KPT : KPT Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

KPT : KPT Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan 2020 1

KPT tingkatkan kebolehpasaran graduan bagi membantu lepasan graduan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Justeru itu, pihak KPT meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dari semasa ke semasa. 

TAHUKAH ANDA!!!

Kadar kebolehpasaran graduan berkait rapat dengan prestasi ekonomi dan pasaran pekerjaan negara. Jsuteru itu, kerjasama semua pihak secara kolektif PENTING untuk tingkatkan kadar kebolehpasaran graduan.

KPT : KPT Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

KPT

Kebolehpasaran graduan bermaksud graduan lepasan Universiti yang memperoleh pekerjaan setelah tamat pengajian. Sekiranya graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan TERUTAMANYA pada musim pandemik ini maka peratusan kebolehpasaran graduan akan menurun dari tahun ke tahun. Disebabkan oleh itu, pihak KPT WAJIB mengambil satu langkah ke hadapan bagi memastikan graduan mempunyai tempat dalam industri selepas tamat belajar. 

Cabaran Pandemik telah memberi kesan yang mendalam terhadap graduan. Hal ini disebabkan bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian akan menghadapi cabaran dan persaingan yang lebih besar untuk mendapatkan pekerjaan.

Justeru itu, usaha pihak KPT untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan adalah salah satu inisiatif yang terbaik. Selain daripada graduan, pandemik ini juga memberi kesan negatif terhadap ekonomi, jejas pasaran pekerjaan negara. 

INFO TAMBAHAN!!! 

Kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2019 adalah 86.2%, manakala pada tahun 2020 kadar kebolehpasaran graduan adalah 84.4% iaitu TURUN sebanyak 1.8% berbanding pada tahun 2019.

Antara usah yang dilakukan oleh pihak KPT bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan adalah dengan:-

1) Program Peningkatan kemahiran menerusi Dana PENJANA

Menerusi program peningkatan kemahiran menerusi Dana PENJANA terdapat dua program yang diadakan. Antara programnya adalah:-

Info Tambahan :  LHDN : Perkhidmatan Pembayaran Pencukaian Melalui FPX

a) PENJANA KPT-CAP

Menerusi prgram PENJANA, pihak PENJANA telah mengadakan program PENJANA KPT-CAP (career advancement program). Ianya adalah inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan kadar pengangguran akibat wabak COVID -19. Graduan yang terpilih mengikut program PENJANA KPT-CAP berpeluang untuk meningkatkan kemahiran serta mendapat penempatan pekerjaan setelah tamat program. 

b) PENJANA KPT-PACE

PENJANA KPT- PACE (porfessional certification) kepada lepasan graduan. Ianay bagi meningkatkan lagi taraf lepasan graduan untuk menempatkan diri dalam bidang industri pada musim pandemik ini. 

TAHUKAH ANDA!!!

Menrusi program PENJANA ini, pelajar yang menjadi sasaran adalah pelajar IPTA & IPTS tahun 2019, 2020 dan 2021 yang belum mendapatkan pekerjaan. Dan sekiranya peserta menepati kriteria yang dijanjikan akan mendapat tempat sejurus tamat latihan.

2) Program Intervensi kebolehpasaran graduan

Program ini fokus kepada pelajar universiti awam (UA) yang mendapat CGPA yang rendah. Ianya bagi memastikan walaupun anda merupakan graduan yang mendapat keputusan yang sedikit brendah daripada target pasaran, anda tetap layak mendapatkan pekerjaan di dalam industri ini.

Pihak KPT TIDAK pernah memandang rendah akan setiap graduan yang baru sahaja ingin melangkahkan kaki ke alam pekerjaan. Tawaran program ini bagi memastikan graduan mempunyai kemahiran tambahan untuk tingkatkan kadar kebolehpasaran dalam industri. Peserta yang menepati kriteria yang dijanjikan oleh majikan akan terus mendapat tempat sejurus tamat pengajian. 

3) Program keusahawanan kepada pelajar

Bagi program keusahawanan pula, ianya bertujuan untuk memberi GALAKKAN kepada graduan untuk menceburi bidang keusahawanan sekiranya anda TIDAK mendapat tempat dalam industri pekerjaa. Justeru itu, sebanyak 68,000 pelajar IPT menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian. 

Info Tambahan :  Cara Daftar KPT-PACE Baucar RM3000 Kepada Graduan

TAHUKAH ANDA!!!

8,000 pelajar yang mengikuti program keusahawanan ini telah meneruskan perniagaan selepas tamat pengajian. Ianya menunjukkan bahawa program keusahawanan di peringkat Univeristi ini mampu meningkatkan semangat pelajar untuk menjadi usahawan yang berjaya pada amsa akan datang.

4) Tingkatkan kerjasama antara pihak industri dan akademik di IPT

Pihak KPT juga sudah meningkatkan kerjasama antara pihak industri dan akademik di IPT bagi membantu para graduan mendapatkan tempat dalam industri pekerjaan ini. Ianya melibatkan inisiatif bersifat jangka sederhana dan panjang seperti:-

  • Semakan semula modul dan program pengajian
  • Menambah baik kurikulum
  • Sediakan kemudahan pengajian dan pembelajaran yang lebih bersifat industry driven kepada pelajar

Semua inisiatif ini bagi meningkatkan lagi taraf kemahiran kepada pelajar atau graduan. Justeru itu, mereka akan memperoleh dua kemahiran iaitu kemahiran dari segi akademik dan kemahiran. Kedua-dua ini mampu meningkatkan lagi taraf dan kelayakan untuk menempatkan di dalam industri pekerjaan. 

5) Pelan strategik kebolehpasaran graduan 2021-2025

Pelan strategik kebolehpasaran graduan 2021-2025 ini akan dilancarkan dalam jangka masa yang terdekat ini. Menerusi pelan strategik ini, ianya merangkumi 4 strategik, 13 inisiatif dan 31 aktiviti. Pelan strategik ini akan dijadikan panduan induk kepada pihak IPT untuk kebolehpasaran graduan kekal berdaya saing dan memenuhi kehendak industri.

Rujukan :-

1) https://www.mohe.gov.my/

2) http://great.mohe.gov.my/PenjanaKPTv3.aspx

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments