Prosedure pergerakan pelajar Pulang ke kampus adalah seperti yang sudah di pertimbangkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Setelah seminggu pulang ke kampung halaman, kini sudah tiba masanya pergerakan pulang pelajar ke kampus bermula 15 MEI 2021 sehingga 20MEI2021. Justeru itu pihak KPT telah menyediakan prosedure pergerakan pelajar pulang ke kampus dengan selamat.
PERINGATAN!!!
Hanya pelajar yang memasuki Sabah sahaja DIWAJIBKAN menjalani Ujian Swab RT-PCR atau RTK-Ag dalam tempoh 3 hari sebelum prgerakan ke Sabah dan tertakluk kepada arahan semasa kerajaan negeri.
“Kos perlaksanaan Ujian Swab adalah dibawah tanggungan pelajar sendiri”
Terdapat 6 kategori pelajar yang berkeperluan untuk kembali ke IPT dan TIDAK memerlukan surat pelepasan daripada pihak polis. Antara 6 kategori pelajar tersebut adalah:-
Pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas
Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran TIDAK KONDUSIF bagi melaksanakan PdP dalam talian
Pelajar Asasi atau setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid
Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom
Pelajar Berkeperluan Khas (OKU)
Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional
Pergerakan pelajar pulang ke kampus ini adalah secara bersasar. Justeru itu, terdapat 3 kaedah pergerakan pelajar pulang ke kampus. Antara 3 kaedah itu adalah:-
a) Menggunakan kenderaan sendiri b) Dihantar oleh ibu bapa atrau penjaga c) Menggunakan bas yang diselaraskan oleh pihak IPT
Semua senarai di atas memerlukan pelajar pulang ke kampus mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak KPT. Justeru itu, bagi 6 kategori ini mereka boleh pulang ke kampus mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan.
Pergerakan ibu bapa/ penjaga pelajar yang perlu merentas Daerah atau Negeri pelru membawa surat pellepasan perjalanan rentas Daerah/ Negeri yang telah dikeluarkan oleh pihak IPT.
“Ibu bapa/ penjaga TIDAK PERLU mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis”
KPT : Prosedure Pergerakan Pelajar Pulang Ke Kampus
Bagi pelajar latihan industri, mereka dibenarkan pulang dan kembali semula ke tempat latihan mereka selepas tamat cuti Aidilfitri. Justeru itu, semua pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri perlu ketahui SOP dan prosedure untuk mereka pulang ke pusat latihan. Prosedure haruslah mengikut ketetapan yang telah dipersetujui oleh pihak universiti dan pusat latihan industri tersebut.
Mengikut prosedure yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bilangan ibu bapa atau penjaga yang DIBENARKAN menghantar anak pulang adalah sebanyak 2 ORANG. Ianya TIDAKTERMASUK pelajar itu sendiri. Manakala tempoh keberadan ibu bapa atau penjaga adalah selama 48 Jam atau 2 hari sahaja daripada tarikh penghantaran.
Terdapat 2 kategori pelajar yang perlu membuat kuarantin diri. Antara kategori pelajar tersebut adalah:-
1) Pelajar yang kembali dari kawasan PKP
Mereka perlu menjalani proses pengasingan di kampus dan sekiranya bergejala, mereka perlu menghadirkan diri ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
2) Pelajar yang sudah menjalani Ujian Swab (RT-PCR)
Bagi pelajar yang sudah menjalani Ujian Swab dan masih dalam tempoh 3 hari sebelum kembali ke kampus, pengecualian pengasingan boleh dipertimbangakan oleh pihak IPT. Justeru itu, bagi kategori ini pelajar WAJIB ketahui procedure standard pihak IPT anda. Dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan SOP IPT anda.
Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi:-
1) Pegawai Penyelaras di IPT terlibat
ATAU
2) Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/ 6949/ 6628
Diharapkan semua pihak mematuhi SOP yang telah disediakan bagi memudahkan lagi urusan pihak KPT. Selain itu, ELAKKAN sikap mementingkan diri sendiri ketika menghantar anak pulang ke kampus.
PERINGATAN!!!!
Pastikan semasa penghantaran pulang anak ke kampus ibu bapa atau penjaga mengamalkan:-
1) Penjarakan sosial ketika behenti makan atau solat 2) Sentiasa mencuci tangan ketika berada di tempat awam 3) Pakai pelitu muka ketika berada di tempat awam atau sesak
Tujuan penjagaan ini adalah bagi membantu barisan hadapan daripada keletihan dalam membanteras virus COVID -19 ini. Kita harus jaga kita kerana kita masih belum menang.