Kursus Perguruan Lepasan SPM ( KPLSPM ) 2012

8
7

Update 19 Mac 2012Iklan Permohonan KPLSPSM atau PISMP 2012 Telah dibuka

KPLSPM 2012 atau Kursus Perguruan Lepasan SPM yang dahulunya dipanggil kursus maktab perguruan, merupakan salah satu permohonan yang ditunggu oleh kebanyakan pelajar kini, terdapat banyak pertanyaan yang saya terima bekenaan bila permohonan KPLSPM bagi tahun 2012 ini akan dibuka. Jika dikira, hampir 116 pertanyaan sepanjang bulan lepas sahaja yang bertanyakan bila permohonan KPLSPM akan dikeluarkan.

Kebanyakan persoalan saya jawab dan ada kalanya saya abaikan kerana ia suatu persoalan yang sama dan perlu masa untuk tarikh keluar diumumkan. Untuk itu saya telah menghubungi rakan-rakan yang lain, keputusannya tetap sama dan kemungkinan berlaku sedikit kelainan pada tahun ini yang mana informasinya masih lagi tidak dikeluarkan.

Oleh kerana pertanyaan yang ramai tentang soalan KPLSPM 2012 ini, tertarik untuk saya tulis disini supaya ia tidak lagi diulang dan selepas ini saya tidak perlu lagi menjawab untuk soalan itu. Untuk pengetahuan pelawat. Permohonan KPLSPM 2012 setakat ini masih belum dibuka.

Baca Juga :  Cuti Sekolah 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia

Menurut pemberi maklumat , terdapat pelbagai andaian bekenaan masalah KPLSPM ini.

  1. Andaian permohonan KPLSPM akan dibuka pada minggu pertama Mac 2012 kemungkinan kira-kira 5 – 26 Mac 2012 atau,
  2. Ada maklumat mengatakan pengambilan KPLSPM 2012 ini lewat dari tarikh kebiasaanya atau,
  3. Permohonan kemungkinan akan dibuka sekitar seminggu sebelum keputusan SPM 2011/2012 diumumkan atau,
  4. Dikongsi oleh pelajar di salah sebuah maktab perguruan melalui email bahawa kemungkinan permohonan KPLSPM pada tahun ini tidak dibuka kerana memberi peluang kepada GSTT menjadi guru, ia dikhabarkan dalam salah sebuah perhimpunan di maktab.

Walau apapun andaian dari pemberi maklumat kami, pihak kami suka untuk mengambil pendirian bahawa segala maklumat sahih adalah dari Kementerian Pelajaran KPM Sendiri. Jika dari KPM, Pengambilan pelajar untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM ( KPLSPM ) 2012 ketika ini febuari 2012 masih lagi belum dibuka. Jika ada informasi ia dibuka kelak, pastinya kami akan berkongsinya nanti.

Baca Juga :  Semak Syarat Kemasukan UPU di E Panduan Dengan Mudah

Namun demikian, pelajar yang berminat tidak perlu kecewa kerana pastinya golongan ambilan lepasan SPM tahun ini pasti akan terbela kemungkinan akan ada altenatif lain. Altenatif lain untuk menjadi guru adalah dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan membuat pilihan dalam Kursus yang ada pengkhususan pendidikan.

Bagi calon yang ingin mendapatkan informasi permohonan maktab KPLSPM 2012 bolehlah merujuk kembali syarat umum dan khususnya serta komen serta soal jawab sebelumnya di post kami sebelum ini Permohonan KPLSPM 2011.

Jaminan pekerjaan bukanlah satu yang menjadi keutamaan, sebaliknya pilihlah untuk belajar sesuatu yang diminati, InsyaAllah pasti akan mendapat kejayaan yang lebih besar berdasarkan minat yang mendalam dalam sesuatu pekerjaan.

Update 19 Mac 2012 : Iklan Permohonan KPLSPSM atau PISMP 2012 Telah dibuka

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

8 COMMENTS

  1. Salam semua…saya tidak tersenarai panggilan temuduga kplspm… Adakah itu bermakna saya gagal menempatkan diri saya ke Institut Pendidikan Guru (IPG)? Tolong Balas…

  2. kenapa laman web permohonan pismp tidak boleh layari?? (sudah 2 hari).. saya tidak dapat membuat permohonan walaupun telah beli pin number.. Bukan 5 April suadah tarikg tutup..saya takut tidak sempat untuk membuat permohonan.. cepat reply .. terima kasih!!

  3. kenapa laman web permohonan pismp tidak boleh layari?? saya tidak dapat membuat permohonan walaupun telah beli pin number

Apa Komen Anda :