KPT: 6 Kategori Pelajar Yang Dibenarkan Pulang Ke Kampus Mulai 1 Mac

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Hampir setahun para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak pulang ke kampus disebabkan pandemik COVID -19 ini. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengistiharkan 6 kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus mulai 1 Mac ini. Kategori pelajar ini dibenarkan pulang bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara fizikal dan dalam talian bermula 1 Mac ini.

KPT : 6 Kategori Pelajar Yang Dibenarkan Pulang Ke Kampus

Kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus


Sebelum pulang ke kampus, para pelajar WAJIB ketahui 6 kategori yang dibenarkan untuk pulang ke kamus. Antara kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus adalah kategori pelajar:-

1) Pelajar Program Pengajian Peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan pasca siswazah yang memerlukan aktiviti praktikal makmal, klinikal, latihan amali, studio, bengkel dan peralatan khas.

Golongan yang dinyatakan seperti diatas LAYAK/ DIBENARKAN pulang ke kampus untuk meneruskan pengajian mereka di pusat pengajian secara berhadapan atau secara atas talian. Hal ini disebabkan bagi memastikan mampu menamatkan pengajian mereka tepat pada masanya.

2) Pelajar yang TIDAK MEMPUNYAI AKSES dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian

KPT: 6 Kategori Pelajar Yang Dibenarkan Pulang Ke Kampus Mulai 1 Mac 1

Akses internet merupakan suatu perkara penting bagi perlaksanaan PdP. Sekiranya akses internet tidak kuat, ianya boleh menyebabkan PdP tidak berjalan dengan lancar dan boleh menyebabkan pelajar TIDAK FAHAMI apa yang diajari dan DITAKUTI pelajar akan gagal.

Justeru itu, pihak KPT memberi ruang dan peluang kepada pelajar yang sukar mengakses internet dan persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif boleh pulang ke kampus untuk memudahkan urusan mereka.

“Tiada suatu kejayaan tanpa kepayahan. Dan indahnya kejayaan sekiranya mendapatkan kejayaan diatas kepayahan yang di hadapi”

3) Pelajar Asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.

KPT: 6 Kategori Pelajar Yang Dibenarkan Pulang Ke Kampus Mulai 1 Mac 2

“Pembelajaran hibrid bermaksud gabungan antara pembelajaran secara atas talian dan bersemuka”

PERINGATAN!!!

Info Tambahan :  8 Cara Untuk Berjaya buat Freelance

Bagi pelajar yang menduduki atau menghadiri kelas secara hibrid WAJIB mengikuti Standard Operation Practice (SOP) yang telah disediakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mereka yang sudah kekal di kampus, boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa sehingga diumumkan kebenaran untuk mereka pulang ke kampung seperti dahulu. Walaubagaimana sekali pun, pelajar yang tinggal di kampus TIDAK DIBENARKAN berjalan-jalan di luar kawasan kampus malahan mereka hanya DIBENARKAN membeli makanan di dalam kampus sahaja. Ianya bagi menjaga keselamatan para pelajar.

4) Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom (UK)

Pelajar dari United Kingdom masih TIDAK mendapat KEBENARAN pulang ke kampus bagi menjaga keselamatan para pelajar. Hal ini disebabkan, keadaan di UK yang masih lagi diluar kawal, penyebaran virus COVID -19 dari strain UK sangat kuat dan merbahaya, justeru itu lebih baik mengelakkan para pelajar pulang ke kampus dahulu.

“Menjaga nyawa pelajar lebih berharga daripada memberi kebenaran mereka pulang ke kampus, kerana hilangnya generasi yang bijak pandai lagi menghancurkan jiwa berbanding dengan hilangnya masa belajar”

 

5) Pelajar berkeperluan Khas (OKU)

Pelajar berkeperluan khas (OKU) dibenarkan pulang ke kampus kerana ditakuti mereka tidak mempunyai akses keperluan pembelajaran yang mencukupi di rumah. Justeru itu, pihak KPT mengambil berat akan permasalahan yang di alami oleh mereka.

“Bukan semua mereka yang berkeperluan khas mempunyai kemampuan untuk menyediakan akses pendidikan dengan sempurna, justeru itu mereka perlu pulang ke kampus untuk mendapatkan akses keperluan yang sempurna”

6) Pelajar yang menduduki Peperiksaan Malaysia University English Test (MUET) antarabangsa dan badan profesional

Kebenaran diberikan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan MUET ini kerana bagi mengelakkan tarikh peperiksaan ini ditunda buat sekian kalinya. Justeru itu, pihak KPT WAJIB memberikan kelongaran untuk pulang ke kampus bagi golongan kategori ini.

Syarat pulang ke kampus :-

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

1) Bagi pelajar yang berasal dari sabah dan sarawak

Bagi pelajar dari sabah dan sarawak yang ingin pulang ke kampus di Semenanjung, mereka akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh pihak IPT masing-masing buat sementara waktu sehingga mereka bebas daripada simptom COVID -19.

2) Bagi pelajar yang berasal dari semenanjung ke Negeri Sabah dan Sarawak

√ Pergerakan pulang ke kampus MEWAJIBKAN pelajar yang dari Semenanjung menjalani ujian saringan SWAB yang dibiayai oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

√ Bagi pelajar semenanjung dan sabah yang pulang ke kampus di Sarawak mereka perlu menjalani kuarantin WAJIB selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus.

“Segala kos makan dan minum semasa di pusat kuarantin mulai 1 Mac akan ditanggung oleh kerajaan Negeri Sarawak SEPENUHNYA “

Segala kepayahan yang dialami oleh para pelajar adalah satu nikmat yang bukan semua pelajar dapat rasai. Justeru itu, hargailah segala nikmat yang dirasai semasa belajar ini. Kejayaan tanpa kepayahan itu tidak indah seperti mana kejayaan bersama kepayahan. Inilah 6 kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus. 

Rujukan:-
1) Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
2) http://www.moe.gov.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top