Dalam hidup banyak perkara yang kita lalui, Sebagai makluk dibumi ini kita tidak dapat lari dengan sentiasa berjumpa dengan orang lain disekeliling kita. Setiap manusia ingin berkawan tetapi kerap juga mereka gagal untuk menyesuaikan diri dan menjadi kawan yang baik. Disini ada sedikit tips untuk pengamatan kita bersama.
Perwatakan permulaan
Perkara yang paling utama dan yang paling mula-mula dinilai oleh rakan ialah riak wajah. Adalah amat baik jika kita dahulukan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Kalau boleh elakkan daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong.
Fokus penglihatan
Mata juga perlu dijaga terutama semasa komunikasi, adalah sangat perlu untuk focus dengan perhubungan terutama mata dan jagan banyak menoleh kemana-mana. Perlu diingat juga tidak perlulah memandang tajam rakan anda hingga menakutkan rakan anda itu.
Jaga pergerakan anggota badan
Adalah lebih manis kita belajar untuk tidak membiasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung,banyak meludah atau berhingus tahap hijau di tempat awam atau pun terlalu banyak menguap atau mengeliatkan badan. Kebersihan diwajah juga perlu terutama bulu hidung yang panjang. Kesemua diatas boleh membuatkan rakan menjauhi kita dan ada juga rakan yang tidak mahu memperkenalkan kita adalah rakannya.
Tenang
Apa-apa mesti kena ada ketenangan, kalau boleh jangan terlalu cepat percakapan, duduk yang teratur, menjadi pendengar yang baik. Ketenangan ini dapat mengelakkan rakan kita berasa stress, sekiranya ada sesuatu yang melucukan adalah baik tersenyum sedikit dari ketawa sampai ternganga. Hal ini kerana tidak semestinya sesuatu itu adalah lucu mengikut perspektif rakan kita itu.
Penipu
Paling rakan tidak suka apabila kita pandai berpura-pura dan tidak asli dengan rasa hati dan diri kita sendiri, terutama perempuan.
Harta
Alamak, harta kita pun kalau boleh tak perlulah disebar-sebar banyak mana. Hal ini kerana perspektif rakan kita tidak semestinya sama macam yang kita fikir. Mungkin kata-kata itu membuatkan rakan kita menganggap kita berlagak ataupun menganggap kita ini miskin baginya.
Di majlis
Sekiranya di majlis adalah baik kita mulakan dengan sapaan dan salam serta sentiasa merendah diri
Berbahas
Kadangkala berlaku percanggahan idea, adalah baik kita pastikan setiap kata-kata kita dalam memberikan idea yang berbeza itu menjaga kesopanan dan janganlah merendah-rendah kemampuan rakan kita itu.