KWSP: Akaun 2 Untuk Pembiayaan Membeli Rumah

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kwsp
Pasti ramai lagi yang tidak ketahui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh digunakan untuk membuat pembiayaan membeli Rumah. Bukan sekadar membeli rumah Akaun 2 juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran seperti dibawah:-

KWSP
Justeru itu, hari ini kami akan menerangkan serba sedikit cara pengeluaran akaun 2 untuk pembiayaan membeli rumah.

 

KWSP : Pembiayaan Membeli Rumah

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah:-

1) Ketahui dan fahami pecahaan simpann wang KWSP Akaun 1 & 2 dahulu

Caruman wang KWSP pekerja + majikan akan dipecahkan kepada 2 akaun simpanan pekerja :-

√ Akaun 1 : 70% daripada caruman simpanan pekerja + majikan

Tujuan utama mengapa Akaun 1 TIDAK BOLEH DIKELUARKAN adalah bagi memudahkan saraan pencarum pada masa akan datang. Hal ini disebabkan, pekerja dalam sektor swasta tidak seperti pekerja di sektor kerajaan yang mempunyai Pencen sebagai jaminan saraan pada masa akan datang.

Tetapi kini, Akaun 1 boleh dikeluarkan menggunakan pengeluaran i-sinar TETAPI bagi mereka yang benar-benar terkesan akan pandemik COVID -19 ini sahaja. WAJIB mengikut terma dan syarat yang diberikan lah pihak KWSP.

√ Akaun 2 : 30% daripada caruman simpanan pekerja + majikan

Berbeza dengan Akaun 1, akaun 2 ini boleh dikeluarkan atas faktor tertentu seperti untuk membeli rumah, membayar pinjaman pelajaran PTPTN, kesihatan, ansuran bulan rumah, i-lestari dll.

Pembiayaan rumah menggunakan Akaun 2

√ Beli / bina rumah pertama ( atau pembelian rumah kedua TETAPI PERLU PASTIKAN RUMAH PERTAMA sudah DIJUAL / DILUPUSKAN)

Sekiranya tidak memenuhi syarat diatas anda tidak boleh membeli rumah kedua.
​Bagi mengeluarkan Wang di Akaun 2 anda perlu menunjukkan bukti pembayaran bayaran tempatan (booking fee), downpayment, yuran peguam dan duti stem untuk pembelian rumah.

 

2) Ketahui jumlah yang boleh dikeluarkan dalam Akaun 2

Pengeluaran Individu

√ Pembelian Oleh Individu
(Harga SPA – Harga Pinjaman Rumah) + 10% harga rumah ATAU
Semua simpanan Akaun 2

√ Pinjaman perumahan 100%
10% daripada harga SPA ATAU semua pinjaman Akaun 2

Pengeluaran untuk pembelian rumah bersama

√ Pembelian bersama ahli keluarga terdekat atau individu lain; 
(Harga SPA – Harga Pinjaman Rumah) + 10% harga rumah ATAU semua simpanan Akaun 2 tertakluk kepada amaun MAKSIMUM yang layak dikeluarkan.

√ Pembelian tanpa pinjaman / secara tunai;
Harga pembelian ditambah dengan 10% dari harga rumah ATAU semua simpanan ahli yang berkaitan dari Akaun 2

***Sekiranya pemohon tidak faham akan pengiraan pengeluaran, pemohon boleh pergi ke kaunter KWSP yang terdekat untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut***

“SPA: Sale Purchase Agreement”

3) Semak Kelayakan pengeluaran

Syarat kelayakan pemohonan adalah:-

  • ​Ahli bertaraf warganegara dan bukan warganegara
  • ​Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan
  • ​Ahli mempunyai simpanan didalam akaun 2 MINIMUM RM500.

Syarat kelayakan pengeluaran:-

​√ Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’/ ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman

​√ Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :-

  1. Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  2. Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  3. Majikan ahli
  4. Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  5. Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia

4) Dokumen yang diperlukan 

  • Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)
  • ​Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
  • ​Maklumat Akaun Bank (Ahli DIGALAKKAN membawa buku akaun bank atau salinan akaun semasa membuat permohonan)
  • ​Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

Dokumen tambahan/ sokongan ketika membuat permohonan:-

  • ​Rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Membeli Rumah di laman web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan
  • ​KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

5) Mohon pengeluaran melalui i-akaun / ke kaunter KWSP yang berdekatan

KLIK pada e-pengeluaran dan tekan “new application” bagi memulakan proses permohona pengeluaran wang di Akaun 2 KWSP.
KWSP: Akaun 2 Untuk Pembiayaan Membeli Rumah 1KWSP: Akaun 2 Untuk Pembiayaan Membeli Rumah 2Contoh permohonan / penggunaan borang online e-pengeluaran 

 

Mudah bukan untuk mendapatkan rumah pertama idaman semua dengan menggunakan wang simpanan Akaun 2 KWSP ini. Pelajari dengan lebih banyak lagi cara penggunaan wang Akaun 2 ini pada penulisan yang akan datang. 

 

***Selamat mencuba menggunakan Akaun 2 untuk membuat pembukaan rumah pertama anda***


Rujukan:-
1) https://www.kwsp.gov.my/ms/home


5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments