Kursus Kemahiran Untuk OKU

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mungkin adna mencari kursus kemahiran untuk OKU, Banyak institut latihan baik awam atau swasta membuka ruang dan peluang untuk golongan ini melanjutkan pelajaran mereka terutama di dalam bidang kemahiran.

Kursus Kemahiran Untuk OKU 1

PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP)

Pengenalan PLPP

Kursus Kemahiran Untuk OKU 2

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.

Objektif

  • Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
  • Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.
  • Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk. Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.
  • Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.
Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

Perkhidmatan yang ditawarkan

  • Pemulihan Perubatan
  • Pemulihan Carakerja
  • Pemulihan Anggota
  • Kaunseling

Kursus Kemahiran Untuk OKU 3

KURSUS YANG DITAWARKAN

  1. Kursus Vokasional
  • Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (MLVK) – 1 TahunKursus Kemahiran Untuk OKU 4
  • Rekaan Fesyen & Jahitan (MLVK) – 1 Tahun
  • Elektrikal (MLVK) – 1 Tahun
  • Elektronik (MLVK) – 1 Tahun
  • Multimedia – 1 Tahun
  • Prostotik & Ortotik – 2 Tahun
  • Pembuatan Kerusi Roda – 2 tahun
  1. Kursus Pra-Vokasional
  • Elektronik – 1 tahun
  • Komputer – 1 tahun
  • Lukisan – 1 tahun
  • Jahitan – 1 tahun
  • Kraft Batik – 1 tahun
  1. Latihan Memandu OKU

KELAYAKAN PEMOHON

Kursus Kemahiran Untuk OKU 5

  1. Kursus Vokasional
  • OKU anggota berdaftar dengan JKM
  • Berumur 18 – 40 tahun
  • Mampu menguruskan diri sendiri
  • Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
  • Kelayakan PMR / SPM
  1. Kursus Pra-Vokasional
  • OKU anggota berdaftar dengan JKM
  • Berumur 14 – 25 tahun
  • Mampu menguruskan diri sendiri
  • Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
  • Boleh membaca, menulis & mengira
Info Tambahan :  BUDI Sabah 2023: Permohonan, Syarat dan Tunai

Kursus Kemahiran Untuk OKU 6

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad OKU anggota
  • Salinan PMR/ SPM (untuk kursus Vokasional shj)
  • Dokumen sokongan lain jika diperlukan.

CARA PERMOHONAN

Sila memohon melalui :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran

Atau terus kepada :

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi

Jalan Sungai Merab, 

4300 Kajang, Selangor.

Tel : 03-8926 1996

Faks : 03-8926 1988

 

Kolej Imperia

Kolej Imperia berusaha memperkasakan kebolehan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui kepelbagaian latihan secara percuma di bawah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia.

Kementerian itu melalui Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) melaksanakan Program Peningkatan Latihan OKU (OTEP).

Kolej Imperia yang beroperasi di Bukit Gambang Resort City (BGRC) Gambang satu-satunya kolej yang beroperasi di sebuah dan pelajarnya mendapat pendedahan suasana pekerjaan sebenar untuk mereka merancang kerjaya pada masa depan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *