Kuatkan semangat, anda bukan keseorangan

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam hidup ini kita selalu dihidangkan dengan cabaran dan dugaan, kadangkala kita akan mudah kecewa dengan apa yang berlaku keatas kita. Kerap kali kita bersungguhan melakukan sesuatu tetapi kerap juga kita dikecewakan oleh sebilangan mereka yang rakus dan tidak berperikemanusiaan.

Tren masa kini ada segelintir dan semakin bertambah bilangannya yang hanya suka mengambil kesempatan atas kebaikan dan kejujuran orang lain. Hal ini kerana melalui orang yang ikhlas ini sahaja segala percaturan dapat dilakukan dengan mudah sekali.

Golongan ini gemar menyalahkan orang lain sedangkan tidak sedar bahawa diri sedang menggunakan mekanisma bela diri untuk menyelamatkan maruah dan kelemahan sendiri. Perbuatan ini menggambarkan golongan ini tidak sedar diri sedang dipengaruhi oleh perasaan sendiri dan mengambil kesempatan daripada kejujuran orang lain merupakan sesuatu tindakan yang memalukan dan menghinakan.

Bagi mereka yang kerap berhadapan dengan situasi ini, tidak perlu untuk bersedih kerana hakikat kita bukan keseorangan. Sebenarnya ada masanya orang yang menganiaya anda itu akan menerima akibatnya. Hal ini kerana perbuatan itu sebenarnya melatih diri golongan itu supaya sentiasa menafikan diri sendiri, menafikan kelemahan diri sendiri. Jika berlarutan kemungkinan orang itu boleh kehilangan identiti dan dirinya akan mundur serta tiada peningkatan kendiri. Hal ini boleh merugikan golongan itu sendiri. Lambat laun ia akan memakan diri hanya masa yang menentukan.

Anda bukan keseorangan, kerana walaupun tiada sesiapa yang berada untuk mendengar kekecewaan anda. Tetapi ingatlah bahawa yang maha kuasa sentiasa memerhatikan, yang pasti setiap kejahatan akan singgah sebagai balasan.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
muhamad syakir
muhamad syakir
Guest
6 years ago

Bagi saya apa yg dtulis datas semuanya benar belaka…
Bukan saya nk mngata sbenarnya laki n gurlz di era kini semua nya sama x reti nk blajar mnghargai antara satu sama lain…. Saya slalu dprmaikan oleh gurl dan setiap pngorbanan saya x prnah diorng nmpk tapi kalau dkat saya ksalahan sebesar zarah diowng nmpk slalu….
Saya nk tanya, apakh yg ptut saya lkukan ntok semua golongan wanita ini sedar kmbali dmna kakinya brpijak….
Harap dapat mnolong…
Assalamualaikum…..

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x