Kualiti Masa Muslim

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagaimana cara yang sepatutnya seorang muslim mengatur masa? Ramai yang tidak tahu ada empat paksi utama ang perlu dipasakkan kedalam masa kita agar menjadi benar-benar berkualiti. Islam agama yang mentadbir masa sama ada di dnia dan di akhirat. Manusia diibarat sebagai musafir yang akan pulang ke kamoung halaman selepas menyelesaikan tanggungjawabnya. Musafir perlu berklana dan memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.

4 Paksi

Empat paksi tersebut dibincang dalam ayat berikut:

demi_masa

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali, mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepda kesabaran”

 

 

 

 

Paksi 1: Keimanan kepada Allah dan Rasul

Iman merupakan ikrar penting bagi Muslim untuk menerima amanah dan tugasan yang diberikan.

Paksi 2: Beramal soleh

Sekadar beriman adalah tidak mencukupi. Keimanan perlu disuburkan dengan amalan soleh. Tidak kira dalam bidang apa sama ada kedoktoran, sukan , mekanikal dan sebagainya. Apa yang penting ialah iman dan amal soleh dititikberatkan.

Paksi 3: Menyebarkan kebenaran

 

Setelah lengkap paksi 1 dan 2, maka mulalah tugasan utama iaitu menyampaikan. Kebenaran merupakan tonggak utama dalam apa jua lapangan dan peringkat. Kebenaran yang memperkenalkan kita kepada Allah dan hakikat kejadian kita. Manusia sukar untuk mencapai Paksi 3 dengan sempurna andai paksi 1 dan 2 kita masih goyah.

Paksi 4: Kesabaran

Untuk menyampaikan kebenaran pastinya kita memerlukan kesabaran yang tinggi. Tugasan dakwah amat banyak tentangan dalam dunia yang hanya mementingkan kemewahan, dan pangkat. Pastinya tugasan kita akan ditentang oleh mereka-mereka yang bodoh sombong.

Wallahualam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *