Satu berita baik untuk warga pendidikan, Menteri Pendidikan kini Dr Maszlee Malik mengeluarkan satu maklumat mengenai 12 inisiatif terbaru Peringkat Sekolah yang akan mula dilaksanakan 2019. Kebanyakan inisiatif yang dikeluarkan adalah menarik dan merupakan sesuatu yang mengembirakan untuk guru dan pelajar serta persekitaran.


12 Inisiatif Terbaru Peringkat Sekolah
- Bermula 2019, setiap sekolah akan ada Manual Nilai yang akan dibacakan di setiap perhimpunan.
- Pendidikan Sivik akan diperkenalkan.
- KPM akan berusaha memperbaiki masalah ‘mutual distrust’ antara guru dan ibu bapa.
- Popularkan kembali budaya ‘hero teachers’ untuk tingkatkan pengiktirafan profesion guru.
- Telefon pintar akan ‘dimanipulasi’ untuk tujuan pendidikan.
- Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh mula bersekolah 2019.
- Kawasan Rehat Guru akan diwujudkan.
- Guru tiada lagi kerja kekeranian bermula 2019.
- Tidak akan ada kompromi dalam belanjawan pendidikan. Pendekatan selepas ini akan ‘slice and dice’ ketirisan.
- Ke arah menjadikan sektor pendidikan ‘OKU friendly’.
- Menyelesaikan isu sekolah daif.
- Kemeriahan ‘speakers corner’ di sekolah-sekolah.
12 Inisiatif dan kelebihan pada guru
Jika dilihat inisiatif yang dikeluarkan kesemuanya akan memberi kesan pada persekitaran disekolah. Namun demikian terdapat inisiatif yang mampu memberikan berita gembira kepada guru. Inisiatif mewujudkan kawasan rehat guru masih lagi membawa tanda tanya samaada ianya dalam sekolah atau di luar sekolah.
Kebanyakan guru memberi respon positif dengan inisiatif ke 8 iaitu guru tidak lagi diberi kerja pengkeranian. Memang tidak dapat dinafikan kerja guru sekarang banyak melibatkan data yang secara langsung boleh menggangu fokus mengajar.
Respon dan Isu Orang Ramai
Hasil dari tinjauan di media sosial ada juga isu yang dikeluarkan oleh netizen mengenai salah satu inisiatif yang diperkenalkan. Inisiatif ke 6 menjadi persoalan dan rekasi terbesar kerana ada yang tidak senang dengan kerakyatan ini. Bagi pihak kami, ada baiknya kita tunggu dahulu bagaimana pelaksanaanya dan jika berasas kadangkala golongan kanak-kanak seharusnya dipelihara. Walaubagaimanapun demikian, bersama kita nantikan perlaksanaan nanti dengan harapan ianya tidak mudah disalahgunakan oleh pihak lain.
Pingback: Panduan Pelaksanaan M10MP , Tiada Lagi Perhimpunan Sekolah Membosankan
Harap sembang ni jadi kenyataan