yang lain bersama2 dalam jurusan yang sama tahap diploma, tetapi akibat dari pengalaman yang terdahulu kali ini saya tak berani meluahkan rasa hati, takut sangat di tolak mentah2 cinta saya padanya, akibat itu tak berapa lama kemudian setelah semester kemudian, dia berjumpa 1 gadis dari jurusan yang lain dan bercinta dengannya T_T
    Dalam kesedihan yang sungguh menyakitkan, saya cuba memaksa hati saya sukakan pada seorang jejaka yang dari bidang IT pula, dia juga salah 1 ahli AJK dalam MPP, dia selama ini adalah seorang lelaki contoh saya untuk di jadikan suami ~///~
    Setelah D bercinta yang lain saya cuba membuka hati saya pada lelaki yang saya gelarkan si H.
    H adalah lelaki yang kerap saya jumpa pada semester itu kerana kami sama2 kuat bergiat dalam aktiviti2 MPP. dan semester itu adalah semester H yang terakhir & akan menamatkan sijilnya. pada 2 bulan akhir semester itu, saya meluahkan rasa hati saya melalui puisi yang saya karangkan sendiri untuk luahkan cinta saya pada dirinya (pada masa ini saya benar2 sudah rasakan cinta sudah berputik dalam diri saya kepada H ) . malangnya setelah saya menghantarkan puisi itu, pada lewat petang kemudian (selesai kuliah) dia berjumpa dengan saya dan mengatakan dirinya tak mampu menerima cinta saya kerana diri saya terlalu baik untuk dirinya …., sebaik saja saya dengar kata2 nya itu hati saya menjerit ” kalau saya ini baik, kenapa kamu tak nak terima cinta saya? , pastinya ada yang tak kena dengan diri saya yang awak tak nak cinta dengan saya? ” , tapi apakan daya, saya pada saat tu hanya mampu terus turun tangga laju2 dan pulang ke asrama T_T
    keesokan harinya, saya rasakan betapa kuat nya kesakitan dan kekosongan dalam hidup saya, saya kemudiannya sebukan diri saya dalam pelajaran, dalam persatuan; malahan di asrama juga saya cuba kumpulkan beberapa teman2 saya yang rapat untuk adakan tarian arobick pada waktu malam di bilik asrama, saya buat pelbagai pekara untuk hilangkan rasa kosongan ini, pada mulanya saya berjaya, malahan saya jadi kepenatan kerana agak memaksa diri, tapi dalam beberapa bulan kemudian saya rasa sungguh kosong dan sunyi kembali dalam hidup ini….setiap hari minggu saya tenggok ramai teman2 saya keluar bersama2 kekasih mereka, makan di Cafe bersama2, ke kuliah bersama2, ini menjadikan saya hingga terpikir adakah hidup saya ini di takdirkan bersendirian apabila ramai kawan2 kerap tegur saya makan di cafe sorang2, keluar ke pekan sorang2, jalan sorang2, entahlah…. 🙁
    saya cuba cekalkan diri untuk hidup kesorangan dan tumpukan dalam pelajaran, alhamdulilah, saya akhirnya berjaya tamatkan tahap 4 saya dengan keputusan yang cermerlang.
    di pendekkan cerita, saya kerja sementara di sebuah kedai cyber cafe. di sana saya berkenalan dengan seorang jejaka yang saya gelarkan F. F adalah lelaki yang pintar dalam computer, kepintaran nya membuatkan saya akhirnya tertarik ingin mengenali dirinya lagi, dia pada ketika itu baru berumur 18 tahun, beberapa tahun muda dari saya, tapi gayanya dan pemikirannya sungguh matang…, setelah 3 bulan berkenalan, saya akhirnya mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hati kepada nya, malangnya dia menolak cinta saya dengan alasan dia mahu sambung belajar lagi, sekali lagi saya terpaksa menelan kesakitan ini sekali lagi…, kemudian setelah beberapa bulan dia berhenti kerja (kerana menerima tawaran ke IPTS) hidup saya sekali lagi terasa sungguh derita, setiap hari bila pagi, saya buka mata saja saya terasa tak semangat , rasa nak mati saja lebih baik dari hidup. setiap ruang dan sudut di kedai itu membuat kan saya teringat diri nya. akhirnya atas tekanan dan kemurungan yang saya alami, saya akhirnya saya berhenti kerja di situ.
    saya cuba berhijrah diri saya di KL untuk mengubah nasib hidup saya dengan mengambil krusus keusahawan selama 6 bulan…, sepanjang krusus itu saya fokuskan diri saya untuk meningkatkan diri saya dalam ilmu perniagaan. tapi malangnya setelah 6 bulan berlalu, setelah tamatnya krusus itu ibu bapa saya tidak memberi restu saya untuk menetap di KL, katanya mereka bimbangkan sosial di KL akan mempengaruhi diri saya, jadi saya akur dan pulang semula ke kampung, di kampung, adalah sukar sekali untuk saya mencari perkerjaan dengan jenis diploma saya, akhirnya pada awal tahun ini, saya berjaya jugak dapat 1 perkerjaan, syukur alhamdulilah
    pada pertengahan bulan januari saya berjumpa dengan A. kami berjumpa di 1 vitrual game online, namanya Ameba pico gamenya, di situlah sesuatu yang baru berlaku dalam hidup saya, A pada asalnya hanya teman biasa dari Riau, indonesia. setelah berkenalan pada 14/2/2011, A meminta saya untuk menjadi pacarnya, bukan pacarnya di game atau di FB sahaja, tapi di dunia realiti jugak, saya pada masa itu sungguh terkejut dan rasa sungguh terharu, namun saya kerap teringat jugak isu2 dan kes2 lelaki indo yang larikan wanita dari malaysia di muka2 suratkabar.
    jadi sepanjang masa pekenalan kami saya secara rahsia banyak kali jugak saya uji A untuk mengenali isi hatinya, alhamdulilah, sehingga kini dia seorang jejaka yang ikhlas cintakan diri saya, cuma sepanjang perkenalan dengan dirinya, saya baru lah mengetahui dia dari keluarga yang susah, ayahnya pernah bankrap dari perniagaan menjahit baju, kini ayahnya menjadi pemandu sejenis kenderaan (lebih kurang macam teksi lah), malahan rupanya jugak hitam dan tak kacak , dan A pernah mengalami kemalangan kenderaan (dia dilanggar hingga tangan kanan nya terpaksa di potong) semasa dia berumur 15 tahun.
    dia pernah memberi saya peluang untuk memutuskan perhubungan ini kerana dia rasa tak mampu untuk buat saya bahagia, tapi secara jujurnya saya telah lama pon terima dirinya seada-adanya, tidak kiralah dia cacat ataupon miskin. cuma kini 1 masalah yang paling BESAR ialah bagaimana kami hendak mendapatkan restu dari ibu dan ayah saya, terutamanya ayah saya yang tegas (degil) dan pemilih tu…., saya pernah pujuk A tinggal sama2 di malaysia, tapi katanya taraf hidup di sini amat tinggi,tapi tentang isu ini masih lagi kami tak dapat kata sepakat, akan kami kemudiannya berbincang nanti…owh saya terlupa mahu katakan, Arif pernah minta saya tempoh 2 tahun lagi untuk dia genap berumur 20 tahun, barulah kami sama2 iktiar kan bersama2 untuk mencari terbaik jalan untuk bernikah…., entahlah, adakah ini salah satunya tanda2 dalam hidup saya sememangnya sukar bertemu jodoh?
    bagaimanakah caranya yang betul dan terbaik untuk buatkan ibu bapa saya nanti dapat menerima dan merestui A sebagai menantu mereka? bagaimana cara yang “halal” untuk warga dari luar dari malaysia untuk menetap di malaysia? saya tak pandai dalam sistem undang2 kerwarganegaraan ini, tapi yang paling penting, bagaimana saya hendak memberi tahu kepada ayah saya tentang cinta saya pada A ? dan bagaimana buat kan kami berjaya dapat restu dari mereka?
    tolonglah…, saya sudah buntu….. saya sudah 28, tak mahu hidup patah hati sekali lagi, hidup ini sungguh tersiksa tanpa A 😥

    1. Salam..panjang sungguh luahan saudari aiza, dari luahan yang diberi dapat saya rumuskan satu perkataan untuk aiza..iaitu ” Kesunyian “.
      Satu kenyataan dan rasa hati yang aiza sedang alami sekarang setelah beberapa kali ditolak cinta oleh lelaki-lelaki.Untuk mengubati kesunyian itu terlebih dahulu saya nayatakan faktor penggalak aiza jadi begitu..Kemungkinan aiza ada kaitan masa lampau diasuh dalam hidup terkongkong, ada salah satu ahli keluarga yang selalu marah-marah pada aiza, aiza rasa ada kekurangan pada fizikal dan perilaku aiza dan tidak ramai adik beradik terutama adik beradik perempuan dalam keluarga. Jika yang saya nyatakan tadi hampir 80% tepat maka saya dah boleh agak kenapa aiza bermasalah sekarang. :smirk:
      Kisah ditolak ramai lelaki, pengalaman ditolak lelaki memang menyakitkan ditambah lagi jika ia berulang. Mungkin itu juga membuatkan aiza rasa diri kurang beharga..Tapi aiza kne ingat betul ke tanggapan aiza begitu? Jika ramai orang masih boleh menjadi rakan kita paling tidak pun adik beradik dan keluarga yang baik dengan kita seharusnya aiza fikir aiza sebenarnya wanita bertuah. :rotfl:
      Memilih pasangan, memilih pasangan bukanlah sesuatu yang mudah, terlebih dahulu aiza perlu bertenang dan cuba memikirkan tentang masa depan. Pemikiran hebat ialah mampu berfikir bukan sahaja sebelum,semasa..tetapi juga selepas sesuatu itu dibuat..Untuk membuat keputusan adakah aiza berfikir membayangkan keadaan aiza bila aiza tua nanti? apabila aiza nak melahirkan anak dan mempunyai anak? Bagaimana pula dengan rumah dan kegembiraan anak2 aiza nanti?bagaimana pendidikan anak-anak? ?:-)Mereka dilahirkan dengan gembiranya didunia..tetapi cukup sedih jika dia dihidangkan dengan kesedihan. Siapa yang patut menyediakan kegembiraan pada mereka? ?:-) Kesian mereka, mereka tidak bersalah. Siapakah kita untuk merampas kegembiraan masa depan mereka oleh kerana kesilapan kita membuat pilihan.
      Jodoh dengan lelaki yang diingini, bagi saya tidak melarang dan tidak juga menggalakkan dalam keputusan aiza dengan lelaki bekenaan. Tetapi aiza harus berfikir sebaiknya untuk membuat keputusan. bila nak buat keputusan janganlan mengikut diri sahaja, fikirkanlah juga pada anak aiza nanti. Mereka merupakan tanggungjawab aiza. :-((
      Mungkin juga meneruskan hubungan dengan lelaki tadi tidak ada masalah, jika aiza terlebih dahulu fikirkan tentang cara mengatasi masalah-masalah utama dan besar termasuk masa depan anak. Jika aiza tidak boleh merancang sekarang masalah-masalah tu, pastinya ia akan menjadi satu keputusan yang memahitkan. Jika segala kelemahan dapat aiza rancang dan tangani nanti..baguslah..mungkin ia dapat menghidangkan berita gembira nanti. 😎
      Untuk membuat keputusan terlebih dahulu kita kena tahu dan buatkan diri kita tidak dipengaruhi emosi, kalau boleh jangan jadikan pengalaman lalu mempengaruhi keputusan yang aiza buat sekarang. Seterusnya aiza kena senaraikan kebaikan dan keburukan aiza buat keputusan tersebut. Jika banyak kelemahan dari keburukan..saya pasti aiza pun tahu apa patut aiza buat. Islam pu tidak membenarkan umatnya membinasakan diri, bertindak kearah merosakkan diri. Islam juga ada menyatakan garis panduan untuk memilih suami.adakah aiza dah mengikutnya?
      Saya berminat dengan cara aiza menangani masalah ketika banyak kali ditinggalkan lelaki. Mungkin dari situ sebenarnya kekuatan aiza. Cubalah belajar dari kesemua ujian itu dan menjadi wanita yang lebih bersemangat dan “kuat”.
      Untuk kerakyatan itu bukan bidang saya untuk memperkatakannya, baik aiza berhubung dengan badan berkaitan. aiza..” Masa adalah penentu segalanya, jika kita tidak bertindak terburu-buru pasti ada jalan penyelesaiannya, dikala kekosongan menunggu masa alangkah indahnya kembali pada maha pencipta, diisi dengan zikir munajat untuk menjadi santapan hati dikala kesunyian, Apabila hati mula tenang..akan ada cahaya yang akan menyuluh..pada masa itulah tindakan tidak seperti disangka, kekuatan tidak seperti di rasakan kunjung tiba..maka kemanisan sebenar akan hakikatnya kunjung tiba ” Salam Ramadhan :rotfl:
      Mungkin ada pelawat xpresi lain yang nak tambah dan bantu sumbang idea?

      1. terima kasih kerana sudi memberikan pendapat encik, memang benar andaian encik tentang latar belakang saya, saya sentiasa di perhatikan dan di kawal oleh ibu dan ayah saya selama ini, dan saya akui saya memang ramai kawan2 tapi saya pada masa yang sama sukar mendapatkan sahabat yang rapat dengan diri ini. mengenai hubungan saya tentan si A itu, saya kini masih rasa berbelah bahagi untuk memutuskannya, kerana saya akui hati saya sudahpun sangat sayang pada dia, walaupun dia banyak kelemahan yang boleh membuatkan masa depan saya dan anak2 saya menjadi suram, tapi entahlah encik saya dah tak mampu lagi nak memulakan hidup yang baru tanpa A, dan saya tak tahu bagaimana untuk memutuskan hubungan ini dengan cara yang baik, lagipun hati saya masih mendalam sayang pada dia, entahlah encik, makin saya cuba pejam mata dan bayangkan hidup saya tanpa A makin makin sukar jadinya saya mahu pilih yang terbaik dalam hidup saya , rasa sayang ini dah makin menebal jadinya :-((

        1. susahnya mahu buat keputusan, adakah saya kini sudah buta?
          sudah tak mampu lagi hendak menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu intan?
          ada jugak teman2 di FB yang menyuruh saya cari lelaki yang lain, tapi pernah saya temui jejaka yang lain di tempat kerja, tapi saya tak suka kan dirinya kerana dia itu kelihatan miang, malahan jejaka yang lain juga kelihatan tidak menarik dari segi peribadian mereka…., saya rasa A tingkah laku dia lebih baik dari teman2 di tempat kerja…

          1. ” saya rasa A tingkah laku dia lebih baik dari teman2 di tempat kerja ” adakah hanya lelaki A shj yang terbaik untuk aiza? mungkin harini aiza tidak berjumapa yang baik bagaimana jika esok? aiza ni umur brape tahun? kalau umur masih muda dan miliki rupa paras yang menyejukkan hati rasanya takde masalah…

        2. Aiza, memang sukar jika nak buat keputusan..tetapi cuba aiza amati apa yang ajaran islam sarankan. Saya bukan ustaz, sy cuma seorang guru kaunseling, tapi saya rasa penting jika aiza amalkan apa yg disyariat oleh islam. Maksud sy termasuk jaga perlakuan, jangan dan tidak digalakkan selalu berjumpa dengan kekasih, kurangkan berhubung sebelum kahwin ( sms, Internet )..itu semua membuatkan fikiran dan tahap penilaian aiza makin kabur dipengaruhi oleh kisah2 manis yang tercipta semasa berhubung. Di kesempatan kesunyia tu mungkin diisi dengan sesuatu yang mampu tenangkan hati dengan perbuatan zikir, menduga fikiran dgn membaca al Quran, membantu ibu bapa, membuat kebajikan. Itu semua membuatkan hati aiza akan tenang dan gembira bila mendapat penghargaan dari orang lain dan paling tidak penghargaan dari diri sendiri akibat diri berjaya melawan dugaan dan kesusahan. Masa yang berlalu itu mungkin ada jalan penyelesaian akan hadir samaada terus bersama dengan si dia atau tidak. Jika selalu berjumpa dan berhubug bimbang ia akan sedikit sebanyak mampu mempengaruhi pertimbangan rasional aiza nanti..bimbang aiza nanti menjadi lemah, terikut2 dengan perasaan seterusnya buat keputusan yang tidak sepatutnya dan tidak mempunyai perancangan yang rapi..

  13. salam… 🙂
    sy da mslah mngenai diri sy n si dia..
    kmi stu institut,bkenalan melalui fb,dia pnah ckp yg diasgt2 nk btgur sapa gan sy cme kmi xda bnde yg ingin dibncangkan..stiap kali sy bsma dia walhal smase chatting..cm lirik lgu nie:-

    di sisimu ak tdiam sribu bhasa,
    di hatiku bergetar sehuta rasa
    nafasku thenti bila melihat drimu
    terasa pntas degupan jantungku
    mungkinkah hatimu milikku jua
    kusyg pdmu… 😉

    ermmm..pristiwa yg xleh sy lpekan lg ialah smasa sy tgah tnggu bas, wktu tu sy mngantuk sgt, tp bla sje sy nmpak dia n dia ters sapa sy, abis hlang mngantuk tu, sy jd bsmangat…adakah itu cnta???? ?:-)

    tp pada satu mlm, dia tnya sy “awk nie da pkwe blom??”sy ckp xda..
    n sy tnya dia mula, dia mgmbil mse yg lme tuk ungkapkan yg dia dah da buah hati… 🙁

    sy ckup pntang bla llaki yg pnyai kekasih msih lagi berkwn dgn org lain..sy kcewa sgt..so sy block dia dr jd kwn sy dlm fb…lst2 kali dia rem0ve sy dr fb.. :pain:

    sy xcntact dia p0n..xnmpk dia mse kuliah…skadar snyum n wat2 xnmpak bla tlihat dia..tp ati ni msih skit bla pk kn dia..

    sy pning gan diri sy nie..adakah sy yg bmasalah??sy xnk gnggu hbungan dia,sy tkut sy mharap dia, sy tkut dia akn jtuh cnta gan sy(hu3..)bodo kan sy..tp tu je sy nk jelaskan yg sy msih xbleh lpekan dia.. :thunder:

    pe yg bleh sy lkukan tuk lpekan dia?? :dog2:
    adkah sy perlu btrus trang sal prasaan sy nie?? :panda:
    (coz skit sgt memedam prasaan ini..tp bgaimana??malu lah sy kan)
    sy slalu berdoa yg sy harap dia lah jdoh sy..salahkah sy wat gtu?? n
    sy akn menunggu dia tp bla sy dh jupe mr.right sy, mse tu sy x akn time dia ag..slah ke??(biar pdan muke dia,,huk3)…

    nk tau x, sy da bca n0te dia kt fb..sy ase sal sy..bru sy tau yg dia da ati gan sy sjek dlu ag cme xdah jdoh tuk kmi n dia jupe bdak junior n then bru dpt dkat gan sy.. :brokenheart:

    YA ALLAH, ANDAI DIA JDOH KU ENGKAU PSAHKAN DIA GAN KEKASIH NYA ITU, DAN KALU DIA BKAN JDOH KU BAGIKAN DIA KEBAHAGIAAN BSAME JODOHNYA ITU, N TEMUIKAN AK GAN JDOH SBENARKU..AMIN :rainbow:

  14. sy suka mendekati lelaki…ttpi sy x suka melihat kali kedua lelaki yg gud looking….sbbb sy tkut jatuh cinta dgnya!!!!n tkut dia xbleh menerima kekurangan sy…tpi dlm hati menginginkan nya…smpai skrg sy selesa bergaul dgn lelaki yg ok2 je la…..adakah sy nnti ada peluang untuk mendekati mereka walaupun ats nama kawan baik????? 😕

    1. Boleh..tapi mestilah mengikut batasanya..nanti kalau sampai masa..cukup segalanya..dah bersedia segalanya..bolehlah mulai serius dlm percintaan ni..

  15. terima kasih fiziesss ,,, hakikat sbnar sy ni<<<——da lupakn laki 2 pon ! hehe,,kdg2 jer ingt mamat xgna 2,, haha ! xtau la,,, kdg2 sy da mcm ssh nk pcaya kn cinta , yelh laki skrg rmai yg xblh d pcyai<<<—-mksd d sni bkn suma laki ! hehe~~ apa2 pon trima ksih untuk suma nsht anda ,,
    wsalam..

    p/s : doakn kejayaan sy k,, sy bkal msuk matrik @ tgu kputusan upu utk u asasi sains hayat,,

    1. Syukur Alhamdulillah..inilah dia laman web..bukan sekali org baca dan doakan sahabat..berulang2 kali dan beribu2 kali org baca serta mendoakan..sama2 kita doakan rakan2 kita supaya hidup lebih ceria dan tenang..amin..

      1. salam,,,,fizesss sya btol2 buntu sma ada nk p matrik or u??? kalo matrik sya dpat kt pulau pinang dan kalo u plak sya dpt kt unimas <<<<—-umah plak kt kdah ! cmna ni??? matrik ngn u sy dpat 2 2 sains ,, matrik dpat sains,,, kalo u dapat wat asasi sains hayat,,

        MATRIKULASI
        takot nak masuk sbb rmai org ckap susah ! <<<<<—- sdangkan da besa susah2 time kat mrsm,,
        pastu plak rmai bdak non muslim! takot nk bersaing ngn dorng…
        rmai org ckap kt matrik ni kalo xscore nnt kna lelong! <<<<— tapi cam ada keyakinan blh score! sy pon xpasti! ad gak dgr org ckp cam senang jer??

        UNIMAS SARAWAK
        mmg laa sya minat! ada sedara kt sna!
        duit gna byk! sya bkn org sng! mak keja wat nasi lemak jer,,,,
        tapi ada org ckap wat asasi lg ok dri matrik??? cam na ni??
        tapi kalo wat asasi kat unimas suma bumiputra saja,,
        so sya ingat ni lg ok dri matrik??
        tapi cam jauh! byk duit nk kna gna! ermmm~~~~ buntu2!!

        masalah sekarang apa pandangan fiziesss ??? pls tolong!
        maaf tny kt tmpat kongsi masalah cinta.. hehe~~~

        1. salam..hehe..yer la..apasal hantar kat masalah pecintaan..kan ada sy buat tempat masalah kerjaya..hehe..tekejut jgk td..ting..ada sesuatu di masalah pecintaan..ingtkan ada lg yg problem cinta..hehe..ok…panjang2 tnya tu..rasanya sahabat lupa nak bagitahu cita2 sahabat..sebelum sy balas..bleh nyatakan 3 cita2/pekerjaan sahabat minat?..

          1. salam,,, saya pon xtau cita2 nk jadi ap???hehe~~~
            tp sya lbh minat bidang perubatan,,, but bkn nya nk jd doktor…pelik kn,,hehe~~

          2. hehe..mmg pelik sikit..hehe..tapi oklah..xberapa pelik..ish..sy pun dah jadi pelik.. ; ) ginilah..doktor xsemestinya doktor perubatan..dalam doktor perubatan tu sendiri pun ada bnyk lagi pecahan2 doktor tu sendiri..satu lagi doktor xsemestinya doktor manusia..doktor haiwan pun ada..pecahan doktor lain spt doktor gigi..n mcm2 lg..semuanya memerlukan sahabat mempunyai ilmu sains hayat..sains hayat tu termasuk pecahan2 dalam sub biologi termasuk tulang, sistem2 bdn n lain2 lagi..perlu juga tahu tindakbalas dan hasil enzim2, kesan ubat,termasuk cecair2 lain yg ilmu itu perlu belajar dari pecahan sub2 kimia. Jadi dimana boleh dapat tu semua? di matrikulasi dan semestinya asasi perubatan itu sendiri. Cuma bezanya asasi perubatan tu agak mudah utk sambung belajar kerana semasa belajar asasi matapelajarannya merupakan betul2 persediaan menjadi doktor..membuatkan pengambilan ijazah di universiti bekenaan lebih mudah dan terjamin. Jika dimatrikulasi perlu bersaing memohon di UPU nanti..hehe..

          3. Salam ramadhan all.. aslmkum.. & hye.. hurm. Kte nk tnye soaln skit nie. Hurm.. npe kkdg seorg tu sggup menipu & x ikhlas dlm phbngn yek?? Dia kte dia msih syg kt kte tp dlm diam.. dia da affair kt someone girl. Btpa luluh nye hati nie.. hnye ALLAH yg tau. Takpe.. maybe dugaan Allah nk tau btpe kuat nye iman kte. Tp.. kte slu ingt kt dia.. . mcm mne nk lnyapkn dia dr hdup kte nie????? Bantu lh… .

          4. Salam ramadhan.. dah pasti ke yang dia betul2 serius degan pempuan satu lagi tu.. cuba perhatikan sedikit masa lagi.. kebiasannya akan berlaku sesuatu dalam sedikit masa lagi.. tapi kalu betul2 la apa yang digambarkan.. untuk lupakan tak lah sukar sangat.. cuma saudari kene jarang jumpa dengan dia dan cuba berkawan dan beraktiviti.. jika difikir memang la susah juga nak dilupakan..tapi percayalah dalam 3-5 bulan perasaan tu sedikit2 akan hilang.. tempoh tu bergantung pada sejauh mana dalam kita syg kat org tu dan sesibuk mana kita..

  16. pernah x sapa2, menjadi tman kepada ssorg prempuan yg dtg kpd kita dan mengatakan cinta pada kita…dan mmg dh lama anda cinta kat dia..
    tba2 dia dtg dlm hdup anda..
    msti anda gembira dan snggup wat apa sja utk dia kan…
    stlh berkwn begitu lama,
    tba2 dia beralih arah..
    rpanya apa yg berlaku hanyalah lakonan smata-mata sbb dia ksyunyian dan perlukan tman setelah bergaduh dgn tman llki lama dia…
    jd slama ni anda ditipu prasaan, jiwa dan seluruhnya..
    dan blh dia kata dia prnh kata jgn menaruh harapan terlalu tinggi…
    sedangkan dia yg bina harapan 2..
    dia yg ucap kata syg terlbh dahlu…
    sya slalu ingat jnji dia dn janji sya..
    sdangkan dia x prnh ingat atau hargai jnji2 2…

    klu bnda ni prnh berlaku pada saudara tlg berkongsi ae…

    1. salam ,, 🙂 bro putera,,, crita kta sma tp xserupa,,, 😀 sy pnh di tgl kn,,, sy pon xpsti np d tglkn?? adkah salah sy @ org ke3?? pg 1.1.2011,, wk2 tu subuh,,,sy terbgn awal,, dlm 6.23am,, ad 1 msj msuk,, yg pasti ayt msj tersebut ” kta jd kawan jer la,,sy nk blajar lg” ,, pas2 sy pon cm terkejot gle la kn 😥 ,, tp apakn daya dia xnk menerima sy lg,,, pas2 besalah,,ppuan mstilah pujuk ! rayu kt mamat 2 kn! tp dia ttp xnk trima sy lg ! yg myebabkan sy sdeh sgt2! dia pnh dtg umah sy,,,knai suma famly sy,, dia lh first laki yg sy knaikn kt family! tp yg pling terkilan :-(( ,, wak2 2 bln puasa n dia pnh jnji ngn tok sy yg akn sggh2 dlm hbungn km ber2,,, dan time km clash bla sy ckp paal jnji km ber2 ,,, tau x ap dia ckp??? perg gle ! ayt dia,, ” skrg jnji hny tgk jnji,, xgna ckap pasal jnji lg ” pas2 4.1 sy msok plkn.. bla time raya cina km blh blik,,, then ,,sy bka la fb,,, tgk2 dia da ad relationship ngn minah mna tah,,,seksi gle! :pain:
      mybe sy ni xcntik agknya? xpndai bergaya ? entahlah,,,
      tp ap yg pnting, sy lg pndai pd dia! :yes: sy akn btoi2 usaha utk berjaya dlm
      lupakan dia ! n sy pnh jgak rayu2 kt dia time plkn 2,,
      tau x ap dia kta??? “jgn msj ak lg ! kalo x ak lg bertambah bnci ko ! ”
      hmmm,,,time 2 sdeh sgt2!!!!! :weep:
      bro putera,,, kita kna trima ap yg tlh di tetapkn kerna mybe lpas ni kta akn jmp org yg lbh baek dri dia ! 😀

      p/s : sy xpndai nk luahan ngn taip2 ni,,,hehe~~ ap yg pasti smpai skrg sy msih xdpt lupakn dia! sy mmg xdpt pdam memori km 2,,, biarlah sy smpan memori 2 slamanya~~~ wasalam,, :bye:

      1. Salam..betul tu sahabat..memanglah kita akan teringat kenangan dulu. Kadang2 mungkin lelaki tu cepat jemu dan suka beralih. Takpe lah..sebenarnya sikap tidak terima kenyataan dan tidak tahu bersyukur perlu diubah oleh laki tu..kemungkinan ia juga mengalami masalah berulang kepada wanita baru dia tu..jadi..sahabat tak perlu lagi bimbang..mungkin si dia bukanlah terbaik utk sahabat..cubalah ceriakan diri, lupakan apa yg berlaku tu.cuba jadi lebih bermotivasi..dan cemerlang..pasti lebih lagi ramai lelaki yg baik2 dan ia juga mampu membuat laki tu kembali merayu… : )

        1. terimas kasih sgt2! sy jnji pasni akn bertambah cemerlang,, wlaupun spm sy x suma a,, (7a2b) tp sy ttp brsyukur,, tolong doakn smoga sy lupakn mamat 2,,, wlaupun kdg2 hti ni trgerak nk tgk fb dia<<<<—- wlaupun sbnar nya da kna buang dri frenz dia,, tp st xtau np jari nk jgk tekan fb dia ! hmm,,
          tp zaman skrg cinta kdg2 da xpenting ! masing2 kejar kerjaya kn?
          tp ap yg sy pasti cinta 2 lumrah hdup kta! so jgn jdkn ia sbgai alasan kta nk rsokkn kesucian cinta 2! lg sy,, sbgai manusia,, kta tau ap yg kta wat kn??<<<<—-mksd nya baik buruk yg kta lakukn,,
          rmai manusia zaman skrg xpndai nk nilai cinta,,anugerah yg Allah berikan untk kta bkasih syg dan ada had2 yg d tetapkan,,
          bg sy xslah kta bercinta,,tp tau batas2 nya,, dan jgn lah jdkn cinta 2 musahkan hidup kta k BRO PUTERA,,
          so lpas ni! ayuh kta bangkit dan jgn toleh ke belakang lg! <<<>> dlm perancangan ,,
          wsalam,,,,,,,

          1. Wah..betul tu..tahniah!!..sahabat ni mmg jenis yg bermotivasi tinggi..mungkin yg boleh mengubati hati sendiri apabila memerlukan.baguslah…boleh tahan keputusan SPM..hehe..Bab klik kdg2 tngk fb dia tu..hehe..biasalah..lama2 semakin berkuranganlah tu..nanti suatu hari nanti kita akan rasa mcm xde apa2 perasaan pada dia.sbb akibat lama dah tak berhubung..tiada lagi kenangan manis baru tercipta mungkin akan ditimbus oleh kenangan baru..mase tu xsusah2 dah fikir utk lupakan..: )

      2. wow cter u pnyer cm i jer.ak penah gak laki ckap cm 2 kt aku dulu,,”kau jgn kacau aku lg,,nti tambah benci aku kt kau”..sakit uhh tp xla sgt sb aku thu dye da ad gf..yg sakitnyer sb umah dyer dkat sgt2 ngan umah aku..:pain
        tiap2 hari jmpe dye..tp skrang kurang da pasaan aku kt dye sjak dya p smbung blaja kt KL n sejak aku knal si M ni aku mjadi lbih matang..
        insyaallah pnjang jodoh thun depan kami ikat.:)

        1. Tahniah la eira, kadangkala tu mungkin makan masa untuk lupakan, tapi hakikatnya bukan mustahil..cuma ia dari kita sendiri..jika kita kuat dan bermotivasi seperti saudari..pasti mudah untuk cari pengganti yang betul2 inginkan kita.

Leave a Reply to fiziesss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *